www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Thursday, October 27, 2011

JANGAN LEPASKAN PELUANG IBADAH : AWAL ZULHIJJAH

by Dawrah

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.” (Al Fajr : 1- 2)


ULASAN AYAT :
1- Para Ulama baik yang terdahulu mahupun kebelakangan bersepakat bahawa makna dari malam yang sepuluh itu adalah di bulan zulhijjah.
2- Sepuluh hari pertama pada bulan ini merupakan hari yang diberkati ALLAH SWT dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran lebih berbanding dengan hari-hari lain pada sepanjang tahun. Daripada Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW. bersabda: Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai ALLAH daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan ALLAH?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan ALLAH kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” (Hadis riwayat Bukhari)
3- Menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu (iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta), maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.” – Ibn Hajar al-‘Asqolani,
4- Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain.
5- Justeru hendaklah setiap umat Islam memperbanyakkan solat-solat sunat, terutama solat tahajud, berzikir, berdoa, membaca Al-Quran, melaksanakan ibadat korban dan mengerjakan ibadat haji bagi yang mampu. Hendaklah berusaha untuk berpuasa pada sembilan hari pertama bulan tersebut. Ummul Mukminun Hafshah berkata: Adalah Nabi SAW berpuasa pada hari puasa Asyura dan sembilan hari pertama pada Zulhijjah dan tiga hari dalam setiap bulan. – (Riwayat Imam An-Nasa’i )

No comments: