www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Thursday, May 28, 2009

Mutiara Iman Edisi 581: AL-QURAN; KELEBIHAN & ADAB MEMBACANYA

by: WanNahar

حديث عثمان رضي الله عنه : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
(خيركم من تعلم القرآن وعلمه).
صحيح البخاري

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Sebaik-baik orang di kalangan anda adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya".(HR al-Bukhari)

Ulasan Hadis:
1. Hadis diatas menerangkan kepada kita tentang kelebihan orang yang membaca al-Quran serta mengajarnya kepada orang lain.
2. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan diberikan pahala yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali ganda." ( HR. al-Tirmidzi )
3. Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar dan yang paling agung, dapat dilihat apabila Rasulullah menjanjikan syafaat al-Quran pada hari yang tiada pertolongan selain dari pertolongan Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya." ( HR.Muslim ). Dalam sabda Rasul SAW yang lain bermaksud: " Puasa dan Al-Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat."( HR.Ahmad dan Al Hakim)
4. Walaubagaimanapun begitu, harus diingat bahawa al-Quran perlu dibaca dengan adab-adabnya.
5. Adapun adab membaca Al-Quran menurut Ibn Kathir : "hendaklah tidak menyentuh Al-Quran dan tidak membacanya kecuali dia dalam keadaan bersuci, dan bersiwak sebelum membacanya, memakai pakaian yang elok, menghadap kiblat, berhenti membacanya ketika menguap ( mengantuk ), hendaklah dia tidak memutus bacaan dengan perkataan kecuali bila perlu, hendaklah konsentrasi ( memberi tumpuan ) dalam bacaan, ketika membaca ayat-ayat yang menjanjikan ( nikmat syurga, keberkatan, kekuatan, keampunan dan sebagainya ) hendaknya ia berdoa, manakala ketika membaca ayat-ayat tentang ancaman (neraka, bencana, kemurkaan ) hendaklah ia memohon perlindungan, janganlah meletakkan Al-Quran dibawah dan tidaklah boleh meletakkan sesuatu diatasnya, elakkan dari mengeraskan suara dalam sebahagian bacaan atas bahagian yang lain, janganlah membaca kalamullah dipasar dan tempat-tempat keramaian (khuatir tiada orang yang mendengarnya)."

No comments: