www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Monday, April 21, 2014

MUTIARA IMAN EDISI: 1660 - Nak Yang Lebih Baik?

قُلۡ مَتَـٰعُ ٱلدُّنۡيَا قَلِيلٌ۬ وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظۡلَمُونَ فَتِيلاً (٧٧)


Firman ALLAH SWT Bermaksud : “ Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. “ (Surah An Nisa’ : 77)


ULASAN AYAT :
1) Dalam mengharungi perjalanan hidup kita ke Akhirat, kita mesti banyak berwaspada dan bersikap berhati-hati, kerana kehidupan di dunia inilah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak.

2) Untuk mencetus sikap berwaspada ini, kita perlu sentiasa bermuhasabah secara berpanjangan. Kita hendaklah sentiasa memikirkan tentang kehidupan kita yang akan kita tempuhi. Kita perlu memikirkan apakah kita akan tinggal di Syurga atau di neraka selama-lamanya? Sesungguhnya perjalanan kita di dunia bagi menjalani kehidupan kita di akhirat lebih dahsyat dan berat daripada kita berada di pergunungan atau hutan yang mempunyai binatang buas.

3) Adapun orang yang bakal menempuh alam akhirat jika tanpa bekal maka risikonya ialah bukan hanya mati tetapi akan menjadi penghuni neraka selamanya. NAUZUBILLAH.

4) Beruntunglah bagi sesiapa yang beramal soleh, berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan. Apabila mati sudah tentu kehidupan baik bakal diterima kelak.

5) Setelah mati, kita tidak mempunyai pilihan lagi, kecuali syurga atau neraka. Oleh kerana itu, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa pilihan kita sepertimana yang kita harapkan.

6) Sesungguhnya orang yang kehidupannya dipenuhi dengan dosa ataupun kebaikan pasti akan menemui kematian. Orang yang tidak melakukan kebaikan dan tidak bertaubat atau yang bertaubat akan menempuh kematian, sesiapa tidak boleh lari. 

7) Kita tidak boleh merasa senang hati dan gembira tanpa sebarang persiapan dan bekalan dari detik ini. Kesedaran tentang kematian pada bila-bila masa akan menjadikan hati kita sentiasa sedar daripada kelalaian dunia dan menjadikan kita akan sentiasa bersegera dalam melakukan amal ketaatan dan segera meninggalkan kemaksiatan dan dosa.

8) Oleh itu jika sekiranya NAK YANG LEBIH BAIK, maka pilihlah akhirat.


Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH

Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd

No comments: