www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, June 30, 2009

Mutiara Iman Edisi 593 ( Cari redhaNYA )

by Addawrah

وَعَجِلۡتُ إِلَيۡكَ رَبِّ لِتَرۡضَىٰ

Firman ALLAH SWT: " dan, aku bersegera kepadaMU. Ya RABBku, agar ENGKAU redha (kepadaku)."
(Surah Toha ayat 84)


Ulasan Ayat :
1. Redha adalah salah satu sifat yang mesti kita miliki, apabila sifat redha menempati di hati kita, maka jadilah kita dikalangan hamba yang paling bahagia walau dimana sahaja kita berada serta apa jua yang kita sedang tempuhi
2. Redha bermaksud, kita menerima segala ketentuan yang terjadi, samada ianya adalah ketentuan yang baik ataupun buruk, tidak menerima ketentuan akan menyebabkan diri seseorang itu akan resah di dalam menjalani setiap perkara, dan usaha yang dilakukan, akibatnya seseorang itu akan hilang pertimbangan dan menyalahi diri sendiri dan orang lain.
3. Keredhaan terhadap apa jua ketentuan qada dan qadarNYA adalah kunci untuk mendapatkan rasa ketenangan. Ketenangan pula adalah factor terpenting bagi diri seseorang hamba.
4. Barangsiapa yang redha terhadap ALLAH, maka ALLAH akan redha terhadap kita, redha ALLAH mengikut sebesar manakah redha kita terhadap DIA.
5. Hasil daripada sifat redha akan membuahkan rasa syukur yang merupakan kemuncak tertinggi daripada hakikat keimanan seseorang.
6. Justeru itu, marilah kita sama-sama cuba mencipta diri agar sentiasa merasa redha dan menerima setiap kejadian yang berlaku, belajar melihat sesuatu melalui pandangan mata hati, agar ruh kita mengecapi nikmat kehidupan yang lebih bermakna sebagai hamba yang diredhai ALLAH.
7. Sesunguhnya redha ALLAH itu amat besar yang mesti kita cari, biar makhluk tidak redha kepada kita, asalkan kita mendapat redha ALLAH. Rebutlah redha ALLAH, kerana itulah keindahan yang paling bermakna…WALLAHU’ALAM.

No comments: