www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Monday, May 4, 2009

BALASAN DOA TERBAIK

:عن أبى أسامة بن زيد رضى الله عنهما قال: قال رسو الله صلى الله عليه وسلم : من صنع إليه معروف فقال لفاعله (جزاك الله خيرا، فقد أبلغ فى الثناء (رواه الخارى

Daripada Usamah bin Zaid RA, sabda Rasulullah SAW: “Jika seseorang menerima sesuatu kebaikkan daripada seseorang yang lain kemudian ia mengatakan: “Semoga ALLAH memberi balasan kepadamu” maka sesungguhnya ia telah meyampaikan penghargaan yang tinggi ” (Riwayat Bukhori)

Ulasan Hadis :

1. Hadis ini telah dipetik daripada kitab RIYADUSSOLOHIN, di bawah tajuk DOA. Di dalam hadis ini, NABI SAW telah mengajarkan kepada kita doa atau ucapan yang terbaik kepada orang yang telah melakukan kebaikkan kepada kita, maka doanya ialah “JAZAKALLAHU KHAIRA” bagi lelaki, dan bagi perempuan “JAZAKILLAHU KHAIRA”.

2. Kita hidup bermasayarakat, di rumah, di masjid, di jalan raya, di pejabat, tempat kerja dan dimana sahaja, sudah pasti kita tidak dapat mengelak daripada membantu dan dibantu oleh sesiapa sahaja. Maka setiap bantuan pertolongan dan kebaikkan yang diberikan oleh mereka yang membantu, haruslah dibalas, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadapnya, walaupun sedikit kebaikkan yang dilakukan.

3. Kita hendaklah melazimi doa dan ucapan yang baik terhadap semua makhluk, tidak mengira agama, jika dia seorang kafir maka doakan “semoga ALLAH melimpahkan hidayah dan kebaikkan buatnya”.

4. Amalan doa terhadap saudara ini merupakan amalan yang mesti kita laksanakan. Mendoakan orang lain terlebih dahulu, menjadikan doa kita lebih cepat dimakbulkan berbanding berdoa untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi apabila kita mendoakan saudara kita tanpa pengetahuanya.

5. Orang yang pandai berterima kasih terhadap manusia dia dibilang sebagai hamba yang bersyukur kepada ALLAH. Terdapat berbagai-bagai ucapan dan ungkapan yang boleh kita ungkapkan, asalkan ianya membawa tanda balasan yang baik, namun yang terbaik seperti yang telah diajarkan oleh NABI SAW di atas agar terhasillah sunnah NABI SAW, jika kita mengamalkannya.WALLAHU’ALAM

No comments: