www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Wednesday, April 16, 2014

Mutiara Iman_Edisi 1656 : FORMULA DOA DIMAKBULKAN

Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd

عن أبي هريرة رضى الله عنه  عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة وأن الله تعالى لا يقبل دعاء من قلب لاه ( رواه الترمذى)

 

Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW : “ Berdoalah kepada ALLAH, padahal kamu yakin dengan diperkenankannya. Dan sesungguhnya ALLAH TAALA tiada menerima doa dari hati orang yang lalai yang cuai. “ ( Riwayat Tarmizi )

 

 

ULASAN HADIS :

 

  1. Rasulullah SAW menyarankan kepada ummatNya supaya berdoa kepada ALLAH dengan disertai rasa yakin bahawa ALLAH pasti memperkenan doa hamba-hambaNYA. Permohonan doa perlu disertai dengan harapan dan sungguh-sungguh bukan meminta dalam kedaaan hati yang bersahaja yakni lalai.
  2. Doa adalah penghubung di antara hamba dan Pencipta, dengan doa ianya menzahirkan sifat hamba yang lemah serta perlu kepada yang maha kuat, DIAlah ALLAH  SWT.
  3. ALLAH hanya akan menerima doa yang dipohon dengan hati yang penuh pengharapan dituruti dengan adab-adabnya.
  4. Berdoa bukan sahaja suruhan daripada Nabi SAW bahkan ALLAH SWT telah menyatakan di dalam Al Quran agar hambaNYA meminta daripadaNya nescaya jaminannya ialah ALLAH SWT akan memperkenankan permintaan setiap hamba yang meminta.
  5. Doa merupakan senjata mukmin, dan sangat mustahak bagi seseorang berdoa supaya diampuni dosa-dosanya atau supaya dipelihara daripada neraka serta dimasukkan ke dalam syurga.
  6. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menghampakan permintaan dan harapan baik hamba-hambaNYA pada bila-bila masa selagimana hamba menyedari hakikat dirinya dan sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap ALLAH SWT.
  7. Berdoalah sebanyak-banyak yang mungkin kerana orang yang gemar berhubungan dengan ALLAH adalah orang yang selalu berdoa, bercakap, meminta, merayu, merintih dan mengharap daripada ALLAH SWT dalam apa jua kedaaan. Mintalah doa dengan penuh keyakinan untuk diri, keluarga, sahabat, serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.

 
 
Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH

No comments: