www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, April 28, 2009

JAUHI SIKAP INI!

عن أبي هريرة رضى الله عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: لايستر عبد عبدا إلا ستره الله يوم القيامة( رواه مسلم)
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda: “ Tidaklah seseorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan ALLAH akan menutup keaibannya pada hari kiamat”(Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Hadis di atas ini telah menerangkan kepada kita bahawa perbuatan apa sahaja yang boleh membuka aib dan kekurangan seseorang itu akan dibalas oleh ALLAH di Akhirat nanti dengan dibukakan pula aibnya di hari kiamat kelak, atau balasan ALLAH itu akan berlaku terus di dunia.

2. Jauhilah sikap suka mengkritik dan merendahkan sesuatu institusi, organisasi mahupun individu. Ini kerana sikap seperti ini adalah sikap orang-orang yang suka mencari kekurangan dan kesalahan pihak lain. Bersikap seperti ini akan menjadikan semua orang menjadi musuh kita.

3. Kita hendaklah mempunyai sikap yang menyokong bagi membina sesuatu yang bersifat positif. Jika sekalipun kita ingin membantah dan memperingatkan orang yang melakukan kesalahan, maka lakukanlah perkara tersebut sesuai dengan kadar yang diperlukan, apabila kita melakukan lebih daripada yang diperlukan, maka perkara tersebut tidak akan bermanfaat langsung.

4. Sedarilah bahawa kekurangan yang ada pada diri kita terlalu banyak. Oleh itu, janganlah kita menyibukkan diri kita mencari-cari kekurangan orang lain, tetapi sibukkan diri kita dengan memperbaiki kekurangan diri kita sendiri. Ketahuilah bahawa barangsiapa yang mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain maka ALLAH akan mengutus seseorang yang akan membuka dan membongkar keaiban diri kita sebagai balasan daripada apa yang kita lakukan terhadap orang lain.

5. Barangsiapa yang melindungi dan menjaga kehormatan orang lain, menerima maaf dan memaklumi pula kesalahan orang lain serta berusaha menutupi keaiban dan kekurangan orang lain, maka ALLAH akan menyiapkan seseorang yang akan melindungi kehormatan diri kita, memuji-muji dan menyebarkan pula kebaikkan kita.

6. Menahan diri dan suka memaafkan adalah sikap yang boleh menghilangkan aib serta kekurangan diri kita kita sendiri. Kita hidup bukan untuk orang tetapi untuk ALLAH, lalu mengapa kita memenatkan diri dan merungsingkan fikiran kita dengan hal orang?sedangkan menyibukkan diri dengan ALLAH akan memberi kerehatan dan mencetuskan kebahgiaan hakiki di hati kita di dunia yang penuh dengan keaiban dan kedukaan ini...

7. Sesungguhnya, balasan yang akan diperolehi oleh seseorang adalah sesuai dengan jenis amalan yang ia lakukan.
WALLAHUA’LAM

No comments: