www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, June 9, 2009

Mutiara Iman Edisi 591 (Sakit, Susah, Sedih, Duka itu Penghapus Dosa)

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى وأبى هريرة رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ما يصب المؤمن من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتى الهم يهمه إلا كفر به من سيئا ته

Daripada Abu Said Al-Khudri RA, dan Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: " Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan dukacita, melainkan dihapuskan sebahagiaan dosa-dosanya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Di dalam Hadis ini Nabi SAW telah memberitahu kepada kita tentang kebaikkan disebalik dugaan sakit mahupun kesusahan dan kepayahan yang menimpa kita. Ianya merupakan sebab bagi menghapus dosa-dosa kita.
2. Sesungguhnya ujian sakit samaada ringan mahupun berat, kesedihan, kepayahan atau dukacita semuanya merupakan tanda bahawa kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kita, kerana ALLAH tidak mahu hamba-hambaNYA yang dikasihi dalam keadaan menanggung dosa terhadapNYA, maka ujianlah penghapus dosa kita agar tidak berat balasan yang kita hadapi di akhirat nanti.NAUZUBILLAH.
3. Setiap ujian yang menimpa kita hendaklah TERUS sedar bahawa inilah perbuatan DIA yang sedang berlaku, DIA sedang melihat dan memperhatikan kita, DIA sedang menguji kita dalam keadaan mahu melihat kita tetap sabar dan redha padaNYA. Lalu ketika ini kita HENDAKLAH segera buktikan bahawa kita adalah hamba yang hanya mengharap padaNYA dan DIA adalah TEMPAT PERGANTUNGAN kita.
4. Sebagai hamba kita hendaklah merasa bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang diberi, kedua-duanya datang daripada DIA, dan apabila nikmat ditarik, sakit ditimpakan, derita diberikan, adakah kita mahu memperotes? Sedangkan selama ini nikmat, kesihatan dan kebahagiaan dari DIA juga, malah nikmat yang kita kecapi lebih banyak dikurniakan berbanding bala..cubalah kita fikirkan, betapa kita sangatlah tidak pandai mensyukuriNYA selama ini…
5. Nabi SAW telah memberi ilmu dan nasihat yang terbaik kepada kita, maka sesungguhnya hendaklah kita yakin sepenuh hati pada setiap kalamNYA serta mengamalkannya, maka kita akan memperolehi kebaikkan dunia dan akhirat.insyaALLAH.WALLAHU’ALAM.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah