www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Friday, May 22, 2009

Mutiara Iman Edisi 580 ( Keras Hati )

ولا يكونوا كالذين اوتوا الكتاب من قبل فطال عليهم الأمد فقست قلوبهم

Firman ALLAH SWT:
"Dan janganlah mereka(berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, dan kemudia mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka keras."
(Surah Al-hadid ayat 16)


Ulasan Ayat :
1. Jiwa orang mukmin tidak akan merdeka selagi ianya memiliki "hati yang keras", jiwa merdeka adalah jiwa orang-orang yang sentiasa beroleh kerehatan hati dan ketenangannya. Semuanya berpunca daripada hati yang bening lagi lembut.
2. Keras hati adalah musibah yang paling ditakuti oleh mereka yang dekat dengan ALLAH, kerana ianya akan mewarisi mata yang kering dari airmata, sedangkan airmata tangisan kerana ALLAH merupakan kerehatan hati yang sebenar, kepuasan jiwa yang membahagiakan, kemuncak segala rasa-rasa di hati dengan PENCIPTA, ianya ibarat bumi yang gersang disirami air hujan maka akan suburlah tanah dan tumbuh-tumbuhan, dan apabila hati keras maka untuk memiliki hati yang sedar dan hidup, ianya hendaklah dibasahi dengan airmata…
3. Ibnu Qayyim ada menyebut di dalam kitabnya mengenai ROH, terdapat empat perkara yang menyebabkan hati manusia terkena penyakit "keras hati"
4. Pertama, ialah kerana makan yang berlebihan, makan berlebihan menyebabkan tubuh jadi malas beribadah, dan makan yang sedikit juga menjadi keras hati jika makananya tidak halal. Kedua, tidur yang berlebihan, berkata Ibnu Qayyim, tidur berlebihan menyebabkan seseorang itu lupa daripada mengingati ALLAH. Ketiga, bercakap yang berlebihan (perkara yang tidak perlu), akan menjadikan seseorang itu jatuh kepada dosa, dan dosa merupakan punca kepada kegelapan hati. Keempat, pergaulan yang berlebihan, banyak bersama manusia hingga sedikit masanya untuk bersama ALLAH, jika bersama manusia tetapi hati tetap mengingati ALLAH maka sangatlah sukar untuk kita lakukan melainkan jika telah benar-benar hatinya cintakan ALLAH.
5. Justeru itu, jika terkena penyakit keras hati, hati akan tidak mahu menerima nasihat dan teguran, tidak gemar mendengar cerita tentang kebesaran ALLAH,serta fadhilat-fadhilat sunnah dan menjauhi diri dari majlis ilmu dan bimbingan agama.

NAUZUBILLAH.WALLAHU’ALAM.

No comments: