www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Wednesday, June 3, 2009

Mutiara Iman Edisi 588 ( Sedikit Berbicara )

by Addawrah

ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد

Firman ALLAH SWT:
"Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatatnya)."
(Surah Qaf ayat 18)


Ulasan Ayat :
1. Ayat ini telah mengingatkan kita bahawa ALLAH itu ada pekerja-pekerjanNYA yang tidak pernah lalai daripada melakukan tugasnya, dan sesungguhnya setiap perlakuan kita sentiasa dicatat sekalipun satu patah perkataan. Maka kita hendaklah menjaga lisan kita daripada perkara-perkara yang merosakkan pahala kita atau dianjurkan kepada kita untuk berdiam daripada bercakap pada perkara yang sia-sia.
2. Mengutamakan diam dan sedikit berbicara merupakan satu tanda kesempurnaan akal. Sebaliknya banyak berbicara terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak berguna menjadi bukti ketidaksempurnaan dan kelemahan akal.
3. Kebanyakkannya dari kaum perempuan dan kanak-kanak termasuk banyak dikalangan golongan yang paling suka berbicara. Ini kerana orang yang memiliki pertimbangan dan akal yang sempurna melihat bahawa ucapan sebagai perkara yang memeberatkan dirinya, bukan sebaliknya. Oleh kerana itu berat untuk berucap sehingga ia jarang bercakap.
4. Manakala orang yang lemah akal ialah orang yang memiliki lisan yang sangat ringan. Ucapan-ucapan yang keluar dari mulutnya, seolah-olah ucapan tersebut sentiasa berda di hujung bibirnya.
5. Setiap individu hendaklah membiasakan diri untuk sentiasa memperbetulkan diri dan menjaga lisannya, mengekangnya, memikirkan setiap kalimat yang akan diucapkan serta memikirkan akibatnya.
6. Ingatlah, satu kalimat yang keluar dari mulut kita kadang kala boleh menyebabkab kita berdosa kerana terkadang melukakan hati seseorang, sehingga boleh menyebabkan pahala kita hilang.
7. Untuk mengenali seseorang itu, maka lihatlah melalui percakapanya, begitu juga dengan diri kita sendiri, kita boleh mengoreksi diri kita, setiap hari apakah yang kita sering perkatakan? Perkara apa yang kita sering perbincangkan? Urusan apakah yang kita sering tuturkan? Semoga kita semua terpelihara daripada sifat-sifat yang tercela. " Banyak bercakap itu mematikan hati"-Al Hadis-
8. " Kebaikkan itu terkandung dalam 3 perkara: 1) Setiap perkara yang dilihat tanpa mengambil iktibar itu adalah sia-sia, 2) Setiap kali diam tanpa berfikir itu adalah lalai 3) Setiap percakapan tanpa zikir maka itu adalah lagha.-Saidina ALI-
WALLAHU’ALAM

No comments: