www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Friday, May 15, 2009

MUTIARA IMAN (EDISI 574) : IMEJ BURUK

عن عائشة رضى الله عنها عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إنّ شرّالناس منزلة عند الله من أودعه أو تركه اتقاء فحشه
Daripada Aisyah RH, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi ALLAH ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang seseorang yang menampilkan sikap buruk sehingga ia dijauhi oleh manusia, dan ianya merupakan manusia yang paling buruk di sisi ALLAH.
2. Pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya adalah kerana baginda sudah mengetahui bahawa akan berlaku pada satu zaman, manusia sudah tidak peduli lagi keburukkan dan kejahatan yang berlaku sekalipun manusia tidak suka dan benci kepadanya.
3. Kita hendaklah merasa malu dengan keburukkan yang ada pada kita, dan merasa tidak mahu kepada keburukkan dan kejahatan. Tetapi manusia hari ini amat berbangga dengan keburukkan dan kejahatan yang ada pada dirinya, malah merasa seronok dapat mempamirkan keburukkan kepada orang dan lebih menyedihkan berbangga apabila orang tidak memperdulikannya, kerana merasa diri hebat.
4. Manusia pada hari ini tidak dapat memebezakan antara imej yang baik dan buruk, dunia hari ini telah mengelirukan kita, buruk dan baik dianggap sama, orang yang tidak solat tetapi baik hati, diiktiraf baik, orang yang tidak memakai tudung dan menutup aurat tetapi tidak mengumpat dikira imej baik, manakala orang yang beramal dengan cara islam, menegakkan kebenaran dianggap mahu menunjuk-nunjuk dan dilihat sebagai imej yang tidak baik, hingga hari ini manusia malu mahu memperlihatkan kebaikkan dan akhirnya tidak malu mempertontonkan keburukkan.
5. Sabda Nabi SAW: "Siapa yang menunjukkan kebaikkan maka seperti dia melakukannya", justeru itu, marilah kita realisasikan sabda Nabi SAW, bahawa kita tidak mahu keburukkan dan mahu berhijrah kepada kebaikkan serta berani menegakkan kebenaran sekalipun orang tidak suka, jangan menjadi orang yang buruk malah orang tidak suka pada kita, kerana ALLAH juga tidak suka pada mereka yang berbuat keburukkan. NAUZUBILLAH.
WALLAHU’LAM

No comments: