www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Friday, May 8, 2009

MUTIARA IMAN:(EDISI 569) ZIARAH PESAKIT

عن ثوبان رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: من عاد مريضا لم يزل فى خرفة الجنة حتى يرجع

رواه مسلم

Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda: “Orang yang menziarahi orang yang sakit sentiasa berpeluang “memungut” ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.”
(Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Nabi kita SAW adalah seorang yang panyayang, baginda sangat mempunyai hati yang lembut dan perihatin terhadap sesiapa sahaja, segala ucapan dan pesanan daripada baginda merupakan kalam yang benar. Apa saja pesanan yang diutarakan pasti memberi kesan terhadap umat-umat yang mengamalkannya.

2. Menziarahi orang yang sedang sakit merupakan amalan yang mesti dilaksanakan oleh kita, ianya termasuk di antara hak-hak sesama muslim yang mesti ditunaikan.

3. Antara adab-adab yang perlu dilakukan ketika kita menziarahi pesakit, ialah mendoakannya, memberi kata-kata semangat, meminta doa daripada pesakit agar mendoakan kita kerana doa orang yang sakit lebih didengari oleh ALLAH, mengambil iktibar daripada apa yang telah menimpa terhadapnya untuk diri sendiri, mengingati dan mensyukuri nikmat kesihatan yang sedang kita kecapi.

4. Demikian seperti yang telah dinyatakan di dalam hadis di atas, ganjaran bagi orang yang menziarahi pesakit sangatlah besar, namun sekalipun ganjaran yang diterima, sebagai menghargai nilai persaudaraan dan kasih sayang yang wujud, kita tetap perlu melaksanakan amalan ziarah ini.

5. Sebagai iktibar kita bersama, seseorang yang berada di dalam keadaan musibah seperti sakit, susah, dugaan, dan sebagainya, hendaklah sentiasa tetap bersyukur, kerana ketika ini pasti imannya semakin kuat dan kesolehannya akan terus bertambah. Tetapi manusia sememangnya makhluk yang pelupa terhadap kenikmatan-kenikmatan yang telah dikurniakan kepadanya.

WALLAHU’ALAM

No comments: