www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Friday, May 22, 2009

Mutiara Iman Edisi 578 ( Jangan biarkan ia malap )

الله نور السوات والأرض

Firman ALLAH SWT:
"ALLAH (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi"
(Surah An-Nur ayat 35)


Ulasan Ayat :
1. Alam ini diterangi dengan cahaya matahari dan bulan. Di samping itu ada lagi cahaya lain seperti lampu dan elektrik untuk menerangi kegelapan malam, namun jika manusia tidak mendapat cahaya maknawi manusia akan terus di dalam kegelapan.
2. Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan cahaya berkenaan kerana cahaya maknawilah yang akan menerangi perjalanan roh ketika kita di dunia dan akhirat menuju kehadrat ILAHI ZAT YANG MAHA SUCI.
3. Cahaya ALLAH akan masuk ke dalam hati manusia adalah berdasarkan kepada keimanan yang ada dalam hatinya, manakala iman pula tidak tumbuh melainkan dengan ketaatan dan amalan yang dilaksanakan dengan benar serta ikhlas.
4. Tatkala cahaya menerangi hati manusia, maka sinarannya akan terbias di seluruh jiwanya, hingga manusia yang lain akan turut merasai ketenangan cahayanya, hal ini sering kita lihat ianya berlaku dikalangan orang-orang alim, ahli ibadat, dan orang-orang yang soleh. Apabila bersama mereka kita akan merasa sangat tenang dan merasakan kehebatannya.
5. Keindahan hati yang dipenuhi cahaya dapat dirasai, apabila kita sudah tidak lagi gemarkan maksiat, hanya gemar kepada kebaikkan, sentiasa mempunyai motivasi yang tidak putus-putus dalam melaksanakan amal, kebanyakkan waktu fikiran kita selalu mengingati ALLAH dan akhiratNya.
6. Berjaga-jagalah, apabila hati kita malap, maka kita akan menjadi lemah dalam melakukan amalan sekalipun perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan kita, sikap sambil lewa dan malas akan merajai hati kita dalam mengutamakan kehendak ALLAH.
7. Oleh itu, jangan biarkan sinaran cahayaNya pudar dari hati kita, pastikan ianya sentiasa menyala, andai kita dapati ianya semakin malap, bersegeralah melawan arus nafsu, banyakkan bertaubat, membaca Al-Quran walau sedikit, serta hadirilah majlis-majlis ilmu, kerana segalanya ini akan menyuntik kembali kesedaran dan menyamarakkan kembali cahaya di hati kita, insyaALLAH.

WALLAHU’LAM

No comments: