www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Monday, April 21, 2014

MUTIARA IMAN: Nanti Menyesal


 

نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡ‌ۗ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “  Mereka lupa ALLAH dan ALLAH juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka”

 ( Surah At Taubah : 67)

 

 

ULASAN AYAT :

 

1.  Ingat, apabila kita lupa ALLAH, maka ALLAH akan lupa pada kita.

2.  Orang yang melupakan ALLAH , dia juga akan lupa pada dirinya sendiri, sehingga diri tidak terurus dengan hiasan keimanan dan ketaqwaan. Makna ALLAH melupakannya ialah ALLAH tidak akan memperdulikan dan memberi perhatian lagi kepada mereka yang tidak ingat padaNYA.

3.  Perkara yang paling rugi dan tiada berguna apabila seseorang hamba itu sudah tidak lagi dipedulikan oleh ALLAH. Dibiarkan dalam kegelapan, kesalahan dan berdosa.

4.  Sesungguhnya  kelalaian bukan punca kita akan dijauhkan oleh ALLAH SWT terus, bahkan jika kita segera sedar dan terus berhadap diri pada ALLAH nescaya ianya merupakan langkah permulaan yang sangat istimewa berbanding dengan mereka yang tidak lalai. Nikmat mengingati ALLAH setelah lalai itu lebih dirasakan indah.

5.  Kita wajib menyedari bahawa ALLAH SWT sebenarnya tidak pernah lupa pada kita sekalipun kita bermaksiat dan lupa padaNYA. DIA masih lagi mengurniakan nikmat-nikmatNYA yang tidak pernah berhenti. Namun kitalah yang sering lupa dan tidak mahu mengingatiNYA. Kita ingat kepadaNYA apabila susah, sesudah senang kita kembali lupa, inilah sifat manusia.

6.  Sesungguhnya kita lupa ataupun ingat DIA tetap ingat dan sayang pada hamba-hambaNYA. Justeru, tidak sedar dan tidak malu kah kita melupakan DIA yang mengurniakan segala kesenangan hingga hari ini kita sentiasa dalam keadaan yang selesa, malah lebih dahsyat lagi jika kita cuba melanggar perintahNYA, dan berani berbuat sesuatu yang dilarangNYA. 

7.  Semoga kita semua menjadi dikalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa mengingatiNYA pada setiap ketika agar kita sentiasa berhati-hati di dalam melakukan sesuatu.   

8.  Oleh itu JANGAN MENYESAL sekiranya Allah s.w.t lupa pada kita.

Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH
 

Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd

No comments: