www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, June 9, 2009

Mutiara Iman Edisi 592 (Himpun Kebaikkan)

by Addawrah

عن جابر بن عبد الله رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: كل معروف صدقة
(رواه البخارى ومسلم)


Daripada Jarir Bin Abdullah RHM, Nabi SAW bersabda: " Setiap kebaikkan itu adalah sedekah".
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Hadis di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa apa sahaja kebaikkan yang kita lakukan adalah sedekah, dan sedekah itu adalah sesuatu yang diinfaqkan kerana ALLAH SWT mendapat ganjaran pahala.
2. ISLAM telah memberi kepada kita kesenangan perlaksanaan kebaikkan dalam semua aspek kehidupan yang kita lakukan, kemudahan seperti ini hanya dikhususkan kepada ummat Muhammad SAW, tidak pada ummat yang terdahulu.
3. Sesungguhnya kebaikkan adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk kita laksanakan berbanding kejahatan, untuk mendapatkan kebaikkan memerlukan kepada pengorbanan kerana ianya adalah perkara yang bercanggah sama sekali dengan nafsu kita, manakala kejahatan tidak perlu bersusah payah untuk kita lakukan kerana ianya menepati kehendak nafsu.
4. Namun, kebaikkan menjadi sangat ringan untuk dilaksanakan apabila kita sudah biasa dengan amalan yang baik, akan tetapi sebelum mencapai tahap ini, pada permulaan perlaksanaanya sangatlah berat dan menyukarkan walaupun ianya hanya memberi senyuman terhadap saudaranya, memberi salam, apatah lagi jika menginfaqkan sedikit wang, sudah tentu lebih berat lagi.
5. Perlu dingatkan bahawa kebaikkan yang dikira sebagai satu sedekah bukan hanya sekadar berbentuk kewangan malah perlaksanaanya sangat luas, apa sahaja bentuk kebaikkan dikira sedekah.
6. Biar kita miskin harta, tapi jangan miskin pahala, harta dicari sekadar keperluan duniawi, namun pahala dicari ianya memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, jangan bertangguh-tangguh dalam berbuat baik dan amal soleh di dunia sementara ini, kerana selepas ini tiada jenis kebaikkan dapat dibuat MELAINKAN hanya menanti balasan kebaikkan.WALLAHU’ALAM

No comments: