www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, August 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 601 ( Doa Mendengar Orang Bersin)

By Addawrah
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلىّ الله عليه وسلم قال: إذا عطس أحدكم فليقل : الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله، فإذا قال له :يرحمك الله، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكم
(رواه البخارى)


Daripada Abu hurairah RA, Nabi SAW bersabda: " Apabila seseorang daripada kamu bersin, hendaklah ia berkata : " Segala puji hanya bagi ALLAH." Manakala saudara atau sahabatnya hendaklah berkata: "Semoga ALLAH merahmati kamu." Apabila dikatakan kepadanya:"Semoga ALLAH merahmati kamu." Maka hendaklah ia berkata : "Semoga ALLAH memeberi hidayat kepada kamu dan menegelokkan keadaan kamu." (Riwayat Al-Bukhori)
Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW telah mengajarkan kepada ummatnya tentang adab ketika bersin dan doa-doanya ketika mendengar orang yang bersin dan menjawabnya.
2. Mendoakan orang yang bersin merupakan hak yang perlu kita berikan kepadanya kerana ianya merupakan hak sesama orang Islam yang MESTI kita tunaikan.
3. Bersin merupakan suatu perkara yang baik, kerana ianya ádalah perkara yang disukai oleh ALLAH, dan lawannya ádalah menguap dan ianya ádalah perkara yang dibenci oleh ALLAH, kerana menguap itu perbuatan syaitan.
4. Kita hendaklah bersyukur mengucapkan ALHAMDULILLAH, dan merasakan bahawa bersin itu ádalah satu nikmat daripada ALLAH, sepertimana yang kita ketahui bahawa apabila kita bersin ianya menjadikan kita merasa segar dan bebas daripada penyakit dan kelesuan, manakala apabila kita menguap hendaklah kita minta perlindugan ALLAH daripada syaitan kerana ianya melesukan badan dan melemahkan kita.
5. Mari sama-sama kita amalkan ajaran dan sunnah Rasulullah di saat sunnahnya sudah tidak lagi dihiraukan…maka kitalah penghidup sunnah Baginda SAW……

WALLAHU’ALAM.

No comments: