www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Thursday, May 28, 2009

Mutiara Iman Edisi 581: AL-QURAN; KELEBIHAN & ADAB MEMBACANYA

by: WanNahar

حديث عثمان رضي الله عنه : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
(خيركم من تعلم القرآن وعلمه).
صحيح البخاري

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Sebaik-baik orang di kalangan anda adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya".(HR al-Bukhari)

Ulasan Hadis:
1. Hadis diatas menerangkan kepada kita tentang kelebihan orang yang membaca al-Quran serta mengajarnya kepada orang lain.
2. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan diberikan pahala yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali ganda." ( HR. al-Tirmidzi )
3. Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar dan yang paling agung, dapat dilihat apabila Rasulullah menjanjikan syafaat al-Quran pada hari yang tiada pertolongan selain dari pertolongan Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya." ( HR.Muslim ). Dalam sabda Rasul SAW yang lain bermaksud: " Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat."( HR.Ahmad dan Al Hakim)
4. Walaubagaimanapun begitu, harus diingat bahawa al-Quran perlu dibaca dengan adab-adabnya.
5. Adapun adab membaca Al-Quran menurut Ibn Kathir : "hendaklah tidak menyentuh Al-Quran dan tidak membacanya kecuali dia dalam keadaan bersuci, dan bersiwak sebelum membacanya, memakai pakaian yang elok, menghadap kiblat, berhenti membacanya ketika menguap ( mengantuk ), hendaklah dia tidak memutus bacaan dengan perkataan kecuali bila perlu, hendaklah konsentrasi ( memberi tumpuan ) dalam bacaan, ketika membaca ayat-ayat yang menjanjikan ( nikmat syurga, keberkatan, kekuatan, keampunan dan sebagainya ) hendaknya ia berdoa, manakala ketika membaca ayat-ayat tentang ancaman (neraka, bencana, kemurkaan ) hendaklah ia memohon perlindungan, janganlah meletakkan Al-Quran dibawah dan tidaklah boleh meletakkan sesuatu diatasnya, elakkan dari mengeraskan suara dalam sebahagian bacaan atas bahagian yang lain, janganlah membaca kalamullah dipasar dan tempat-tempat keramaian (khuatir tiada orang yang mendengarnya)."

KeKaDanG KiTa TaK TaK TeRFiKiR PuN.... by Syam Yahya

1) Dari bujang-kahwin No 1 >>>> no.2 >>>> DLL..
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager....
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ...
8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan glamour....
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong
TETAPI... KITA JUGA LUPA....

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.......
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU........
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT...
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
Contohnya: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ......... Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti....

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1.. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ...
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5.. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7.. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid...
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Friday, May 22, 2009

Mutiara Iman Edisi 580 ( Keras Hati )

ولا يكونوا كالذين اوتوا الكتاب من قبل فطال عليهم الأمد فقست قلوبهم

Firman ALLAH SWT:
"Dan janganlah mereka(berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, dan kemudia mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras."
(Surah Al-hadid ayat 16)


Ulasan Ayat :
1. Jiwa orang mukmin tidak akan merdeka selagi ianya memiliki "hati yang keras", jiwa merdeka adalah jiwa orang-orang yang sentiasa beroleh kerehatan hati dan ketenangannya. Semuanya berpunca daripada hati yang bening lagi lembut.
2. Keras hati adalah musibah yang paling ditakuti oleh mereka yang dekat dengan ALLAH, kerana ianya akan mewarisi mata yang kering dari airmata, sedangkan airmata tangisan kerana ALLAH merupakan kerehatan hati yang sebenar, kepuasan jiwa yang membahagiakan, kemuncak segala rasa-rasa di hati dengan PENCIPTA, ianya ibarat bumi yang gersang disirami air hujan maka akan suburlah tanah dan tumbuh-tumbuhan, dan apabila hati keras maka untuk memiliki hati yang sedar dan hidup, ianya hendaklah dibasahi dengan airmata…
3. Ibnu Qayyim ada menyebut di dalam kitabnya mengenai ROH, terdapat empat perkara yang menyebabkan hati manusia terkena penyakit "keras hati"
4. Pertama, ialah kerana makan yang berlebihan, makan berlebihan menyebabkan tubuh jadi malas beribadah, dan makan yang sedikit juga menjadi keras hati jika makananya tidak halal. Kedua, tidur yang berlebihan, berkata Ibnu Qayyim, tidur berlebihan menyebabkan seseorang itu lupa daripada mengingati ALLAH. Ketiga, bercakap yang berlebihan (perkara yang tidak perlu), akan menjadikan seseorang itu jatuh kepada dosa, dan dosa merupakan punca kepada kegelapan hati. Keempat, pergaulan yang berlebihan, banyak bersama manusia hingga sedikit masanya untuk bersama ALLAH, jika bersama manusia tetapi hati tetap mengingati ALLAH maka sangatlah sukar untuk kita lakukan melainkan jika telah benar-benar hatinya cintakan ALLAH.
5. Justeru itu, jika terkena penyakit keras hati, hati akan tidak mahu menerima nasihat dan teguran, tidak gemar mendengar cerita tentang kebesaran ALLAH,serta fadhilat-fadhilat sunnah dan menjauhi diri dari majlis ilmu dan bimbingan agama.

NAUZUBILLAH.WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 579 (MUHASABAH DIRI kita)

ياأيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها النا س والحجارة عليها الملائكة غلاظ شداد

Firman ALLAH SWT:
" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar dan keras.."
(Surah Tahrim ayat 6)


Ulasan Ayat :
Kepada lelaki, adakah kita sudah selesai dalam melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga, suami kepada isteri dan ayah kepada anak2 perempuan kita..Kepada wanita, adakah kita sedar jika kita telah menyalahi perintah ALLAH dan Rasul...atau kita menuruti KEDUA-DUANYA..
NABI SAW bersabda yang bermaksud:-
4 jenis perempuan yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya;suaminya tiada dirumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur, dan ia enggan berbakti kepada Allah swt. dan enggan berbakti kepada suaminya (seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt. kecuali bertaubat).
4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya untuk menarik kaum lelaki).

TANDA WANITA YANG BAIK AKHLAKNYA.

Wanita yang berakhlak ialah yang baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibubapa, rakan-rakannya, jiran tetangganya dan masyarakatnya iaitu:
1.Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya.
2.Dengan anak-anak bercakap dengan bahasa yang baik (tidak memaki hamun dengan bahasa yang kesat).
3.Dengan ibubapanya bersopan santun dan beradap.
4.Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakat sekelilingnya tidak suka bertengkar, mengata-ngata, mengumpat serta memfitnah.
5.Berat mulut, iaitu tidak gemar mengadu hal kepada ibu bapa, rakan-rakan dan orang lain mengenai keburukan/kelemahan suami.
6.Bersabar dalam menempuh segala kesusahan dan ujian daripada Allah swt. serta tekun mengerjakan perintah-perintahNya.
7.Tidak berhias-hias ketika keluar ruamah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suami dan bukan untuk orang lain.
8.Tidak berkeluh kesah dalam menempuh kehidupannya.
9.Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.
10.Menerima dengan baik dan menghargai pemberian suami samada suka atau tidak.
11.Tidak gemar bercakap sia-sia, cakap sekadar yang perlu.
12.Lebih suka berada di rumah.
13.Rajin berpuasa.
14.Selalu merenung keaiban diri (muhasabah).

WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 578 ( Jangan biarkan ia malap )

الله نور السوات والأرض

Firman ALLAH SWT:
"ALLAH (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi"
(Surah An-Nur ayat 35)


Ulasan Ayat :
1. Alam ini diterangi dengan cahaya matahari dan bulan. Di samping itu ada lagi cahaya lain seperti lampu dan elektrik untuk menerangi kegelapan malam, namun jika manusia tidak mendapat cahaya maknawi manusia akan terus di dalam kegelapan.
2. Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan cahaya berkenaan kerana cahaya maknawilah yang akan menerangi perjalanan roh ketika kita di dunia dan akhirat menuju kehadrat ILAHI ZAT YANG MAHA SUCI.
3. Cahaya ALLAH akan masuk ke dalam hati manusia adalah berdasarkan kepada keimanan yang ada dalam hatinya, manakala iman pula tidak tumbuh melainkan dengan ketaatan dan amalan yang dilaksanakan dengan benar serta ikhlas.
4. Tatkala cahaya menerangi hati manusia, maka sinarannya akan terbias di seluruh jiwanya, hingga manusia yang lain akan turut merasai ketenangan cahayanya, hal ini sering kita lihat ianya berlaku dikalangan orang-orang alim, ahli ibadat, dan orang-orang yang soleh. Apabila bersama mereka kita akan merasa sangat tenang dan merasakan kehebatannya.
5. Keindahan hati yang dipenuhi cahaya dapat dirasai, apabila kita sudah tidak lagi gemarkan maksiat, hanya gemar kepada kebaikkan, sentiasa mempunyai motivasi yang tidak putus-putus dalam melaksanakan amal, kebanyakkan waktu fikiran kita selalu mengingati ALLAH dan akhiratNya.
6. Berjaga-jagalah, apabila hati kita malap, maka kita akan menjadi lemah dalam melakukan amalan sekalipun perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan kita, sikap sambil lewa dan malas akan merajai hati kita dalam mengutamakan kehendak ALLAH.
7. Oleh itu, jangan biarkan sinaran cahayaNya pudar dari hati kita, pastikan ianya sentiasa menyala, andai kita dapati ianya semakin malap, bersegeralah melawan arus nafsu, banyakkan bertaubat, membaca Al-Quran walau sedikit, serta hadirilah majlis-majlis ilmu, kerana segalanya ini akan menyuntik kembali kesedaran dan menyamarakkan kembali cahaya di hati kita, insyaALLAH.

WALLAHU’LAM

Mutiara Iman Edisi 577 (DIA suka kita meminta)

وقال ربكم ادعونى استجب لكم

Firman ALLAH: "Dan TUHAN kamu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"
(Surah Ghafir ayat 60)


Ulasan Ayat :
1. Ayat di atas ALLAH SWT telah memerintahkan kepada hamba-hambaNya agar meminta kepadaNya, nescaya DIA akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNya.
2. Doa yang diminta daripada ALLAH merupakan persembahan dari seorang hamba terhadap ALLAH, doa merupakan bukti bahawa kita adalah seorang hamba, doa adalah tanda kita perlu kepada ALLAH, doa juga menyatakan bahawa kita hina dan ALLAH adalah TUHAN yang MAHA AGUNG.
3. Sesungguhnya ALLAH SWT sangat kasih dan cinta terhadap hamba-hambaNya yang suka meminta kepadaNya, malah DIA tidak suka dan cemburu jika hamba-hambaNya meminta selain daripadaNya.
4. Kita hendaklah menyakini bahawa ALLAH SWT itu mendengar setiap permintaan dan pohonan kita, DIA sangat cinta mendengar rintihan demi rintihan kita kepadaNya.
5. Namun terdapat beberapa keadaan yang apabila kita memohon kadang-kadang cepat diperkenankan, kadang-kadang lambat dimakbulkan, dan ada juga yang tidak dimakbulkan langsung. Ianya bergantung kepada ketentuan ALLAH, DIA menentukan segala sesuatu yang kita minta adalah mengikut kepada aturanNya yang terbaik. Manakala yang tidak dimakbulkan diberi ganjaran pahala di akhirat nanti, maka janganlah kita merasa kecewa kerana setiap yang kita minta ada habuannya, Cuma kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersabar dan redha atas segala ketentuanNya.
6. Apabila kita mengeluh hati yang keras, hati yang lalai, jiwa yang malas, maka ubatnya adalah adukan segalanya terus menerus kepada DIA, maka pasti hati kita akan menjadi lebih lembut, merasa tenang, dan sentiasa mahu kembali kepada ALLAH. Kepada siapa lagi hendak kita ceritakan segala keinginan dan keaiban kita jika tidak kepada DIA, walaupun DIA mengetahui segala keburukkan kita, namun DIA tetap juga mahu mendengar rintihan kita dan memperkenankannya, janganlah kita malas meminta dan malu terhadapNya…
7. Kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan berdoa, berdoa dengan penuh adab dan penuh khusyuk, doa bukan hanya dipanjatkan pada ketika kita memerlukanNya, panjatkanlah doa kepadaNya atas dasar kita suka bercakap dan merintih denganNya dan rasailah bahawa DIA suka mendengar rintihan kita, kita mengakui diri kita adalah hamba hina, DIAlah TUHAN kita.

WALLAHU’ALAM

Monday, May 18, 2009

Al-Hadis

Semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaALLAH.

" Siapa yang merasa gembira apabila melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati"
(Al-Hadis)

Mutiara Iman Edisi 576 (Qanaah -Merasa cukup)

ياأيها الناس أنتم الفقرآء إلى الله والله هو الغنى الحميد

Firman ALLAH SWT:
“ Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH DIAlah Yang Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.”
(Surah Fathir ayat 15)

Ulasan Ayat :
    1. Ayat di atas adalah ayat yang menyatakan bahawa “Kita semua adalah manusia yang faqir (perlu kepada ALLAH), merasa cukup dengan ALLAH dan pemberianNya.

    2. Barangsiapa yang diberikan sifat qanaah oleh ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH menginginkan kebaikkan bagi dirinya, kerana dengan sifat qanaah seseorang itu telah menyelamatkan dirinya daripada kehinaan menggemis, dan dapat memelihara serta menjaga kehormatannya daripada mengharapkan sesuatu pertolongan selain ALLAH

    3. Barangsiapa yang mengiginkan harta, maka ia bekerja dengan cara yang halal dan menghilangkan sikap malas, kerana sesuap nasi yang paling nikmat ialah adalah hasil daripada keringat sendiri. Manakala wang yang paling baik ialah wang yang dihasilkan dari jerih payah sendiri.

    4. Betapa indahnya pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang hamba demi untuk mengcukupkan keperluan dan orang-orang tersayang di bawah tanggungannya. Ini kerana bekerja untuk memenuhi keperluan keluarga merupakan satu bentuk ibadah yang sangat mulia apabila disertai dengan niat yang baik dan benar, terutamanya apabila kewangan yang diperolehi dikelolakan secara baik, tidak membazir dan tidaklah pula terlalu berjimat, malah redha dengan yang sedikit, di atur cara kehidupan yang bersederhana, mengikut keadaan sewajarnya dan mengcukupi.

    5. Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan hati, dan ketahuilah bahawa semiskin-miskin manusia adalah yang menjadikan rasa perlunya pada manusia.

    WALLAHU’ALAM.


Al-Hadis

Semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaALLAH.

" Hak muslim ke atas muslim yang lain adalah haram baginya mencerobohi maruahnya, hartanya dan darahnya"
(Al-Hadis)

Mutiara Iman Edisi 575 (Dikalahkan nafsu dan syaitan)

by AdDawrah

وفى رواية لمسلم : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا طلع الفجر لايصلى إلا ركعتين
خفيفتين


Di dalam riwayat Imam Muslim, adalah Rasulullah SAW, apabila menjelang waktu fajar (subuh) baginda solat 2 rakaat paling ringan.

Ulasan Hadis :
    1. Hadis ini telah menjelaskan kepada kita tentang solat subuh yang dilaksanakan oleh Nabi SAW, baginda telah melakukan solat subuh yang paling ringkas dan tidak terlalu lama, di dalam riwayat yang lain, Nabi akan membaca pada rakaat pertama (surah Al-Kafirun) dan pada rakaat kedua (surah Al-Ikhlas)

    2. Ukuran kesolehan seseorang adalah pada waktu fajar (subuh) secara berjemaah, jika ingin melihat hakikat persekitaran, kehidupan, keluarga YANG SOLEH, maka lihatlah pada waktu subuh, JIKA ramai yang melambat-lambatkan perlaksanaanya, berat untuk bangun melaksanakanya maka ianya adalah persekitaran yang tidak soleh.
    3. Berapa ramai dikalangan umat Islam yang gagal menghidupkan solat subuh secara berjemaah, malah kebiasaanya, solat subuh dilaksanakan dengan tiada perhatian dan penghayatan, kerana masih mahu melayan keenakkan tidur dan nafsu.
    4. Kita boleh menyatakan rasa takwa dan keimanan, mengajak orang berbuat kebaikkan namun dikalangan kita hanya segelintir sahaja yang berkemampuan dan berjaya memperaktikkan solat fajar secara sempurna.
    5. Tidak sempurna kenyataan beriman dan bertakwa jika solat subuh masih berat dari segi perlaksanannya, ianya dianggap berdusta dan masih lagi di dalam keadaan yang lalai, bukan dikalangan mereka yang sedar dan subur hatinya. Malah Nabi SAW bersabda, tanda-tanda orang yang munafik ialah mereka yang berat untuk melakukan solat isya’ dan solat subuh secara berjemaah.
    6. Jangan dibilang orang soleh, orang alim, orang yang jujur, orang yang wara’ jika subuhnya masih dapat dikalahkan oleh nafsu dan syaitan., mereka ini hanya pandai berkata-kata namun tidak mampu untuk melaksanakannya, kerana ukuran kesolehan yang benar ialah pada subuhnya.
    7. Mudah-mudahan kita bukan dikalangan orang yang hanya pandai berkata-kata soleh TETAPI jauh dari pengamalannya yang soleh seperti ucapannya.

    WALLAHU’LAM

Friday, May 15, 2009

SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

by Anis Mohd

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas…". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, " Ya ng ikhlas", " Ya ng Benar." Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal.

Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure ). Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau keranaNya yang SATU, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.

Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah". Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak. Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati.

Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur. Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, "Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal…", "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air. Kerosakan pertengahan Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.

" Kerosakan akhir Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu." Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut: "Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah….Amin".

MUTIARA IMAN (EDISI 574) : IMEJ BURUK

عن عائشة رضى الله عنها عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إنّ شرّالناس منزلة عند الله من أودعه أو تركه اتقاء فحشه
Daripada Aisyah RH, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi ALLAH ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang seseorang yang menampilkan sikap buruk sehingga ia dijauhi oleh manusia, dan ianya merupakan manusia yang paling buruk di sisi ALLAH.
2. Pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya adalah kerana baginda sudah mengetahui bahawa akan berlaku pada satu zaman, manusia sudah tidak peduli lagi keburukkan dan kejahatan yang berlaku sekalipun manusia tidak suka dan benci kepadanya.
3. Kita hendaklah merasa malu dengan keburukkan yang ada pada kita, dan merasa tidak mahu kepada keburukkan dan kejahatan. Tetapi manusia hari ini amat berbangga dengan keburukkan dan kejahatan yang ada pada dirinya, malah merasa seronok dapat mempamirkan keburukkan kepada orang dan lebih menyedihkan berbangga apabila orang tidak memperdulikannya, kerana merasa diri hebat.
4. Manusia pada hari ini tidak dapat memebezakan antara imej yang baik dan buruk, dunia hari ini telah mengelirukan kita, buruk dan baik dianggap sama, orang yang tidak solat tetapi baik hati, diiktiraf baik, orang yang tidak memakai tudung dan menutup aurat tetapi tidak mengumpat dikira imej baik, manakala orang yang beramal dengan cara islam, menegakkan kebenaran dianggap mahu menunjuk-nunjuk dan dilihat sebagai imej yang tidak baik, hingga hari ini manusia malu mahu memperlihatkan kebaikkan dan akhirnya tidak malu mempertontonkan keburukkan.
5. Sabda Nabi SAW: "Siapa yang menunjukkan kebaikkan maka seperti dia melakukannya", justeru itu, marilah kita realisasikan sabda Nabi SAW, bahawa kita tidak mahu keburukkan dan mahu berhijrah kepada kebaikkan serta berani menegakkan kebenaran sekalipun orang tidak suka, jangan menjadi orang yang buruk malah orang tidak suka pada kita, kerana ALLAH juga tidak suka pada mereka yang berbuat keburukkan. NAUZUBILLAH.
WALLAHU’LAM

Fajjar Salaah - by Hairul JB

Wake up for Fajr Salaah

A man woke up early in order to pray the fajr prayer in the masjid.
He got dressed, made his ablution and was on his way to the masjid.
On his way to the masjid, the man fell and his clothes got dirty.
He got up, brushed himself off and headed home. At home, he changed his
clothes, made his ablution and was again, on his way to the masjid.
On his way to the masjid,
he fell again and at the same spot! He again, got up, brushed himself
off and headed home. At home he, once again changed his clothes, made
his ablution and was on his way to the masjid.
On his way to the masjid, he met a man holding a lamp.
He asked the man of his identity and the man replied
I saw you fall twice on your way to the masjid, so I brought a lamp so I
can light your way.
The first man thanked him profusively
and the two were on their way to the masjid.
Once at the masjid, the first man asked the man with the lamp to come in
and pray Fajr with him. The second man refused. The first man asked him
a couple more times and, again, the answer was the same.
The first man asked him why he did not wish to come in and pray.
The man replied, I am Satan.
The man was shocked at this reply.
Satan went on to explain,
I saw you on your way to the masjid and it was I who made you fall.
When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the
masjid, Allah forgave all of your sins. I made you fall a second time,
and even that did not encourage you to stay home but rather, you went
back on your way to the masjid.
Because of that, Allah forgave all the sins of the people of your
household .
I was AFRAID if I made you fall one more time, then Allah will forgive
the sins of the people of your village, so I made sure that you reached
the masjid safely.'
So DO NOT let Satan benefit from his actions. DO NOT put off a good that
you intended to do as you never know how much reward you might receive
from the hardships you encounter while trying to achieve that good.
If forwarding this message will bother you, or take too much time from
you, then don't do it, but you will not get the reward of it, which is
great.

May Allah Subhanahu Wata'ala grant us
good Muslim Hearts and we all do our Prayers with all our Heart and
Soul...

Ameen...

Thursday, May 14, 2009

MUTIARA IMAN (EDISI 573) : PENJARA KITA

by - Ad Dawrah

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر
(رواه مسلم)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Dunia itu adalah penjara orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir."
(Riwayat Muslim)
Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menjelaskan tentang kenikmatan yang hakiki bagi orang mukmin dan orang kafir, sesungguhnya dunia bukanlah kenikmatan hakiki bagi kita, ianya hanya nikmat yang tersangat kecil sahaja, dan ianya hanyalah kenikmatan bagi orang kafir.
2. Pada hakikatnya dunia ibarat penjara bagi orang mukmin, kerana kehidupan yang penuh dengan peraturan dan larangan yang wajib diikuti. Segala kehendak nafsu tidak boleh diikuti, tidak boleh sesuka hati membuat sesuatu kecuali jika ianya dibenarkan oleh Islam. Manakala bagi orang kafir, dunia inilah kemegahan dan kenikmatan mereka, apa sahaja yang mereka ingin lakukan tiada batasan dan larangan, tiada sebarang halangan.
3. Namun dunia akan bertukar menjadi nikmat dan syurga bagi orang mukmin jika ia mengikut segala perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA, segala kehendak nafsu berjaya ditundukkan. Nikmat ini tiada lagi di syurga hanya di dunia, iaitu apabila kita merasa derita rindu dan cinta kepada ALLAH ketika kita dalam ketaatan, apabila merasa khusyuk ketika solat, menangisi diri kerana dosa, merasa hina di hadapanNYA, mengecapi nikmat iman ketika berjaya melawan nafsu serta merasa dekat dengan PENCIPTA, jika di syurga segala nikmat ini tiada lagi, kita semua bebas daripada menanggung taklif, yang kita kecapi hanyalah kebahgiaan setelah kepayahan di dunia.
4. Ketenangan dan kebahgiaan terpancar di jiwa orang mukmin yang berada di dunia sekalipun penjara bagi mereka adalah kerana merasa bahagia dipenjara secara maknawi, selamatlah daripada khianat dunia, sentiasa dalam pengawasan PENGAWAL dunia, di atur setiap hari jalan kehidupannya. Semuanya ini nikmat bagi mukmin yang benar, yang menjadi derita hanyalah kepada kita yang tidak pernah sabar dan minta dilepaskan daripada penjara dunia yang sementara ini.
5. Oleh itu, rasailah kenimatan penjara dunia yang sementara ini, kerana kita bakal mengecapi nikmat disebaliknya, dan hasil daripada derita yang sementara ini kita bakal dilepaskan pada suatu masa yang dijanjikan dengan menikmati NIKMAT SYURGA sebenar di AKHIRAT nanti.insyaALLAH.
WALLAHU’ALAM

Malam Pertama...

by Nazrul Syazween

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Dite mani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.......

Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan mem peroleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Marilah mem buat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke ''Malam Pertama Kita''~

Majlis Makan Malan Dan Teater ISA - malaysiakini



Majlis Makan Malam Amal ISA

Tarikh : 16.5.2009 Sabtu (8.00 malam)

Tempat : Dewan Besar Markas Tarbiyyah PAS

Acara Majlis : Jamuan, Persembahan Teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" oleh Dinsman, Nasir Jani & Soffi Jikan, Bacaan Puisi oleh Hj.Mohd Sabu & Sasterawan Negara Pak Samad Said.

Anjuran : PAS Kawasan Bukit Bintang

Harga Tiket : RM 25

No Akaun CIMB : 12230069803521 (Noriah Bt. Yunus).

Mohon Sebarkan Dan Iklankan Di Blog Masing-Masing.

Wednesday, May 13, 2009

Al-Hadis - By Ad Dawrah

"Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu dihadapan satu kaum(lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa berzina"
(Al-hadis)

MUTIARA IMAN (EDISI 572):KAIFIAT DAN HUKUM MEMBERI SALAM

ٓوإذا حييتم بتحيّة فحيوا بأحسن منها أو ردّوها
Firman ALLAH SWT:
“ Dan apabila kamu dihormati dengan suatu(salam)penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik.”
(Surah An-Nisa ayat 86)

Ulasan Ayat :

1. Ayat di atas ini adalah ayat yang menerangkan kepada kita tentang salam dan ucapan yang terbaik.

2. Ucapan salam merupakan ungkapan doa yang paling baik diucapkan terhadap saudara kita. Salam disyariatkan kepada umat Islam sebagai tanda perkenalan antara mereka dan menyalahi cara bertegur sapa yang dilakukan oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah dan rasulNya. Salam itu sendiri sebenarnya adalah doa. Ini bermakna jika setiap pagi dan petang kita menerima salam dari saudara seIslam dengan kita samada yang kita kenali mahupun yang tidak kita kenali, kita sudah didoakan rahmat yang banyak dari mereka.

3. Orang yang hidupnya dalam keadaan sentiasa didoakan oleh saudara seIslam dengannya bererti hidupnya adalah berkat. Namun terdapat beberapa hukum di dalam mengamalkannya.

4. Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib, ini telah disepakati oleh Ulama’. Memberi salam kepada orang yang bukan Islam, terbahagi kepada beberapa pendapat:

5. Pendapat yang mengharamkan Rasulullah SAW bersabda :
"Janganlah kamu memulai orang Yahudi dan nasrani dengan salam. Maka apabila kalian bertemu mereka ditengah jalan maka persempitlah jalannya kepada yang lebih sempit. ( HR. Muslim ).

Namun kalau dalam satu majlis berkumpul muslim dan non muslim kita tetap disyari'atkan mengucapkan salam kepada yang muslim.

"Dari Usamah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW melewati suatu majlis yang di dalamnya bercampur kaum muslimin dan musyrikin - penyembah berhala dan yahudi - maka nabi memberi salam kepada mereka." ( Muttafaqun 'alaih ).

Pendapat yang mengharuskan, kerana umum ayat di atas yang tidak mengkhususkan kepada sesiapa,begitu juga hadis Nabi SAW, yang menyatakan, “berilah salam kepada sesiapa yang kamu kenal ataupun tidak kenal”.
6. Hukum menjawab salam dari orang kafir adalah harus, tetapi dengan jawapan “walaikum atau walaikumussam” berdasarkan hadis Nabi SAW.

7. Namun begitu jika seseorang itu tersalah memberi salam kepada seseorang yang disangkanya adalah muslim, tetapi pada hakikatnya tidak begitu, hukumnya tidaklah berdosa, kerana ia dilakukan tanpa sengaja. Dalam sebuah hadis sahih menjelaskan, sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja tidak membuahkan sebarang dosa kepada pelakunya. Keadaan ini biasanya banyak berlaku kepada pengguna-pengguna telefon di rumah atau pejabat, padahal orang yang menelefon itu bukan Islam. Seeloknya hendaklah dipastikan terlebih dahulu adakah pemanggil itu Islam atau tidak.
WALLAHU’LAM

Monday, May 11, 2009

MUTIARA IMAN (EDISI 570): BERSANGKA BAIK - by Dawrah (Syariah)

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : قال الله عز وجل أنا عند ظن عبدى بي وأنا معه حين يذكرنى

رواه البخارى ومسلم

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Berfirman ALLAH Azzawajalla: “Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hambaKu sangka terhadapku. Dan aku beserta dengannya ketika ia menyebutKU(berzikir kepadaKU).
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Hadis di atas ini adalah hadis Qudsi, di mana ALLAH SWT telah menyampaikan kepada Nabi, dan Nabi telah menyebut apa yang disampaikan oleh ALLAH, melalui ucapan baginda.

2. ALLAH SWT berkuasa atas segala sesuatu, selain daripada DIA melakukan apa yang DIA kehendaki terhadap kita, DIA juga melakukan sesuatu terhadap kita mengikut sangkaan kita terhadapNYA.

3. Apabila sesuatu urusan kita sandarkan dan serahkan segalanya kepada ALLAH, maka DIA akan menguruskannya mengikut apa yang kita sangkakan, jika kita bersangka baik, maka baiklah yang ALLAH akan tentukan, namun jika kita bersangka sebaliknya, maka ALLAH akan berbuat mengikut apa yang kita sangkakan.

4. Justeru itu, kita sebagai hamba, hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap ALLAH, dan segala perbuatanNYA adalah baik, kerana pada hakikatnya, apa yang kita nampak baik, belum tentu ianya baik dari pandangan ALLAH, dan apa yang kita sangka buruk, belum tentu ianya buruk jua pada pandangan ALLAH.

5. Kita hendaklah merujuk semua urusan kita kepada ALLAH, setelah itu hendaklah kita rasakan bahawa yang DIA bakal tentukan buat kita adalah baik, sekalipun yang berlaku itu sebaliknya, kerana kita tidak tahu rahsia ALLAH terhadap kita yang sangat jahil.

6. Marilah sama-sama kita meletakkan sepenuh keyakinan kepada ALLAH, dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan. Sesungguhnya apa yang DIA tadbir itu jauh lebih baik dan tersangat baik buat kita sebagai hambaNYA.
WALLAHU’ALAM

Mauizah buat kita -Lelaki Dayus..'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

by:funkgrands@yahoo.com


Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya,
ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta,
tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.
Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri
ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu
dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak
pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan
'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan
diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri
dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri
yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai
tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada
wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita
tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu
ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga
maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي
لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ :
أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟

فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ
غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki
yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan
pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,
lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu
(untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat
cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah
lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan
setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat
Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai
sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara
keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi
DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di
pejabat
dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat
(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang
yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau
teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah
kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan
isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor,
gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan
kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan
dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak
sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa
sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas
dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki
tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor
lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor
wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki
sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki
tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini
hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh
isteri
atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku
secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus'
kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam
salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang
berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami
dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS
yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan
keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih
menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang
mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni
Syurga.

Friday, May 8, 2009

MUTIARA IMAN:(EDISI 569) ZIARAH PESAKIT

عن ثوبان رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: من عاد مريضا لم يزل فى خرفة الجنة حتى يرجع

رواه مسلم

Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda: “Orang yang menziarahi orang yang sakit sentiasa berpeluang “memungut” ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.”
(Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Nabi kita SAW adalah seorang yang panyayang, baginda sangat mempunyai hati yang lembut dan perihatin terhadap sesiapa sahaja, segala ucapan dan pesanan daripada baginda merupakan kalam yang benar. Apa saja pesanan yang diutarakan pasti memberi kesan terhadap umat-umat yang mengamalkannya.

2. Menziarahi orang yang sedang sakit merupakan amalan yang mesti dilaksanakan oleh kita, ianya termasuk di antara hak-hak sesama muslim yang mesti ditunaikan.

3. Antara adab-adab yang perlu dilakukan ketika kita menziarahi pesakit, ialah mendoakannya, memberi kata-kata semangat, meminta doa daripada pesakit agar mendoakan kita kerana doa orang yang sakit lebih didengari oleh ALLAH, mengambil iktibar daripada apa yang telah menimpa terhadapnya untuk diri sendiri, mengingati dan mensyukuri nikmat kesihatan yang sedang kita kecapi.

4. Demikian seperti yang telah dinyatakan di dalam hadis di atas, ganjaran bagi orang yang menziarahi pesakit sangatlah besar, namun sekalipun ganjaran yang diterima, sebagai menghargai nilai persaudaraan dan kasih sayang yang wujud, kita tetap perlu melaksanakan amalan ziarah ini.

5. Sebagai iktibar kita bersama, seseorang yang berada di dalam keadaan musibah seperti sakit, susah, dugaan, dan sebagainya, hendaklah sentiasa tetap bersyukur, kerana ketika ini pasti imannya semakin kuat dan kesolehannya akan terus bertambah. Tetapi manusia sememangnya makhluk yang pelupa terhadap kenikmatan-kenikmatan yang telah dikurniakan kepadanya.

WALLAHU’ALAM

TIPs (part 2)

LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN" (Riwayat Ahmad)


DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)

SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!

JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT

NYAWA KAMU SENDIRI!!!

Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua......

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2.. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4... membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan..

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta),maka Allah akan menahannya pula darimu.. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu. "
Sahih Bukhari II, Kitab

TIPs

DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-

Hadith riwayat Ahmad "Perbaharukan iman kamu...!!! Sahabat bertanya: Bagaimana kami hendak perbaharui iman kami..?? Baginda menjawab:Banyakkan menyebut LAAILAAHAILLALLAH. .!!"

Most beautiful word - Allah
Most beautiful song - Azan & Zikir
Most powerful weapon - Doa
World perfect encyclopedia - Al-Quran
Best excercise - Solat/Prayer
Best diet - Fasting

UBAT HATI :-
1)Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
2)Solat malam @ Qiamullail
3)Berkumpul @ Bergaul dgn orang2 yang soleh
4)Banyakkan berpuasa
5)Zikir malam berpanjangan
--Petikan dari Syair Jawa--

"Islam mengagungkan ilmu;mencarinya sebagai ibadah, belajarnya sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad, & mengajarnya kepada org lain sebagai suatu sedekah." Sayyid Sabiq(Ulama kontemporari Mesir) Who I Want to Meet:

Surah Al-Baqarah ayat 208 "Hai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya & janganlah kamu turuti langkah2 Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Surah Muhammad Ayat 7 "Hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu & meneguhkan kedudukanmu. "

Surah Ad-Dzaariyaat ayat 56 "Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku."

Surah Ar-Ra'du ayat 28 "Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Surah Al-Hujuraat ayat 10 "Sesungguhnya orang2 mukmin itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmatnya."

Surah Al-Israa' ayat 44 "Langit yang 7, bumi & segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. & tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

MUTIARA IMAN:(EDISI 568) PERKARA PALING DIBENCI

عن عائشة رضى الله عنها عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إن أبغض الرجال إلى الله الألدّ الخصم
رواه البخارى ومسلم


Daripada Aisyah RH, Nabi SAW bersabda: “Insan yang paling dibenci oleh ALLAH ialah orang yang amat keras permusuhan”.
(Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Rasulullah SAW merupakan insan yang memiliki himpunan kata-kata yang tepat dan padat, serta baginda mempunyai firasat yang kuat, maka daripada hadis di atas ini, melalui pengetahuan yang luar biasa bahawa akan datang satu zaman di mana permusuhan dikalangan manusia semakin berleluasa, baginda berpesan kepada kita, bahawa permusuhan adalah perkara yang dibenci oleh ALLAH.

2. Permusuhan dalam Islam adalah sangat tercela, ianya adalah sikap dan tabiat musuh-musuh ALLAH. Alangkah tidak sewajarnya orang-orang yang Islam memipunyai sifat sukakan permusuhan, kerana daripada permusuhan akan lahir perbalahan dan pepecahan, ketika ini hancurlah perpaduan dan kesatuan hati dan roh umat Islam. NAUZUBILLAH.

3. Punca-punca berlakunya permusuhan adalah disebabkan kurangnya ilmu dan rasa cinta terhadap agama Islam yang dibawa oleh RASULULLAH. Seandainya di hati kita merasakan bahawa Islam adalah kesejahteraan, kebaikkan, keselamatan, agama yang penuh dengan keindahan terhadap penganutnya, dan mengalir cinta kita terhadap NABI SAW pembawa agama Islam yang sentiasa mengajarkan erti pengamalan Islam, kita tidak mampu untuk berbuat lebih kurang apalagi mencetuskan permusuhan.

4. Adat di dalam senario kehidupan, bahawa kita pasti tidak dapat hindari masalah persengketaan, lebih-lebih lagi terhadap rakan yang terdekat, kerana selalu bersama, pasti wujud ketidakserasian pada sesuatu perkara, akan tetapi ianya tidak akan tergugah sedikitpun jika saling mempunyai sifat pemaaf, persefahaman, dan kasihkan ia kerana ALLAH.

5. Keberkatan akan hilang jika sekiranya di dalam suatu tempat terdapat permusuhan, malah terdapat hadis RASULULLAH SAW yang menyatakan, bahawa barangsiapa yang tidak bertegur sapa kepada saudaranya selama 3 hari, maka ianya dihukumkan sebagai kafir.NAUZUBILLAH.

6. Berjaga-jagalah kita semua daripada permusuhan, mengapa perlu bermusuhan, bermasam muka, tersinggung hati, tidak bertegur sapa, berkecil hati atau sebagainya, bukankah kita semua bersaudara, malah apabila berlaku perkara-perkara tersebut sebenar-benarnya kita hendaklah melihat kesalahan diri kita sendiri, menurut tasauf, musibah permusuhan itu berpunca daripada dosa kesalahan diri kita sendiri yang perlu kita perbaiki dan bertaubat.

7. Sesungguhnya tiada istilah permusuhan di dalam kamus kehidupan kita orang-orang mukmin, ianya lahir daripada nafsu dan syaitan, kedua-duanya ini merupakan musuh ALLAH begitu juga mereka yang memerangi agama ALLAH. ALLAH tidak pernah melihat kepada nafsu semenjak menciptakanya, dan melaknat syaitan selamanya. Lalu, mengapa nafsu dan syaitan yang menjadi ikutan kita..?

WALLAHU’LAM

Thursday, May 7, 2009

Mendidik anak2 bersolat...Fakta yg Harus Dibaca (Final Part) - by Anis Mohd

Apakah yang dimaksudkan dengan tahap 25% atau 50% atau 85% atau 95%? Berikut adalah rajah yang menerangkan apa yang berlaku kepada sistem otak-saraf anak-anak kita:



Alhamdulillah, melalui proses-proses ini, manusia, secara fitrah, telah diberikan jentera otak-saraf yang merupakan landasan untuk anak-anak kita membina ilmu, amalan dan kebajikan pada paras tinggi, dan landasan itu amat besar. Sila lihat perbandingan di antara sistem-sistem simpinan:



Dari rajah-rajah ini kita dapat sama-sama melihat bahawa otak-saraf merupakan “kemudahan” (anugerah Tuhan) yang terlibat dalam proses pembangunan “Anak Cemerlang, Anak Mulia”, dan potensinya amat besar. Inilah sifat mutlak yang memudahkan pendidikan anak pada tahap yang tinggi sehingga pada usia 7 tahun, anak-anak mampu mencapai pembangunan pada tahap lebih dari 95%. Hal ini amat selaras dengan panduan Al-Quran tentang sempurnanya bentuk manusia yang telah dijadikan Tuhan:

Dalil2 Al-Quran
 Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan manusia dari tanah. (As-Sajadah 32:7)
 Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. (S At-Tiin 95:4)
 Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-Israa’ 17:70)
 Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang Pemurah? … Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat engkau dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau disusunNya (Al-Infithar 82:6-8)

MANUSIA TELAH DIBERI ILMU & PETUNJUK
Saya juga yakin anak “harus mampu sempurna” kerana manusia (Nabi Adam a.s.) telah diajar ilmu dan disediakan petunjuk (agama dan akal):

Dalil2 Al-Quran
 Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama benda segalanya (S. Al-Baqarah 2:31)
 Maha suci Engkau. Kami tidak mengetahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Tahu dan Maha Bijaksana (S. Al-Baqarah 2:32)
 Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah, yang dijadikanNya manusia sesuai dengan agama itu (S. Ar-Rum 30:30)
 Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam (S. Ali Imran S. 3:19)
 Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya (S. Ar-Rum 30:24)
 Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (S. Al-Isra 17:9)

MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:
 FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud” [S.Adz-Zaariyat 51:56]
 YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.
 RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.
 AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.
 SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

SEDIKIT2 & BERTAHAP2
Tahap pencapaian pada usia 7 tahun sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika kita mulakan pendidikan anak dari tahap-tahap seawal mungkin. Inilah sebabnya kita perlu adakan usaha pendidikan awal bagi kaum Muslimin dengan memanfaatkan peluang membina asas-asas pendidikan yang kukuh dari masa anak berada di dalam rahim ibunya, dan, selepas anak itu dilahirkan, mendidiknya secara sedikit-dikit, bertahap-tahap, dan secara berkesinambungan:



Sekiranya anak-anak kita dapat dididik dengan baik secara bertahap-tahap, dari awal, mereka akan mudah disempurnakan ilmu, akhlak, amalan, ibadah dan kebajikan selapas usia 7 tahun. Rajah berikut menunjukkan tahap-tahap utama proses pendidikan hinggalah usia “Akil Baligh”.



Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. Insya-Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan barakah, insya-Allah.

TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH
Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu, anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya sudah mampu bertutur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis, melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik, senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya.

Alhamdulillah, saya telah berpeluang menemui ramai ibubapa yang telah mendidik anak-anak dari kecil, dan anak-anak itu telah memperolehi kecerdikan, ilmu dan akhlak yang amat tinggi:
 Pada usia 3-4 tahun mereka telah faham banyak fakta-fakta sains, bahasa, Matematik, kesihatan, protin, karbohidrat, ilmu alam, lebih dari apa yang biasa difahami oleh anak-anak yang tidak dididik dari awal.
 Mereka bertutur dalam dua bahasa dengan fasih dan penuh adab serta makna. Tulisan dan lukisan mereka amat baik. Mereka mampu membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan mampu membaca Iqra’ (III-VI) pada usia 5-6 tahun.
 Perbendaharaan ilmu mereka amat luas. Mereka tahu amphibia, mamalia, nama-nama pokok, mengapa daun berwarna hijau, apa erti photosynthesis, chlorophyll, nama-nama awan, mengapa awan penting, jenis-jenis kereta, negeri, ibukota, bendera, dan banyak lagi. Hal ini tidak menjadi masalah kerana mereka berminat mempelajari berbagai bahan-bahan ilmu.
 Membuat kerja-kerja rumah, termasuk membantu bibi memasak, mengemas rumah, menolong ibubapa, membasuh kereta, menyusun buku-buku di rumah, menjahit, pergi pasar, dan menolong menjaga adik-adik ~ semua ini sudah mula menjadi amalan harian.
 Mereka kenal masuknya waktu solat, apa itu azan, melakukan solat, berwudhu, tahu sejadah, arah kiblat, erti saf, solat berjemaah, menghafal doa Iftitah, zikir-zikir solat, surah-surah lazim, doa-doa harian dan salawat sudah juga menjadi kegemaran mereka.
 Kerana mereka berminat dan berkemampuan tinggi, mereka mampu didedahkan kepada berbagai ilmu lanjutan. Lebih banyak, lebih tinggi kemampuan mereka memahami lebih banyak ilmu-ilmu baru pada tahap yang lebih tinggi serta bidang yang amat luas dan berbagai. Proses ini dilakukan tanpa disekat oleh usia mereka. Yang penting mereka ceria, faham dan minat belajar.

Dengan pencapaian yang begitu tinggi dan luas (pada usia 5, 6 atau 7 tahun) anak-anak ini pasti akan mudah memahami apa sahaja yang bakal diajar di sekolah. Insya-Allah, mereka akan pasti mampu menjayakan diri mereka pada tahap-tahap sekolah bermula usia 7 tahun. Semua ini pula dilandaskan dengan akhlak, iman dan budi-pekerti yang baik semata-mata kerana telah dibiasakan melakukan solatnya dari usia 7 tahu. Wallahu`alam bissawab.

Moga-moga usaha kita mendidik anak-anak kita akan sentiasa diredhai dan dipermudakan Allah SWT. Amiin.

MUTIARA IMAN:(EDISI 567) ORANG YANG DISAYANGI ALLAH

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال من يرد الله به خيرا يصب منه
رواه البخارى

Daripada abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Siapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikkan, nescaya ALLAH mengujinya.”
(Riwayat Bukhori)

Ulasan Hadis :

1. Hadis yang telah dinyatakan di atas adalah berita gembira bagi hamba-hamba yang sering diuji, di beri dugaan, di timpakan musibah serta di kurniakan kedukaan, mereka ini merupakan hamba-hamba yang diberi kebaikkan oleh ALLAH.

2. Ujian merupakan nikmat dan keindahan bagi hamba-hamba yang mencintai ALLAH, akan tetapi bagi mereka yang dihatinya ada cinta selain ALLAH, maka ujian yang ditimpakan ke atasnya dianggap bebanan dan kesusahan baginya.

3. Kebiasaannya manusia hari ini, bila berlaku sebarang masalah maka sering dia akan berkata” Mengapalah masalah sering menimpaku?banyaknya ujianku, beratnya, deritanya, janganlah ditimpakan lagi ujian ini,..”inilah yang lahir daripada kita. Sebaliknya hanya ada beberapa orang sahaja yang akan berkata” ALHAMDULILLAH, indahnya ujianMU, terima kasih Wahai TUHANku kerana mengujiku, aku redha segala ujian yang KAU beri..” mereka ini adalah hamba-hamba yang sudah dibukakan mata hatinya untuk merasa bahawa ujian adalah tanda kasih sayang ALLAH.

4. Betapa sukarnya untuk memiliki hati mereka yang merasakan ujian adalah nikmat, seperti Iman Syafie RH, ketika ALLAH menimpakan kepadanya penyakit bawasir yang parah, dia berdoa” Ya ALLAH, andai penyakit ini punca cintaMU padaku, maka tambahkanlah”, manakala SAIDINA ALI, ketika sudah lama tidak ditimpakan sakit, maka dia meminta” Ya ALLAH, bilakah ENGKAU mahu memberiku sakit, adakah aku sudah tidak dicintaiMU”.

5. Justeru itu, andai kita tidak mampu untuk memiliki hati seperti mereka, maka usahakanlah agar kita sentiasa redha atas apa jua yang berlaku, sememangnya ujian kita hanyalah sedikit cuma, jika hendak dibandingkan dengan orang lain, kita hanya bermasalah di tempat kerja barangkali, atau sebagainya, kita sudah berputus asa, kadang-kadang hilang pertimbangan, sedangkan kerja kita adalah untuk Islam, sudah tentu ujian yang diberi untuk menguatkan kita.

6. Marilah sama-sama kita rasai, bahawa setiap ujian yang berlaku adalah tanda pilihan ALLAH yang terbaik dan lebih menyangi kita. Bahkan kita hendaklah bersyukur, kita dipilih untuk menanggung ujianNYA. Nescaya kita akan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bahagia jika ujian dirasakan nikmat, apatah lagi bila nikmat yang dikurniakan..kedua-duanya menjadikan hidup kita sentiasa bahagia seperti orang-orang soleh. insyaALLAH.

WALLAHU’ALAM.

Wednesday, May 6, 2009

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Tuesday, May 5, 2009

Mendidik anak2 bersolat...Fakta yg Harus Dibaca (part 1) - by Anis Mohd



Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
 Mengapa 7 tahun?
 Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
 Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun. Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan: “Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”

Insya-Allah, melalui artikel ini saya akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
 KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
 KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
 KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
 KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
 KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?

Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun:


MUTIARA IMAN (EDISI 566) : JANGAN MARAH

: عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم
ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب
(رواه البخارى)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda: “Bukanlah orang yang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Hadis ini telah menjelaskan tentang sikap marah. Nabi SAW berpesan kepada kita agar mengawal diri daripada sifat marah.

2. Marah merupakan salah satu daripada sifat mazmumah (sifat tercela) yang ianya penyebab kepada seseorang hamba itu terhijab daripada mendapat kasih sayang ALLAH, kerana ALLAH sangat kasih kepada hamba-hamba yang berlemah lembut sesama makhluk, dan sesungguhnya sifat kasih sayang dan kelembutan ALLAH itu mengatasi sifat marah dan murkaNYA.

3. Manusia hari ini melihat kekuatan dan kehebatan seseorang itu apabila dia gagah dari segi zahiriyahnya seperti kuat berlawan, kuat anggota badan, akan tetapi kekuatan yang sebenar-benarnya sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadis ini, ialah apabila seseorang itu dapat mengawal marah, menundukkan rasa marahnya, memadamkan perasaan marahnya.

4. Sifat marah yang dituntut ialah marah kerana menegakkan kebenaran, seperti Nabi SAW, baginda tidak pernah marah sekalipun baginda dihina, namun apabila ianya melibatkan perkara agama yang perlu ditegakkan, maka Nabi akan marah, para sahabat akan mengetahui Nabi sedang marah, apabila terlihat di antara 2 kening Nabi timbul satu urat yang berwarna merah, maka itulah tanda Nabi marah, tidak pernah diperlihatkan pada tingkah laku dan kata-kata yang boleh menyakitkan hati sesiapa.

5. Islam menganjurkan kepada kita agar segera memadam api kemarahan dengan kesabaran. Jika perasaan marah itu menguasai diri, maka berwuduklah, kerana sesungguhnya marah itu datang dari api, maka atasilah ia dengan air wuduk.

6. Sesungguhnya sifat marah hanya merugikan kita jika terbabas daripada mengendalikannya, hanya dengan kemarahan yang sedikit boleh menghilangkan kehormatan orang terhadap kita jika kita tersalah langkah, dan dengan marah juga menghilangkan separuh akal kita, kerana sudah dikuasai oleh nafsu semata-mata, maka apabila nafsu sudah meraja, hasilnya adalah kita akan hilang rasa kelembutan ALLAH di hati kita, maka kita akan bertindak diluar kawalan diri, melainkan jika kita bersegera beristigfar memohon ampun dan maaf, dan segera memberi maaf.

7. Semoga sifat ini tidak merajai kita. Bersifatlah dengan sifat kelembutan, kerana orang yang memiliki sifat halim(lembut) ianya mewarisi sifat orang mukmin yang sejati.

WALLAHU’ALAM

Muhasabah Diri - by Hurrie Hussin

Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak memasukkan seorang ke dalam SYURGA?" Jawab Baginda "Taqwa & berakhlak mulia."

Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak memasukkan seseorang ke dalam NERAKA.. Baginda menjawab "Kejahatan mulut & kemaluan." --Al-hadith--

Hadith riwayat At-tirmidzi "Tidak ada yg paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku."Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, Sebaik-baik bekal adalah taqwa, Seburuk-buruk buta adalah buta hati, Paling besar dosa adalah dusta, Paling buruk mata pncarian adalah riba, Paling buruk makanan adalah memakan harta anak yatim..

Monday, May 4, 2009

FADILAT SURAH AL-FATIHAH - by Hurriyati





Sesiapa yang mengekalkan membaca surah Al-Fatihah diantara solat sunat subuh dengan Fardu Subuh sebanyak 41 kali yang dijadikan amalan rutin harian antara fadilatnya bukti dalam sejarah anda setelah mengamalkannya ialah:-
Meminta pangkat melainkan dapat.
Ia miskin melainkan kaya tiada disangka.
Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
Ia lemah melainkan dikuatkan Allah.
Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan: “ Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari ”.

“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut ”. “ Maka kamipun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dang penyakitnya berkurangan ”. Begitulah Fadilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah keatas seseorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

AIR FATIHAH

Ibnu Abas r.a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah SAW telah sakit. Rasulullah SAW melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota luaran.

Dengan berkat fatihah itu sembuhlah penyakitnya. Demikianlah, sesiapa sahaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini:

Maksudnya : Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysa Allah akan afiat.


MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT

Apabila seseorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan ke atas ikatan atau belenggu itu. Insya Allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDOR

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidor, kemudian ia membaca.
Surah al - Ikhlas 3 kali.
Surah al - Falaq sekali.
Surah an - Nas sekali.
terselamat ia dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari hantu Syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor.

FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI

Jika dibacakan Fatihah :
70 kali sehari.
selama 7 hari.
pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati. Insyaallah akan dibukakan Allah Taala pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas berkata : "Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut". Setelah itu bermohonlah ia kepada Tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makbulkan.

WIRID FATIHAH

Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas solat sebanyak 20 kali akan:
Dimurahkan Allah rezekinya.
Diperbaikki hal ehwalnya.
Dibersihkan hatinya.
Diangkat darjatnya.
Dimudahkan pekerjaannya.
Dilepaskan ia daripada dukacita.
Dijauhkan dari mudharat.
Diberi ia kerajinan dan semangat.
Tidak kecewa.
Dijauh dari asutan Syaitan.
Di ilham kepadanya kebajikan.

FATIHAH UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insa yallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini : Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardu Subuh. Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

FATIHAH DI ATAS KAPAS

Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.

FATIHAH UNTUK BERESKAN PEKERJAAN

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres .

FATIHAH PENGHILANG DAHAGA

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

FATIHAH MENGUBAT SAKIT TELINGA

Jika mengidap sakit telinga baru ataupun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insya Allah afiat.

FATIHAH MINYAK

Jika di bacakan 70 kali Fatihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insya Allah afiat apabila di gosokkan .

FATIHAH SEBAGAI PENAWAR

Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masukkan sebutir garam jantan atau kasar dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.

Semoga apa yang anda hajati mendapat keberkatan untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup didunia serta mendapat ganjaran pahala yang tiada batas dari Allah Taala buat hambanya yang bertakwa. Insya Allah.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!! - Sham Samad

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti...
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!