www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, May 5, 2009

Mendidik anak2 bersolat...Fakta yg Harus Dibaca (part 1) - by Anis Mohd



Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
 Mengapa 7 tahun?
 Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
 Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun. Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan: “Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”

Insya-Allah, melalui artikel ini saya akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
 KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
 KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
 KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
 KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
 KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?

Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun:


No comments: