www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Monday, May 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 575 (Dikalahkan nafsu dan syaitan)

by AdDawrah

وفى رواية لمسلم : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا طلع الفجر لايصلى إلا ركعتين
خفيفتين


Di dalam riwayat Imam Muslim, adalah Rasulullah SAW, apabila menjelang waktu fajar (subuh) baginda solat 2 rakaat paling ringan.

Ulasan Hadis :
    1. Hadis ini telah menjelaskan kepada kita tentang solat subuh yang dilaksanakan oleh Nabi SAW, baginda telah melakukan solat subuh yang paling ringkas dan tidak terlalu lama, di dalam riwayat yang lain, Nabi akan membaca pada rakaat pertama (surah Al-Kafirun) dan pada rakaat kedua (surah Al-Ikhlas)

    2. Ukuran kesolehan seseorang adalah pada waktu fajar (subuh) secara berjemaah, jika ingin melihat hakikat persekitaran, kehidupan, keluarga YANG SOLEH, maka lihatlah pada waktu subuh, JIKA ramai yang melambat-lambatkan perlaksanaanya, berat untuk bangun melaksanakanya maka ianya adalah persekitaran yang tidak soleh.
    3. Berapa ramai dikalangan umat Islam yang gagal menghidupkan solat subuh secara berjemaah, malah kebiasaanya, solat subuh dilaksanakan dengan tiada perhatian dan penghayatan, kerana masih mahu melayan keenakkan tidur dan nafsu.
    4. Kita boleh menyatakan rasa takwa dan keimanan, mengajak orang berbuat kebaikkan namun dikalangan kita hanya segelintir sahaja yang berkemampuan dan berjaya memperaktikkan solat fajar secara sempurna.
    5. Tidak sempurna kenyataan beriman dan bertakwa jika solat subuh masih berat dari segi perlaksanannya, ianya dianggap berdusta dan masih lagi di dalam keadaan yang lalai, bukan dikalangan mereka yang sedar dan subur hatinya. Malah Nabi SAW bersabda, tanda-tanda orang yang munafik ialah mereka yang berat untuk melakukan solat isya’ dan solat subuh secara berjemaah.
    6. Jangan dibilang orang soleh, orang alim, orang yang jujur, orang yang wara’ jika subuhnya masih dapat dikalahkan oleh nafsu dan syaitan., mereka ini hanya pandai berkata-kata namun tidak mampu untuk melaksanakannya, kerana ukuran kesolehan yang benar ialah pada subuhnya.
    7. Mudah-mudahan kita bukan dikalangan orang yang hanya pandai berkata-kata soleh TETAPI jauh dari pengamalannya yang soleh seperti ucapannya.

    WALLAHU’LAM

No comments: