www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Wednesday, June 3, 2009

Mutiara Iman Edisi 586 ( Sudah Tidak Malu )

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى قال: كان النبى صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء فى خدرها وكان إذا كره شيئا عرفناه فى وجهه

Daripada Abi said al-Khudri telah berkata, bahawa Nabi SAW seorang yang sangat pemalu daripada anak gadis yang berada dibalik tabir, dan apabila Nabi tidak menyukai sesuatu perkara maka kami mengetahuinya melalui wajah Baginda."
(Riwayat Tarmizi)


Ulasan Hadis :
1. Alangkah indahnya sifat malu yang terhias pada pribadi Agung Nabi kita SAW, sehingga pernah diceritakan oleh Saidatina Aisyah, satu hari Nabi pernah ditanya oleh seorang wanita tentang hukum berkaitan haid, sehingga wajah Nabi menjadi merah bersangatan KERANA MALU, lalu diberikan jawapannya kepada Aisyah agar disampaikan kepada wanita itu.
2. Malu merupakan cabang keimanan, apabila hilang sifat malu maka akan hilanglah iman. Malu merupakan salah satu akhlak yang sangat diperlukan oleh kita semua, kerana ianya merupakan perisai diri kita dari terjerumus kearah maksiat kecil mahupun besar.
3. Rasa malu kini kian hilang dari sanubari umat Islam, kita tidak lagi memperdulikan malu kerana selalunya malu yang dituntut oleh Islam sering menyanggahi kehendak hati kita, contohnya, kerana mahukan harta sanggup mengadai maruah diri dan agama, tidak lagi menghiraukan manusia bila mahukan melakukan maksiat, malah ada yang sanggup menjadikan diri hamba kepada maksiat asalkan dapat apa yang diingini.
4. Perkara-perkara ini tidak akan berlaku jika sekiranya perasaan malu yang tinggi bersemadi di dalam hati kita, lebih-lebih lagi golongan perempuan, kerana terdapat banyak perkara yang melibatkan malu bagi perempuan, namun hari ini malu dikalangan perempuan sudah musnah, lebih-lebih lagi bab penampilan yang menjolok mata, Islam tidak melarang untuk bercantik-cantik agar kelihatan elok seperti yang diperintahkan oleh ALLAH, tetapi bukan mengenakan kecantikan hingga meruntuhkan keimanan diri kita orang lain khususnya lelaki.
5. Manakala malu juga kini sudah punah di jiwa golongan lelaki, kerana sanggup melihat dan membiarkan segala kemaksiatan yang berlaku tanpa rasa malu dan berdosa serta mahu memperbaikinya, malah membuat sikap acuh tidak acuh apabila berhadapan dengan maksiat yang dilakukan mahupun orang lain yang melakukannya.
6. Apalah gunanya jika kita berda di dalam rumah yang dihiasi dengan segala keindahan tetapi apabila kita yang berada di dalamnya tidak mahu menggunakan keindahan yang sudah diberikan kepada kita…seperti kita di Takaful Ikhlas, jangan kita sia-siakan pengamalan dan penghayatan Islam yang telah diberikan, kita hendaklah mengamalkan keseluruhanya agar terbentuk peribadi Islam yang tinggi.
7. Begitulah perihalnya jika ada malu yang membentengi diri kita dari melakukan maksiat. Andai Nabi ada kini, sudah tentu tangisannya tiada pernah berhenti kerana umatNya sudah tidak mahu mengikuti sunnah dan ajaranNya….

No comments: