www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Thursday, May 7, 2009

MUTIARA IMAN:(EDISI 567) ORANG YANG DISAYANGI ALLAH

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال من يرد الله به خيرا يصب منه
رواه البخارى

Daripada abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Siapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikkan, nescaya ALLAH mengujinya.”
(Riwayat Bukhori)

Ulasan Hadis :

1. Hadis yang telah dinyatakan di atas adalah berita gembira bagi hamba-hamba yang sering diuji, di beri dugaan, di timpakan musibah serta di kurniakan kedukaan, mereka ini merupakan hamba-hamba yang diberi kebaikkan oleh ALLAH.

2. Ujian merupakan nikmat dan keindahan bagi hamba-hamba yang mencintai ALLAH, akan tetapi bagi mereka yang dihatinya ada cinta selain ALLAH, maka ujian yang ditimpakan ke atasnya dianggap bebanan dan kesusahan baginya.

3. Kebiasaannya manusia hari ini, bila berlaku sebarang masalah maka sering dia akan berkata” Mengapalah masalah sering menimpaku?banyaknya ujianku, beratnya, deritanya, janganlah ditimpakan lagi ujian ini,..”inilah yang lahir daripada kita. Sebaliknya hanya ada beberapa orang sahaja yang akan berkata” ALHAMDULILLAH, indahnya ujianMU, terima kasih Wahai TUHANku kerana mengujiku, aku redha segala ujian yang KAU beri..” mereka ini adalah hamba-hamba yang sudah dibukakan mata hatinya untuk merasa bahawa ujian adalah tanda kasih sayang ALLAH.

4. Betapa sukarnya untuk memiliki hati mereka yang merasakan ujian adalah nikmat, seperti Iman Syafie RH, ketika ALLAH menimpakan kepadanya penyakit bawasir yang parah, dia berdoa” Ya ALLAH, andai penyakit ini punca cintaMU padaku, maka tambahkanlah”, manakala SAIDINA ALI, ketika sudah lama tidak ditimpakan sakit, maka dia meminta” Ya ALLAH, bilakah ENGKAU mahu memberiku sakit, adakah aku sudah tidak dicintaiMU”.

5. Justeru itu, andai kita tidak mampu untuk memiliki hati seperti mereka, maka usahakanlah agar kita sentiasa redha atas apa jua yang berlaku, sememangnya ujian kita hanyalah sedikit cuma, jika hendak dibandingkan dengan orang lain, kita hanya bermasalah di tempat kerja barangkali, atau sebagainya, kita sudah berputus asa, kadang-kadang hilang pertimbangan, sedangkan kerja kita adalah untuk Islam, sudah tentu ujian yang diberi untuk menguatkan kita.

6. Marilah sama-sama kita rasai, bahawa setiap ujian yang berlaku adalah tanda pilihan ALLAH yang terbaik dan lebih menyangi kita. Bahkan kita hendaklah bersyukur, kita dipilih untuk menanggung ujianNYA. Nescaya kita akan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bahagia jika ujian dirasakan nikmat, apatah lagi bila nikmat yang dikurniakan..kedua-duanya menjadikan hidup kita sentiasa bahagia seperti orang-orang soleh. insyaALLAH.

WALLAHU’ALAM.

No comments: