www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, August 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 605 ( Penyejuk Hati )

by Addawrah

وأقم الصلاة لذكرى


Firman ALLAH SWT: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKU”
(Surah Toha ayat 14)

Ulasan Ayat :

1. SOLAT merupakan program mengingati ALLAH. Solat juga merupakan munajat hamba terhadap ALLAH. Firman ALLAH SWT di atas membuktikan bahawa perintah solat bukan sahaja sempurna pada rukun dan syarat semata-mata, malah kita juga diperintahkan agar mengingatiNYA ketika solat.

2. Solat merupakan sistem penghubung diantara makhluk dan KHALIQ (PENCIPTA). Perbuatan solat yang di mulakan dari takbiratul Ihram dan di akhiri salam yang disertai dengan ingatan penuh kepada ALLAH akan menjadikan ianya penyejuk hati kita. Sepertimana NABI SAW menjadikan solat sebagai penyejuk hati Baginda.

3. Solat yang lalai (tanpa mengingati ALLAH) lahir daripada hati yang lalai ketika diluar program solat, kita boleh mengukur samada hati kita lalai ataupun tidak, ádalah melalui solat kita. Oleh itu, bagi mencapai tahap kekhusyukan yang tinggi ketika bersolat, kita hendaklah mendidik hati kita agar sentiasa beramal, berzikir, melaksanakan segala kebaikkan dan menjauhi laranganNYA, keluarkan segala sifat yang buruk, dan hiasi dengan sifat yang terpuji.

4. Solat yang paling baik ialah solat yang dapat dirasakan bahawa solat yang dilaksanakan ádalah solat yang terakhir kita di dunia, serta menyedari bahawa diri kita sedang berada di hadapan ALLAH, samada dirasakan bahawa ALLAH sedang melihatnya atau kita sedang melihat ALLAH.

5. Solat akan menjadi khusyuk apabila hati kita merasa khusyuk, dan apabila hati merasa khusyuk menghasilkan pergerakkan anggota turut khusyuk, khusyuk itu berpunca daripada jiwa yang benar-benar menghamba diri, merasa hina, penuh dosa terhadap ALLAH serta merasakan bahawa ALLAH MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.

6. Sedarilah, berpuluh tahun kita bersolat, tetapi mengapa kita masih tidak pernah merasakan kenikmatannya…hingga kita pernah merasa solat itu satu bebanan buat kita, sedangkan ianya adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Qiyamat nanti…

WALLAHU’ALAM.

No comments: