www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Wednesday, June 3, 2009

Mutiara Iman Edisi 584 (Mengutamakan yang halal)

ياأيها آمنوا لاتأكلوا أموالكم بينكم بابلطل

Firman ALLAH SWT: " Wahai orang-oang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta antara kamu dengan cara yang batil"
( Surah An-Nisa’ ayat 29)


Ulasan Ayat :
1. Ayat di atas ALLAH SWT melarang orang-orang mukmin daripada mengambil makan (hasil atau cara) yang bathil (yang haram) lagi tidak dibenarkan oleh syara’. Antara lain yang perlu dijaga ialah syubhah (benda yang diragui diantara halal atau haram).
2. Islam telah menggariskan kepada kita tentang beberapa perkara penting dalam bab pemakanan, penghasilan dari segi zahir mahupun batin. Semuanya telah dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Kita hendaklah menurutinya, sekalipun ianya hasil lumayan jika tidak halal hasilnya maka wajib bagi kita meninggalkannya.
3. Orang-orang soleh sangat mengutamakan makanan yang halal. Agenda ini lebih penting bagi mereka dari lain-lain keperluan dunia mereka. Mengapa? Kerana mereka sangat mencintai Akhirat melebihi segalan-galanya. Mereka yakin bahawa amalan akhirat yang suci tidak akan mampu dibuat oleh seseorang yang memakan perkara-perkara haram dan syubhat.
4. Sesungguhnya sesiapa yang memakan sesuatu yang syubhat akan keluar pula daripadanya amalan-amalan yang syubhat dan seandainya seseorang yang memakan perkara yang haram, dalam masa yang sama ingin bangun melaksanakan amalan ketaatannya kepada ALLAH, maka ia tidak akan diberi kempunanan oleh ALLAH. Inilah yang sangat dibimbangi oleh orang soleh.
5. Sebab itulah sebagai renungan, Sufian As-Sauri apabila ia menghadiri sesuatu walimah ia akan membawa bersamanya roti atau makanannya dari rumah. Sewaktu ditanya oleh Tuan kenduri: "Kamu tidak makankah roti dan makanananku?" Jawablah Sufian As-Asauri : " Kamu tahu darimana roti kamu dan aku pula tahu dari mana datangnya roti aku. Kalau begitu setiap daripada kita makanlah roti yang paling ia tahu darimana datangnya. Demikianlah halnya orang-orang soleh. Makan yang halal melebihi segalanya dalam keperluan dunia mereka, walaupun sedikit asalkan segalanya diredhoi oleh ALLAH SWT.
6. Justeru itu, kita hendaklah mencontohi sifat wara’ dan berhati-hatinya para salaffusoleh di dalam pengambilan makanan yang akan menjadi darah daging kita, namun yang pasti kita semua insyaALLAH terselamat daripada mengambil hasil yang haram.
7. Cuma yang perlu kita pastikan pula adakah hasil halal yang kita perolehi disalurkan dan digunakan kepada perkara-perkara yang halal? Atau haram? Contohnya membeli rokok yang di dalamnya terdapat bahan yang haram lagi memudaratkan..FIKIR-FIKIRKANLAH..

No comments: