www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Friday, June 5, 2009

Mutiara Iman Edisi 59 : TIDAK HALAL MEMUTUSKAN HUBUNGAN

by WMNahar
عن أنس بن مالك رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: لايحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث
( رواه البخارى ومسلم)


Daripada Anas Bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: " Tidak halal bagi seseorang Muslim meninggalkan (memutuskan hubungan) saudaranya melebihi tiga hari."(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Hadis ini merupakan pesanan dan nasihat paling berguna untuk kita di akhir-akhir zaman ini. Manusia hari ini sering terjebak dengan gejala permusuhan (memutuskan hubungan) sesama sendiri, bukan sekadar 3 hari seperti yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, malah berlanjutan hinggalah sampai kepada tahap seusia hidupnya. Sikap ini adalah sikap yang sangat merbahaya bagi kita selaku orang Islam, kerana ianya boleh melemahkan perpaduan umat Islam, dan memberi kekuatan pula terhadap musuh Islam. NAUZUBILLAH
2. Punca permusuhan ini berlaku, adalah kerana kita sering melihat perbuatan buruk yang dilakukan oleh saudara kita daripada kebaikannya, sekalipun kebaikannya lebih banyak daripada keburukannya. Bersikap baik terhadap saudara kita dan menolak perbuatan buruk mereka itu adalah lebih baik untuk kesenangan kita agar dapat menikmati ketenangan dan keamanan hidup yang lebih bermakna.
3. Orang yang memutuskan hubungan (bermusuhan) hidupnya tidak akan tenang, rezekinya akan sempit, keberkatan untuknya akan tersekat, dan dia sentiasa akan hidup dalam keresahan dan kesedihan. Maka jadilah sebahagian daripada pemikirannya sibuk terhadap musuhnya, sibuk mahu membalas dendam, padahal hidup kita terlalu singkat untuk digunakan dalam meraih kebaikkan, tetapi sebahagianya telah dibuang kerana permusuhan yang sia-sia.
4. Orang yang berakal adalah orang yang menjauhkan segala sikap yang boleh menyakitkan hati saudaranya sesama muslim malah otaknya hanya memikirkan apakah perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati saudaranya.
5. Alangkah sejahteranya hati-hati kita andai semuanya berusaha menutup jalan permusuhan lalu membuka jalan saling bermaafan diantara satu sama lain walaupun berlaku sedikit pertikaian zahir mahupun batin.
WALLAHU’ALAM.

No comments: