www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Wednesday, May 13, 2009

MUTIARA IMAN (EDISI 572):KAIFIAT DAN HUKUM MEMBERI SALAM

ٓوإذا حييتم بتحيّة فحيوا بأحسن منها أو ردّوها
Firman ALLAH SWT:
“ Dan apabila kamu dihormati dengan suatu(salam)penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik.”
(Surah An-Nisa ayat 86)

Ulasan Ayat :

1. Ayat di atas ini adalah ayat yang menerangkan kepada kita tentang salam dan ucapan yang terbaik.

2. Ucapan salam merupakan ungkapan doa yang paling baik diucapkan terhadap saudara kita. Salam disyariatkan kepada umat Islam sebagai tanda perkenalan antara mereka dan menyalahi cara bertegur sapa yang dilakukan oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah dan rasulNya. Salam itu sendiri sebenarnya adalah doa. Ini bermakna jika setiap pagi dan petang kita menerima salam dari saudara seIslam dengan kita samada yang kita kenali mahupun yang tidak kita kenali, kita sudah didoakan rahmat yang banyak dari mereka.

3. Orang yang hidupnya dalam keadaan sentiasa didoakan oleh saudara seIslam dengannya bererti hidupnya adalah berkat. Namun terdapat beberapa hukum di dalam mengamalkannya.

4. Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib, ini telah disepakati oleh Ulama’. Memberi salam kepada orang yang bukan Islam, terbahagi kepada beberapa pendapat:

5. Pendapat yang mengharamkan Rasulullah SAW bersabda :
"Janganlah kamu memulai orang Yahudi dan nasrani dengan salam. Maka apabila kalian bertemu mereka ditengah jalan maka persempitlah jalannya kepada yang lebih sempit. ( HR. Muslim ).

Namun kalau dalam satu majlis berkumpul muslim dan non muslim kita tetap disyari'atkan mengucapkan salam kepada yang muslim.

"Dari Usamah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW melewati suatu majlis yang di dalamnya bercampur kaum muslimin dan musyrikin - penyembah berhala dan yahudi - maka nabi memberi salam kepada mereka." ( Muttafaqun 'alaih ).

Pendapat yang mengharuskan, kerana umum ayat di atas yang tidak mengkhususkan kepada sesiapa,begitu juga hadis Nabi SAW, yang menyatakan, “berilah salam kepada sesiapa yang kamu kenal ataupun tidak kenal”.
6. Hukum menjawab salam dari orang kafir adalah harus, tetapi dengan jawapan “walaikum atau walaikumussam” berdasarkan hadis Nabi SAW.

7. Namun begitu jika seseorang itu tersalah memberi salam kepada seseorang yang disangkanya adalah muslim, tetapi pada hakikatnya tidak begitu, hukumnya tidaklah berdosa, kerana ia dilakukan tanpa sengaja. Dalam sebuah hadis sahih menjelaskan, sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja tidak membuahkan sebarang dosa kepada pelakunya. Keadaan ini biasanya banyak berlaku kepada pengguna-pengguna telefon di rumah atau pejabat, padahal orang yang menelefon itu bukan Islam. Seeloknya hendaklah dipastikan terlebih dahulu adakah pemanggil itu Islam atau tidak.
WALLAHU’LAM

No comments: