www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, August 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 607 ( Menghargai Nikmat ALLAH)

Addawrah

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: انظروا إلى من أسفل منكم ولا تنظرواإلى من هو فوقكم فهو أجدر أن تزدروا
نعمة الله (رواه مسلم)


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda" Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memeperkecilkan nikmat ALLAH."
(Riwayat Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Melihat kepada orang yang lebih bawah daripada kita, akan membawa kepada hati yang senang dan redha dengan segala pemberian ALLAH, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kita memebawa kepada hati yang hasad dan tidak bersyukur kepada ALLAH.

2. Menghargai segala nikmat ALLAH adalah sesuatu perkara yang wajib. Manusia sering terlupa dengan anugerah yang telah dikurniakan kepadanya apabila dia melihat kepada nikmat ALLAH yang lebih besar kepada orang lain.

3. Mensyukuri nikmat tidak semestinya pada perkara-perkara yang besar dan istimewa, akan tetapi kita hendaklah sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmatNYA sekalipun kecil.

4. Menjadi suatu kebiasaan dan perangai kita, jika menerima statu nikmat yang besar kita bersyukur dengan penuh kegembiraan, akan tetapi bila diberikan nikmat yang kecil kita tidak merasa apa-apa, sedangkan PEMBERINYA tetap sama.

5. Orang yang memiliki mata hati yang celik, menerima anugerah nikmatNYA samaada kecil mahupun besar adalah sama, para salafussoleh, mereka setiap hari merasa gembira dan bersyukur sekalipun hidup sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak pernah merungut, kerana merasa bersyukur di atas apa yang ada berbanding dengan mereka yang tiada ada seperti mereka.

6. Manakala orang yang buta mata hatinya, sering merasa tidak cukup dengan apa yang ada dan mengeluh, suka melihat kepada mereka yang dianugerahkan lebih daripadanya, hingga mereka terlupa pada nikmat ALLAH yang sedang digunakannya, maka mereka inilah orang-orang yang dikatakan sebagai orang yang tidak bersyukur.

7. Ajarkanlah hati kita, bersyukur atas apa yang ada, jangan asyik melihat orang yang lebih atas daripada kita, jangan sampai DIA menarik apa yang sudah diberikan…kerana hamba yang bersyukur, ALLAH akan menambahkan nikmatNYA, dan jika sebaliknya ALLAH SWT berpesan di dalam kitabNYA bahawa azabNYA sangatlah pedih..

WALLAHU’ALAM

No comments: