www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, August 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 609 ( Bagaimana Ketawa Rasulullah )

by Addawrah

من حديث جرير : ولا رءانى إلا تبسّم

Daripada Hadis Jarir: " Aku tidak pernah melihatNya (Rasulullah SAW) melainkan sentiasa senyum".
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
1. DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk.

2. Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka. Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

3. Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

4. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal ditempuhi kelak. Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had..

5. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. SUBHANALLAH.

6. Beberapa sahabatnya pernah menyatakan " Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.Rasulullah SAW adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin Harits menyebut: "Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasulullah SAW."

7. Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat "Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu, selalunya tenang dan tenteram ".
Bagaimana ketawa kita?...


WALLAHU'ALAM.

No comments: