www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Thursday, May 14, 2009

MUTIARA IMAN (EDISI 573) : PENJARA KITA

by - Ad Dawrah

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر
(رواه مسلم)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Dunia itu adalah penjara orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir."
(Riwayat Muslim)
Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menjelaskan tentang kenikmatan yang hakiki bagi orang mukmin dan orang kafir, sesungguhnya dunia bukanlah kenikmatan hakiki bagi kita, ianya hanya nikmat yang tersangat kecil sahaja, dan ianya hanyalah kenikmatan bagi orang kafir.
2. Pada hakikatnya dunia ibarat penjara bagi orang mukmin, kerana kehidupan yang penuh dengan peraturan dan larangan yang wajib diikuti. Segala kehendak nafsu tidak boleh diikuti, tidak boleh sesuka hati membuat sesuatu kecuali jika ianya dibenarkan oleh Islam. Manakala bagi orang kafir, dunia inilah kemegahan dan kenikmatan mereka, apa sahaja yang mereka ingin lakukan tiada batasan dan larangan, tiada sebarang halangan.
3. Namun dunia akan bertukar menjadi nikmat dan syurga bagi orang mukmin jika ia mengikut segala perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA, segala kehendak nafsu berjaya ditundukkan. Nikmat ini tiada lagi di syurga hanya di dunia, iaitu apabila kita merasa derita rindu dan cinta kepada ALLAH ketika kita dalam ketaatan, apabila merasa khusyuk ketika solat, menangisi diri kerana dosa, merasa hina di hadapanNYA, mengecapi nikmat iman ketika berjaya melawan nafsu serta merasa dekat dengan PENCIPTA, jika di syurga segala nikmat ini tiada lagi, kita semua bebas daripada menanggung taklif, yang kita kecapi hanyalah kebahgiaan setelah kepayahan di dunia.
4. Ketenangan dan kebahgiaan terpancar di jiwa orang mukmin yang berada di dunia sekalipun penjara bagi mereka adalah kerana merasa bahagia dipenjara secara maknawi, selamatlah daripada khianat dunia, sentiasa dalam pengawasan PENGAWAL dunia, di atur setiap hari jalan kehidupannya. Semuanya ini nikmat bagi mukmin yang benar, yang menjadi derita hanyalah kepada kita yang tidak pernah sabar dan minta dilepaskan daripada penjara dunia yang sementara ini.
5. Oleh itu, rasailah kenimatan penjara dunia yang sementara ini, kerana kita bakal mengecapi nikmat disebaliknya, dan hasil daripada derita yang sementara ini kita bakal dilepaskan pada suatu masa yang dijanjikan dengan menikmati NIKMAT SYURGA sebenar di AKHIRAT nanti.insyaALLAH.
WALLAHU’ALAM

No comments: