www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Wednesday, April 16, 2014

MUTIARA IMAN EDISI: 1657 - WOW, MUDAHNYA

Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd


عن أنس بن مالك رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : َاللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ ِإلاَّ مَا جَعَلْتَهُ 

سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْخُزْنَ سَهْلاً ِإذَا شِئْتَ سَهْلاً (رواه ابن حبان(

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW : ”Ya ALLAH! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah."



ULASAN HADIS :

1. Sebagai seorang manusia, kita kadangkala kita merasa susah, payah,resah dan gelisah dalam mengharungi arus kehidupan. 
2. Kadangkala kita sering terlupa untuk memohon kepada yang maha pemudah iaitu Allah SWT agar mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat.
3. Allah SWT dengan sifat rahmat dan kasih sayangNya tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya, cuma kita sahaja yang sering alpa dan lalai daripada melakukan perintahNya.
4. Selalulah berdoa agar diberikan kemudahan dalam hidup,dipermudahkan segala urusan yang dilakukan serta sentiasa di dalam keberkatanNya.
5. Mudah-mudahan, segala urusan yang dilakukan dipermudahkan dan dijauhkan daripada perkara yang menyusah dan mendatangkan kepayahan kepada diri.


Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH

No comments: