www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, November 17, 2009

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi



by jai@sham


Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuatir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.


Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka kuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah Babylon 10. Tanah India 11. Tanah syurga 12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks (berahi) dan tipu-daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA:


1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.


Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. 2. Di bawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera:


1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.


Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)


Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.


Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)


RENUNGAN Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allahlah kita akan dikembalikan.

Monday, September 28, 2009

Tazkirah 14 : Kehebatan Membaca Bismillah

By Bro Aizam

Bismillahhirrahmani rrahhim

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu Dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah
Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari."


7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya. "

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan
Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati is zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada is pembaca.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tak Terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.. Kini Mata Utara Kembali Beroperasi setelah bercuti selama sebulan..

Wassalam

Thursday, September 3, 2009

RAHSIA DIWAJIBKAN SOLAT








SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)
Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.
Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)
Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.
Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan
menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)
2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:
"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)
4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)
5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!
"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)
6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)
Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Thursday, August 27, 2009

Kaedah baru mengawal Virus H1N1

Perhatian: Artikel ini berdasarkan penemuan dan pemerhatian, belum disahkan oleh kajian saitifik

Cara Virus H1N1 berjangkit dari satu individu ke satu individu yang lain adalah sama sepertimana jangkitan selsema biasa.

Proses jangkitan 1 : Apabila seseorang yang sedang dijangkiti virus selsema ia batuk atau bersin, virus yang berada dalam rongga hidung dan kerongkong akan keluar dan tersebar melalui udara.

Jumlah virus yang banyak dan tepu seperti diatas jika dihidu oleh individu lain boleh menyebabkan ianya dijangkiti.
Peringkat permulaan virus akan hinggap dibahagian pangkal hidung, jika terdapat sedikit lembapan dan kotoran maka virus ini akan terus dapat hidup dan membiak.

Proses jangkitan 2 :
Apabila terdapat individu pesakit duduk dalam satu bilik yang tidak ada pengaliran udara yang baik. Nafas pesakit yang mengandungi virus akan memenuhi ruang bilik tersebut. Jika ada individu yang lain memasuki bilik tersebut, jangkitan akan bermula.

Proses jangkitan 3:
Mereka yang kuat sistem immunity apabila terkena jangkitan tetap berkeadaan stabil dan tidak menunjukan tanda yang membimbangkan, kecuali rasa sedikit panas di bahagian muka atau sesetangah anggota badan, apabila mereka menghampiri kanak-kanak atau individu yang lemah sistem immunity, jangkitan mudah terjadi.

Proses jangkitan 4:
Terdiri dari mereka yang sudah hampir sembuh sepenuhnya dari selsema yang kuat, kecuali selsema di peringkat akhir, saki-baki virus masih ada, masih berpotensi untuk membawa jangkitan, kecuali setelah sembuh sepenuhnya.

Pembiakan virus:
Virus yang hinggap di pangkal hidung dapat membiak dengan memakan kotoran yang terdapat dalam hidung. Hidung akan memberi reaksi untuk mengeluarkan virus-virus ini dengan cara bersin. Walaubagaimanapun jika terdapat lembapan dan kotoran yang sesuai dalam hidung, virus ini tidak lagi dapat dikeluarkan oleh proses bersin. Kemudian hidung akan mengeluarkan sejenis cecair untuk memerangkap virus yang dikenali sebagai cecair hingus, cecair ini akan mengalir ke dua arah , satu kearah lubang hidung dan satu lagi kearah tekak .

Kedua-dua arah cecair ini merbahaya dan hendaklah dikeluarkan.
1) Dari rongga hidung ia hendaklah dikeluarkan, kemudian cuci rongga hidung menggunakan air yang bersih dengan cara menyedut air dengan perlahan-lahan hemudian hembuskannya. Lakukan beberapa kali sehingga terasa bersih rongga hidung, dengan cara ini virus dan kotoran dapat dikeluarkan.

2) Cecair hingus yang mengalir ke arah tekak jangan sekali-kali ditelan , kerana ia mengandungi virus. Jika ditelan akan mengakibatkan virus masuk kedalam sistem tubuh dan mengakibatkan demam.

Kaedah pencegahan 1:
Kerapkan mencuci rongga(lubang) hidung dengan air yang bersih dengan cara menyedut air menggunakan hidung dan menghembuskannya. Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari atau seberapa kerap yang mungkin. Cara ini dapat mengelakan berkumpul kotoran menjadi mendapan yang sesuai untuk pembiakan virus selsema. Apabila bahagian ini telah dibersihkan virus yang masuk tidak dapat bertahan kerana tidak ada sebarang sumber makanan. Kaedah pembersihan rongga hidung belum diketahui dalam ilmu kesihatan moden sehingga ke hari ini. Bagaimanapun kaedah ini telah diajar olen Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun lebih yang lalu. Iaitu sunnah sebelum berwudhu memasukkan air ke dalam hidung kemudian menghembuskannya, diulangi sebanyak 3 kali .

Kaedah pencegahan 2:
Apabila anda mula dijangkiti, anda akan terasa kurang selesa dibahagian dalam rongga hidung, diikuti bersin yang berturut-turut(tanda-tanda awal selsema). Tindakan pantas yang perlu anda ambil ialah mencari air dan mencuci dalam rongga hidung seberapa cepat dan kerap yang mungkin, cara ini dapat mengeluarkan virus yang baru hinggap dalam rongga hidung. Diikuti cecair pekat yang mengalir ke arah tekak hendaklah dikeluarkan melalui ludah. Kaedah ini dapat menyekat virus dari masuk kedalam tubuh. Jika ditelan, virus yang masuk akan mendatangkan masalah kepada organ-organ dalaman seperti paru-paru dan sebagainya. Dalam masa yang sama dapatkan ubatan yang disyorkan oleh doktor untuk kawalan virus selsema. Dan dapatkan produk yang dapat menguatkan sistem immunity seperti Habbatussauda. Habbatussauda dapat mengawal virus selsema dengan mantap dan berkesan, ini telah banyak dibuktikan oleh kajian saintifik dan pengalaman mereka yang pernah menggunakannya.
Habbatussauda bersifat panas, kering dan anti bakteria, anda boleh memakannya secubit setiap setengah jam sehingga kesan-kesan selsema hilang sepenuhnya.

Quarantine(pengasingan):
Individu yang telah di asingkan kerana sedang dijangkiti virus selsema hendaklah mengambil ambil berat beberapa perkara supaya pesakit tersebut cepat sembuh, dalam masa yang sama tidak menjangkiti individu yang lain .

1) Makan ubatan dengan mengikut aturan dan nasihat doktor.

2) Jika mampu ke bilik air:
Kerapkan mencuci rongga hidung apabila terasa banyak lembapan berkumpul iaitu menggunakan air dengan kaedah diatas.
Mengeluarkan kahak sekerap mungkin dan jangan sekali-kali ditelan. Tugas cecair kahak dan cecair hidung untuk memerangkap virus, tugas kita mengeluarkannya melalui berludah.

3) Apabila bersin atau batuk hendaklah tutup mulut dan hidung dengan dua tapak tangan atau berlapik dengan kain.

4) Didalam bilik sediakan satu kipas angin yang menghala ke arah tingkap, fungsi kipas angin ini untuk mengeluarkan udara tercemar dari bilik tersebut. Jika tidak, udara dalam bilik tersebut akan menjadi tepu dengan virus selsema dan boleh menjangkiti individu lain yang masuk. Dengan fungsi kipas ini, udara bilik sentiasa bersih.

5) Sebagai tambahan dimusim selsema, gunakan pewangi udara yang mengandungi anti bakteria untuk tempat berair-cond seperti pejabat, dewan, kereta, bas dan sebagainya. Banyak produk ini dipasaran seperti Dettol, Nanomist dan lain-lain. Jika anda mampu , anda boleh gunakan alat penapis udara yang biasa dikenali UV air purifiers, ionizers,air filters dan sebaginya. Walaubagaimanapun asas kepada kesihatan bermula dari diri anda sendiri, sebab ditempat yang terdedah anda tidak punyai perisai kecuali kebersihan diri.

Langkah berjaga-jaga:
Jarakkan diri dari individu yang terkena jangkitan atau yang masih belum sembuh sepenuhnya pada jarak 2 meter jika anda tidak menggunakan mask(penutup hidung).
Jangan masuk bilik yang ada individu terkena selsema kecuali menggunakan mask.
Individu yang sudah baik dari demam tetapi masih batuk berkahak, hendaklah menjarakkan diri dari individu yang sihat, terutama anak-anak kecil dan orang-orang tua, kerana saki-baki virus masih ada kecuali telah sembuh sepenuhnya.
Penggunaan kipas ke arah tingkap untuk mengeluarkan udara tercemar adalah sangat penting untuk mengelakan penularan virus dalam kawasan bertutup seperti rumah, pejabat dan sebagainya.

Walaupun anda dalam keadaan sihat, jangan abaikan kebersihan rongga hidung kerana itulah pintu masuk bermacam-macam virus yang boleh menyebabkan selsema, asma, resdung dan sebagainya. Paling kurang lima kali sehari iaitu sebelum mengambil wudhu. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang banyak mengandungi hikmah dan rahsia, ia tidak boleh dipandang remeh, dengan penemuan kaedah ini insyaallah semuga masalah virus H1N1 akan selesai.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: " Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ."

**Perhatian: Artikel ini berdasarkan penemuan dan pemerhatian, belum disahkan oleh kajian saintifik. Jika anda fikir ada benarnya, sila fowardkan kepada kenalan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......

UNTUK RENUNGAN BERSAMA.. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu , dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat….

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.." (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi.? Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah".

6. Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa. (Hadis riwayat Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut". (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim). Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Ramadhan : Awas byk hotel tak halal..!!

Sumber : Utusan 22/08/09

Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal. Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka. Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal. Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam. Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama. Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka. “Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus. “Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya. Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam. “Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya. Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel. “Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya. Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat. Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.

Wednesday, August 26, 2009

Jalan Menuju Syurga

Semoga tidak tersesat....

A(H1N1) Designated Private Hospitals

by Hurrie Hussin

Assalamualaikum n salam muhibbah!

Just to be on the "alert" side..

Wilayah Persekutuan KL & Selangor
1. Gleneagles Intan Medical Centre
2. Pantai Hospital Kuala Lumpur
3. Prince Court Medical Centre
4. Pantai Hospital Cheras
5. Sunway Medical Centre
6. Tropicana Medical Centre
7. Tung Shin Hospital
8. Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Sdn. Bhd
9. Assunta Hospital, PJ
10.KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital KL
11..Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang

Kedah
1.Kedah Medical Centre Sdn Bhd

Pulau Pinang
1. Gleneagles Medical Centre
2. Island Hospital
3. Loh Guan Lye Specialist Centre
4. Penang Adventist Hospital

Perak
1. Pantai Hospital Ipoh

Melaka
1. Pantai Hospital Ayer Keroh

Johor
1.KPJ Johor Specialist Hospital
2. Pantai Hospital Batu Pahat '

Kelantan
1. Perdana Specialist Centre

Sabah
1. Sabah Medical Centre

Beautiful story about QURAN.-Renungan Ramadan

by Sham Ali

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word???? This is a beautiful story. An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.


' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home.

Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.Let togather we read Al Qur'an. Insyallah. Jazaaq'Allah

Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1 - Harakahdaily


Alhamdullilah, kajian-kajian yang sebegini perlu diperbanyakkan lagi untuk membuktikan kepada dunia islam bahawa amalan Islam itu adalah yang terbaik yang diturunkan oleh ALLAH.. Menarik Artikel ini untuk di kongsi......


Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1
oleh: Mat Zain Mat Isa Wed Aug 26, 09 2:52:46 pm MYT

Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.

Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.
Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).



Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.
Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.
Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.
Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.


Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.
Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.
Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.
Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.
"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.
Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.
Terapi solat, sembuh penyakit
Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.
�Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik,� akui Dr Fatimah lagi.



Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.
Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".
Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.
Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.



Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.
Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.
Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.



Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".
Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.
Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.



Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._

Mutiara Iman Edisi 615 ( Tenang Bila Sentiasa MengingatiNYA)


by Addawrah


واذكر ربك فى نفسك تضرعا وخفية


Firman ALLAH SWT: "Dan sebutlah (nama) TUHANmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut". (Surah Al-A’raf ayat 205)


Ulasan Ayat :
1. Ayat ini menerangkan kepada kita agar sentiasa mengingati ALLAH, menyebutnya yakni (berzikir) dan sentiasa berdoa dengan penuh kerendahan hati, dan rasa takut terhadapnNya.


2. Sesungguhnya kita sebagai hamba tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak ALLAH semata-mata. Segala perkara jika ALLAH tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila ALLAH menyebut ‘Kun’ bermaksud jadi, maka ‘Yakun’ –jadilah apa yang dikehendakiNya.


3. Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir. Malahan, zikir-zikir mengingati ALLAH juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaALLAH, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.


4. Jadikanlah zikir sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati ALLAH sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang ALLAH taqdirkan.


5. Sama-samalah kita melazimi zikir-zikir dan ayat-ayat AL-QURAN sebagai motivasi kita dalam kehidupan.


WALLAHU’ALAM

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri (Harakahdaily.net)


Azamin Amin Wed Aug 26, 09 10:44:28 am MYT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.

Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.
Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.

"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.
"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.
"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.
Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.
Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.
Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.
Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.
Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.
"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.
"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.

Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.
Seorang pakar motivasi Dr. Danial Zainal Abidin dalam Program TV9 Halaqah minggu lalu, turut mengupas keburukan akibat meminum arak, yang jelas mempunyai sebab-sebab utama Allah SWT mengharamkan dalam al-Quran.
"Arak menyebabkan sebarang mesej atau maklumat tidak sampai ke otak. Arak menyebabkan pertimbangan tubuh badan tidak seimbang. Ia mengundang pelbagai penyakit dan bahaya.
"Mengikut kajian, arak merupakan pembunuh nombor satu bagi remaja di Eropah dan penyebab utama masalah rumah tangga di Britian. Jika mereka kata ini hak asasi dan arak sebagai penyelesai masalah...fikirkan kembali" kata Daniel merujuk kepada kajian perubatan dan WHO.

Dengan kajian itu katanya, membuktikan hukuman dan tindakan agama Islam melarang penganutnya meminum arak, adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan punca gelaja sosial yang semakin membarah kini.
(Sebarang kritikan dan pandangan, boleh dimajukan kepada saya di
azaminamin@yahoo.com
'

Imej agama apa yang kita mahu?- (Malaysiakini)

Assalamualaikum,

Tuan2 boleh menilai sendiri apa kah pegangan yang dibawa oleh SIS dalam isu Kartika ini, nampak seperti penulis tidak langsung mengerti apa itu undang-undang islam.. Masyaallah, mengapakah kerajaan masih lagi membenarkan mereka ini ujud dan mengelirukan Ummah??

sila berikan komen anda....


Imej agama apa yang kita mahu?




komentar Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'? Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum? Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?
Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian. Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya. Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal. Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.Lupakah mereka tentang pesanan Allah:
"Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 39)
Malah, banyak lagi ayat Al-Qur'an yang memberikan peringatan yang sama seperti
An-Nahl: 119, Al An'aam: 54, dan An Nahl: 125.Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula. Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?
Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim,
pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun.
Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)

Wednesday, August 19, 2009

Mutiara Iman Edisi 614 ( Ujian ALLAH)

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى وأبى هريرة رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ما يصب المؤمن من وصب ولانصب ولاسقم ولاخزن حتى الهم يهمه إلا كفّر به من سيئاته (رواه البخارى ومسلم)

Daripada Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: " Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,ALLAH menguji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

2. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

3. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada ALLAH SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang ALLAH beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

4. Bukankah,ALLAH telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang ALLAH tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

5. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

6. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya ALLAH sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya ALLAH yang mengetahui rahsia kehidupannya..Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

7. Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada ALLAH, ALLAH lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada ALLAH SWT.Selalu diingatkan yang ALLAH tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, ALLAH itu Maha Mendengar.
WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 613 ( Nikmat Yang Memperdayakan Manusia)

by Addawrah

عن عبد الله ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس : الصحة والفراغ (رواه البخارى)

Daripada abdullah bin Abbas RA, Nabi SAW bersabda: Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya: Sihat dan Kelapangan ( Riwayat Bukhori)

Ulasan Hadis :
1. Di dalam hadis ini Rasulullah SAW telah memperingatkan ummat-ummatnya tentang perkara yang memperdayakan kita sekalipun ianya adalah suatu nikmat, iaitu Sihat dan Kelapangan.
2. Nikmat yang paling banyak dikurniakan oleh ALLAH kepada kita ialah nikmat kesihatan, kita hanya akan mengecapi nikmat kesihatan apabila dia ditimpakan sakit, maka ketika itu kita akan merasakan bahawa kesihatan adalah nikmat yang terlalu besar buat kita, walaupun doctor tetap tidak mampu memberi kesihatan, dan pada ketika ini kita baru teringat kepada ALLAH, dan meneyedari bahawa hanya ALLAH yang mampu memberi kesihatan dan mensyukurinya.
3. Nikmat yang sering tidak disedari oleh kita jua ialah nikmat Kelapangan, kita hanya akan menyedari bahawa nikmat kelapangan itu adalah suatu nikmat, hanya apabila kita telah pun berada di dalam keadaan yang sibuk. Pada ketika ini, jika dunia yang kita sibukkan maka kesibukkan itu akan menyusahakan kita untuk mendapat kelapangan dalam Ibadah, manakala apabila kita sibuk dengan akhirat, maka kita tidak akan pernah merasa sempat untuk melaksanakannya kerana menyibukkan diri dengan akhirat itu tidak pernah berhenti sekalipun ada waktu lapang.
4. Sedar tidak sedar, kita telah pun mengabaikan kedua-dua nikmat ini, malah kita telah diperdaya dengannya.
5. Semoga ALLAH menjadikan kita dikalangan mereka yang sentiasa memiliki hati yang sedar, tidak lalai, apabila terlalai segera mencari punca kelalaian, orang yang lalai, sekalaipun dia sedar tetap tidak pernah nampak bahawa dirinya sedang lalai..NAUZUBILLAH.
6. Hargailah kesihatan yang ALLAH beri, syukurilah sebelum ianya hilang..penuhilah masa lapang dengan perkara akhirat kerana masa lapang yang berlalu tidak akan kembali lagi kerana masa sempit akan bertemu kita jua…
WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 612 ( Jaga Hati dan Lidah )

by Addawrah

فما رعوها حق رعايتها

Firman ALLAH : " lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya" (Surah Al-Hadid ayat 27)

Ulasan Ayat :
1. Ayat ini menjelaskan kepada kita agar menjaga dengan sebenar-benar jagaan apa yang ALLAH telah ajarkan melalui kitabNYA. Sebagai orang yang menjaga dan menuruti segala perintah dan jauhi laranganNYA, kita hendaklah menjaga beberapa perkara yang sering menjadi punca dan peyebab utama kita lalai dan sering terjatuh kepada kesalahan, iaitu hati dan lidah.
2. Seorang cendekiawan berkata: "Jasad manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: HATI,LIDAH dan anggota badan lainnya. ALLAH memuliakan masing-masing bahagian. Memuliakan hati adalah dengan makrifat dan tauhid, dan memuliakan lisan dengan kesaksian bahawa "Tiada Tuhan kecuali ALLAH" dan membaca Al-Quran, sedangkan kemuliaan anggota badan yang lain adalah dengan solat,puasa dan ibadah-ibadah lainnya
.
3. Masing-masing bahagian itu ada pengawas dan pemeliharanya. Hati diawasi oleh ALLAH SWT sendiri, sehingga tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalamnya, kecuali ALLAH SWT. Pemeliharaan lisan diserahkan kepada Malaikat pencatat amal dimana ALLAH SWT berfirman dalam Surah Qaaf: Ayat 18 yang bermaksud: "TIADA SESUATU UCAPAN PUN YANG DIUCAPKANNYA, MELAINKAN ADA DIDEKATNYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SELALU HADIR". Sedangkan pemeliharaan anggota badan yang lain, diserahkan pada perintah dan larangan. Masing-masing itu harus jujur.
4. Kejujuran hati adalah tetap beriman, tidak dengki, tidak berkhianat dan tidak membuat tipu daya. Kejujuran lisan tidak menghina/mengumpat, tidak bohong dan tidak mengucapkan hal-hal yang tidak berguna. Sedangkan kejujuran anggota badan lainnya adalah tidak maksiat kepada ALLAH SWT dan tidak mengganggu sesama muslim.
5. Barang siapa hatinya tergelincir, maka ia munafik. Barangsiapa
lisannya tergelincir, maka ia berdosa. Dan barangsiapa anggota badannya tergelincir, maka ia orang yang durhaka.
6. ALLAH SWT menciptakan makhluk ini ada yang memilki lidah(lisan) yang dapat berbicara dan ada yang tidak memiliki lisan. Maka kita yang mempunyai lisan sama-sama kita gunakanya untuk kebaikkan yang tidak sia-sia...Manakala hati pula sering terleka jika tidak dinasihati, maka apabila apabila mendapat nasihat ambil kesemuanya jangan diabaikan..WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edsisi 611( Hati Gentar Apabila Membacanya)

by addawrah

إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيمانا

Firman ALLAH : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH, bertambahlah ian mereka."
(Surah Al-Anfal ayat 2)
Ulasan Ayat :
1. AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya membabitkan cara mengambil, meletak dan membacanya, malah yang lebih ialah kandungannya dan menghayati suruhan dan menjauhi larangannya.
2. Bacaan yang berkualiti ialah bacaan secara tadabbur dan menghayati setiap apa yang dibaca dalam nada yang sedih, kerana Al-Quran diturunkan dalam keadaan yang sedih. Baginda apabila membaca Al-Quran sering menangis begitu juga apabila mendengarnya.
3. Tangisan hanya akan tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman ALLAH ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan ALLAH. Maka pasti tidak akan sesekali berani mengabaikan tangungjawab sebagai seorang hamba.
4. Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap ALLAH. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman ALLAH
5. Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat ALLAH SWT, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.
6. Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam ALLAH SWT agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman.
Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah SAW apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba ALLAH.

7. Sekilas mengenai sikap Iman Hasan Al-Banna seorang Ulama Professional, beliau membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh ALLAH SWT. Andai kita benar-benar dikalangan orang yang beriman, rasailah, apabila membaca Al-Quran semakin bertambah rasa takut dan cinta kepada ALLAH..
Bagaimana dengan perasaan kita?
WALLAHU’ALAM

Tuesday, August 18, 2009

Al-HADITH WAL KALAM SAIDINA ALI

susunan Addawrah...

" Barangsiapa yang melakukan perniagaan tanpa ilmu fiqh, maka dia akan terjebak dengan riba"


"Menzahirkan kesengsaraan hidup menunjukkan kelemahan azam dan cita-cita"
Siri kalam-SAIDINA ALI-


"Setiap perkara ada hujungnya, samada pahit ataupun manis"
Siri kalam-SAIDINA ALI-


"Kesabaran akan turun mengikut kadar musibah"
Siri kalam-SAIDINA ALI-



"Sesiapa yang rosak akhlaknya, maka banyaklah kesedihannya"
Siri kalam-SAIDINA ALI-


Firman ALLAH SWT: ertinya : "Hendaknya mereka (WANITA)
itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN
PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)



Nabi SAW bersabda:
"Aku meninjau-ninjau di dalam SYURGA, dan melihat kebanyakkan ahlinya adalah orang fakir. Aku meninjau ke dalam NERAKA, kebanyakkan ahlinya adalah perempuan"
(Riwayat Bukhori dan Muslim)



" Sesiapa yang melakukan apa yang dia mahu, maka dia akan menemui apa yang di kehendaki "
Siri Kalam SAIDINA ALI-


" Barangsiapa yang arif tentang dirinya nescaya dia juga arif tentang TUHANnya"
Siri kalam -SAIDINA ALI-

Mutiara Iman Edisi 610 ( Bahagia Jika Redha )

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه أنّ رسول الله عليه وسلم قال له: يا أبا سعيد من رضى بالله ربّا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيّا، وجبت له الجنة

Daripada Abu said Al-Khudri RA, Rasulullah SAW berkata kepadanya: " Wahai Abu Said! Siapa yang meredai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai Agama, dan Muhammad sebagai Nabi; maka wajiblah baginya syurga."
(Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis :
1. "Meredai"- ialah bersetuju dan memadai dengannya serta tidak mencari suatu yang lain. Maksudnya ia tidak berkehendak selain kepada ALLAH SWT, tidak memeperdulikan selain jalan Islam, dan tidak menuruti selain apa yang selari dengan syariat Muhammad SAW. (Syarah Tuhfah al-ahwazi)

2. Menurut Qadhi I’yad: Hal yang demikian adalah kerana sesiapa yang meredai sesuatu perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala iman menguasai hati maka múdala ia melakukan ketaatan dan merasai kelazatannya. (Syarah sahih Muslim)

3. Seseorang hamba yang redha terhadap ALLAH, maka hendaklah menjadi seperti mayat yang menyerahkan dirinya untuk diselenggarakan segalanya oleh si Tukang mandikannya. Tidak ada sebarang bantahan mahupun arahan semuanya terserah kepada si Tukang mandi. Maka begitulah kita seharusnya dengan ALLAH SWT.

4. Seseorang hamba yang redha ISLAM sebagai agama, ibarat seperti anak-anak yang kecil mahu mengikut ibu walau di mana sahaja dia berada, maka seperti inilah keadaanya hamba yang redha terhadap agama Islam, di mana sahaja berada tetap mengikut aturan, acuan dan kehendak Islam.

5. Manakala seseorang hamba yang redha terhadap Rasulullah sebagai Nabi, maka hendaklah ia menjadi umpama kekasih merindukan kekasihnya, seorang kekasih tidak akan pernah bersalahan dengan kehendak pasanganya, apa sahaja kehendak pasangannya akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Maka sebagai hamba yang redha bahawa Rasulullah itu Nabi dan utusan ALLAH, apa sahaja yang diajarkan dan di sampaikan oleh Nabi wajib kita turuti tanpa membantah.

6. Ganjaran bagi hamba-hamba yang redha dengan ALLAH, ISLAM dan UTUSAN ALLAH maka ganjaranya adalah Syurga , ianya merupakan nikmat dan ganjaran terhebat buat hamba-hambaNYA yang benar-benar redha lagi menuruti kehendak ALLAH. Namun ada yang lebih utama yang akan diganjarkan terhadap hamba yang benar-benar redha setelah benar-benar beriman, iaitu ALLAH cinta dan rindu mahu bertemu mereka dan mereka juga cinta dan rindu bertemu ALLAH. Mereka ini tidak dapat kita kecam, kerana lagaknya sangat biasa, tetapi dihati penuh kecintaan pada ALLAH kerana sentiasa redha dengan kehendakNYA.

WALLAHU’ALAM.

FADHILAT REJAB

Disediakan oleh Jabatan Pematuhan Syariah

Kalau diperhatikan kepada masyarakat kita Malaysia dalam bulan Rejab , ramai dikalangan kita mempunyai kepercayaan terhadap fadhilat bulan Rejab serta mereka melakukan amal ibadat tertentu dalam bulan Rejab berdasarkan hadith-hadith yang lemah lagi munkar(palsu).

Kata Qadhi Al-Fadhil bin Ayadh rahimahullah - :"sesungguhnya sesuatu amalan itu sekiranya dilakukan dengan rasa ikhlas tetapi tidak betul dan tepat maka ia tidak akan diterima dan sekiranya amalan itu dilakukan dengan betul dan tepat tetapi tidak dengan niat ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan rasa ikhlas dan betul serta bertepatan barulah ia diterima oleh Allah. Katanya lagi : yang dikatakan ikhlas ialah semata-mata kerana Allah swt dan yg dimaksudkan dengan betul atau betetapan itu ialah mengikut sunnah Nabi".(sila lihat kita Jami' Ulum dan Hikam Ibnu Rejab : ms 72)

Syarat diterima sesuatu amalan itu oleh Allah ada dua syarat:-
1. Niat ikhlas kepada Allah . Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar"( surah Al-Baiyinah :5)

2. Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith :"barangsiapa yang mengreka-reka satu amalan dalam agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak ( tidak diterima)" [ hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari dan Muslim , Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211 ]

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W. Tidak kurang juga ramai yang menjadikan bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka dapat melipat gandakan amal ibadah mereka seperti berpuasa, solat, dan beristighfar.

Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam ini khususnya masyarakat Melayu kita, untuk melakukan dan memperbanyakkan ibadah di dalam bulan Rejab ini dipengaruhi oleh penyebaran hadis-hadis dan amalan yang diwarisi daripada ulama’ terdahulu yang banyak menceritakan tentang fadhilat dan kelebihan sesuatu amalan tersebut.

Timbul persoalan di hati kita, adakah segala amalan dan dalil yang menceritakan tentang kelebihan beramal dalam bulan Rejab ini sememangnya wujud dalam agama Islam? Adakah ianya bersandarkan Al-Quran Al-Karim ataupun Hadis Rasulullah S.A.W? Mungkinkah ia sekadar cerita ataupun berita yang ditokok tambah oleh amnesia yang bercakap atas nama Nabi Muhammad S.A.W? Perbahasan ini akan menghuraikan kesahihan fadilat yang terdapat dalam bulan Rejab berdasarkan penjelasan daripada Al-Quran dan hadis Baginda S.A.W serta beberapa penjelasan ulama’ berkaitan fadhilat bulan Rejab ini.

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 36:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Dalam Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yang dihormati" ialah "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab”.ALLAH TAALA telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa.

Di dalam Syuab al-Iman, Imam al-Baihaqi meriwayatkan tentang keistimewaan bulan rejab. Hadis itu berbunyi : Allah telah memilih bulan rejab. Rejab adalah bulan Allah. Barangsiapa yang memuliakan bulan Allah sesungguhnya dia telah memuliakan perintah Allah. Barangsiapa yang memuliakan perintah Allah sesungguhnya dia akan dimasukkan ke syurga al-Naim..”(al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, 1410H, Cetakan pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 374 juz 3, no hadis 3814). Lihat juga hadis bernombor 3812 sebagai sokongan terhadap keistimewaan bulan rejab pada malam harinya.

Hadits dari Anas bin Malik r.a. berkata; “Bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdo’a, ‘Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.’ Artinya, ‘ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan’ “. (HR. Ahmad dalam Musnad-nya juz 1: 259 hadits no 2346 dan Tabrani). Hadits ini disebutkan dalam banyak keterangan, seperti dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad di dalam kitab Zawaa’id al-Musnad (2346). Al-Bazzar didalam Musnadnya sebagaimana disebutkan dalam kitab Kasyf al-Astaar(616). Ibnu As-Sunny di dalam ‘Amal al-Yawm Wa al-Lailah (658). Ath-Thabarany di dalam (al-Mu’jam) al-Awsath (3939). Kitab ad-Du’a’ (911). Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (VI:269). Al-Baihaqy di dalam Syu’ab (al-Iman) (3534). Kitab Fadhaa’il al-Awqaat (14). Al-Khathib al-Baghdady di dalam al-Muwadhdhih (II:473).

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah sampai kepada kami bahawa al-Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha, malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu Sya’ban.”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 juz 3)

Adapun hadis yang menunjukkan Nabi SAW melarang umatnya berpuasa di bulan rejab bukanlah satu larangan yang bersifat mutlak. Bahkan bertentangan dengan anjuran berpuasa sunat dalam Islam. Tambahan pula, hadis tersebut diriwayatkan oleh Daud bin ‘Atha al-Madani. Beliau merupakan perawi hadis yang dhaif. Para ulamak bersepakat mendhaifkan periwayatannya termasuk Imam Ibn Jauziy menerusi kitabnya al-‘Ilal al-Mutanahiyah (Ahmad bin Abu Bakar al-Kinani, Misbah al-Zujajah, 1403H, Dar al-‘Arbiah : Beirut , hlm 78 juz 2)
Imam al-Zahabi memperakui hadis berkenaan puasa rejab sebagai hadis yang marfuk. Hadis itu berbunyi : “Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan rejab Allah SWT akan menulis baginya pahala puasa bagaikan setahun. Dan barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan rejab Allah SWT akan menulis baginya pahala puasa bagaikan dua tahun.” (al-Zahabi, Mizal al-I’tidal Fi Naqd al-Rijal, 1995, Cetakan Pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 417 juz )
Selain itu, al-Zahabi juga membawakan sanad yang mursal daripada Uthman bin Mathar, daripada Abd Ghafur bin Abd Aziz dari ayahnya tentang kelebihan berpuasa sehari dalam bulan rejab. (Ibid, hlm 70 juz 5 no hadis : 5570)

Tetapi beliau juga membawakan hadis palsu tentang puasa rejab yang berbunyi : “Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan rejab Allah kurniakan pahala baginya bagaikan berpuasa seribu tahun.” Imam al-Zahabi mengatakan : “Aku tidak mengetahui siapa (sebenarnya) yang mereka cipta hadis ini.” (ibid, hlm 197 juz 5 no hadis : 5973)
Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab :

"Berpuasa didalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (dibolehkan), ke atas semua perkara.Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan.Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah Sunnah Nabawiyyah. Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan: “Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "al-Ayyam al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yang ke-8 dari Syawal.Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan.Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.


Dr Wahbah Zuhaily (Pengarang kitab Al-Fiqhul Islam Wa Adillatuhu) mengatakan bahawa, kebanyakan imam empat mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara perlaksanaannya.

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yang afdhal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw: “Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram.” Seafdhal puasa dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya.Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

Barang siapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yang berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yang berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yang mudah. -Hadis ini Mawdhu' (palsu)

Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu - hadis ini Dha'if.

Menurut seorang tokoh Ikhwan Muslimin Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa: "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yang sama.Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yang mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh. Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani juga meletakkan di dalam risalahnya dengan tajuk : Penjelasan yang datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur hadis menyebut mengenai fadilat-fadilat Rejab, puasa dan solat di dalamnya, ia dikelaskan sebagai lemah dan mawdhu’.


Barangsiapa yang solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfu Rejab 14 rakaat dengan membaca Alfatihah 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. – Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam Islam.Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yang berlaku dibulan Rejab dan mengambil pengajaran daripadanya.

"Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yang besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini.Adalah lebih baik di dalam bulan Rejab ini sekiranya kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayyubi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab.Allah Yang Maha Mengetahui."


KESIMPULAN:

1. Hadis-Hadis Bulan Rejab kebanyakannya adalah Mawdhu' (Palsu) dan menjadi suatu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah S.A.W.

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yang tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus melainkan bersandarkan dalil yang sahih.

3. Tidak ada fadilat KHAS yang ditujukan pada bulan Rejab, yang ada Cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yang lain disunatkan melakukan puasa sunat dan banyakkan bertaubat.

6. Kaedah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- Hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam
- Berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu
- Berpuasa bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan
- Berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Tidak ada dalil yang mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.


Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yang kelihatan banyak fadilatnya.Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yang sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, semoga dengan kehadiran Rejab ini dapat mengingatkan kita agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Sya’ban dan Ramadhan yang sememangnya digalakkan ke atas kita untuk memperbanyakkan amalan di dalam bulan-bulan tersebut.Moga ALLAH TAALA mengampuni segala kesalahan Dan dosa kita serta menerima segala amal kebajikan kita .AMIN YA RABB!