www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, August 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 604 ( Jangan Tunggu Lagi..)

by Addawrah

فقلت استغفر ربكم إنه كان غفّارا*يرسل السماء عليكم مدرارا*ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنّات ويجعل لكم أنهارا*

Firman ALLAH SWT: "Maka aku berkata kepada mereka, "Mohonlah ampunan kepada TUHAN-mu, sungguh, DIA Maha Pengampun. 11) Nescaya DIA akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,12) dan DIA Memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
(Surah Nuh ayat 10-12)


Ulasan Ayat :
1. Di dalam ayat ini ALLAH SWT telah menyarankan kepada kita agar beristigfar kepadaNYA(memohon keampunan).
2. Sepertimana yang termaktub di dalam ayat ini, dengan banyak beristigfar sebab bagi memperluaskan rezki, harta, serta akan dikurniakan zuriah.
3. Kita diminta untuk segera beristigfar bila telah melakukan dosa, dan beristigfar daripada melakukan dosa dengan bersungguh-sungguh bukan sambil lewa tanpa merasa apa-apa kesan dihati, dan kita perlu menyedari bahawa setiap istigfar yang kita minta perlu kepada istigfar yang lain kerana lalainya hati kita ketika memohon ampun daripadaNYA.
4. Orang yang bertaqwa, ialah orang yang sentiasa sedar apabila melakukan kesilapan dan dosa, mereka tidak akan betangguh-tangguh lagi, kerana dosa menyebabkan hati akan merasa resah, jiwa tidak akan tenang, dan menutup pintu-pintu kebahgiaan kepadaNYA.
5. Beristigfar tidak ada masa yang khusus, ianya tiada sebarang had masa, malah kita wajib beristigfar sebanyak yang mungkin, setiap masa dan waktu sepertimana NABI SAW, sentiasa melazimi istigfar, sedangkan Baginda merupakan insan yang tiada dosa. Maka tidakkah kita merasakan bahawa istigfar itu lebih wajib kepada kita yang terlalu banyak melakukan dosa…
6. Keresahan hati, kebuntuan fikiran, kelemahan dalam beramal, hati yang keras, rezki yang sempit, masalah yang menimpa semuanya berpunca daripada dosa kita yang masih tidak terampun, maka segeralah bertaubat dan beristigfar...

WALLAHU’ALAM.

No comments: