Oleh: Ust Jamaluddin Bin Hj Johari
Kalau diperhatikan kepada masyarakat kita Malaysia dalam bulan Rejab , ramai dikalangan kita mempunyai kepercayaan terhadap fadhilat bulan Rejab serta mereka melakukan amal ibadat tertentu dalam bulan Rejab berdasarkan hadith-hadith yang lemah lagi munkar ( palsu) .
Kata Qadhi Al-Fadhil bin Ayadh rahimahullah - :"sesungguhnya sesuatu amalan itu sekiranya dilakukan dengan rasa ikhlas tetapi tidak betul dan tepat maka ia tidak akan diterima dan sekiranya amalan itu dilakukan dengan betul dan tepat tetapi tidak dengan niat ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan rasa ikhlas dan betul serta bertepatan barulah ia diterima oleh Allah. Katanya lagi : yang dikatakan ikhlas ialah semata-mata kerana Allah swt dan yg dimaksudkan dengan betul atau betetapan itu ialah mengikut sunnah Nabi".{sila lihat kita Jami' Ulum dan Hikam Ibnu Rejab : ms 72 }
Syarat diterima sesuatu amalan itu oleh Allah ada dua syarat:-
Niat ikhlas kepada Allah . Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" ( surah Al-Baiyinah :5)
Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith :"barangsiapa yang mengreka-reka satu amalan dalam agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak ( tidak diterima)" [ hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari dan Muslim , Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211 ]
Definisi Rejab Dan Sebab Dinamakannya.
Dari segi bahasa : Rejab makna menghormati dan memuliakan.
Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperang dalam bulan ini.
(Kamus Al-Muhid , ms 113 dan Lisan Al-Arabi , jz 1 / ms 411-412
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati" . Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw.
Diantara perkara-perkara yang menjadi kepercayaan dan amalan yang dilakukan dalam bulan Rejab iaitu:-
1. Sambutan perayaan sempena Isra' dan Mi'raj pada 27 rejab dengan amalan-amalan tertentu. Kata Imam Bin Baaz rahimahullah : "pada malam 27 rejab yang dikatakan berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi saw , tidak ada satu pun hadith sahih yang menentukan bila berlakunya Isra' dan Mi'raj Nabi . Hadith-hadith yang meriwayatkan tentang malam belakunya Isra' dan Mi'raj kesemuanya tidak sahih dari Nabi di sisi ahli hadith. Ada hikmah Allah swt yang tertentu disebalik tidak menyatakan kepada manusia bila hari belaku peristiwa itu .Jika sekalipun peristiwa Isra' dan Mi'raj belaku pada tarikh yang dikatakan itu , tidak boleh bagi umat Islam menentukan dan melakukan sesuatu amal ibadat pada 27 rejab dan tidak harus melakukan sambutan perayaan pada hari itu kerana Nabi saw dan para sahabatnya tidak pernah melakukannya dan juga mereka tidak pernah menentukan sesuatu amal ibadat pun pada hari itu. Kalaulah ia satu perkara yang disyariatkan oleh agama sudah tentu Nabi saw telah menerangkannya kepada sahabatnya dengan perkataan atau perbuatan .Kalau benar-benar ada sambutan perayaan dan amal ibadat tertentu dibuat oleh Nabi sudah tentu telah tersebar dengan meluas dan para sahabat telah menyatakannya kepada kita. ( Risalah At-Tahzir min Bid'ah Risalah peringatan daripada Bid'ah : ms 7 )
2. Puasa Khas pada 27 Rejab Sempena Isra' dan Mi'raj. Kata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi : "antara puasa bulan haram ialah puasa pada 27 rejab yang direka-reka oleh setengah orang mengikut hawa nafsu mereka semata-mata , yang tidak disyariatkannya oleh Allah dan tidak dilakukan oleh Nabi kita saw serta para Khulafa Rasyidin dan juga tidak ada para ulama yang menyuruh melakukannya . Dikalangan kita beranggapan bahawa pada 27 rejab itu berlaku satu peristiwa besar terhadap Nabi kita saw iaitu Isra' dan Mi'raj, oleh itu kita harus bersyukur atas nikmat besar ini yang dikurnia oleh Allah kepada Nabi kita dengan cara kita berpuasa pada hari itu. Tidak ada dalil yang mensyariatkan berpuasa pada hari itu. Kata Ibnu Qaiyim dalam kitabnya Zaadil Mi'aad didalam menerangkan tentang malam Isra' dan Mi'raj yang diambil dari kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : tidak diketahui seorang pun dari kalangan muslimin yang menentukan kelebihan malam Isra' dan Mi'raj daripada malam yang lain. Jika ada kelebihan malam itu sudah tentu para sahabat telah menerangkannya oleh kerana tidak diketahui bilakah malam belaku Isra' Mi'raj dan tidak ada dalil yang jelas menerangkan Isra' Mi'raj belaku pada bulan Rejab terutama malam 27 . Oleh itu tidak harus kaum muslim menentukan apa pun jenis ibadat pada malam 27 rejab atau malam selainnya. (Islam Online.net , Fatwa Dr Yusuf Qardhawi bertarikh 22 /09 / 2003 )
3. Solat Raghaaib ( solat-solat sunat) .
a) Sifat solat raghaib : Hadith yang meceritakan sifat solat sunat dalam bulan Rejab adalah hadith dusta terhadap Nabi saw . Antara hadithnya yang dikatakan dari Anas bin Malik ra berkata , bersabda Nabi saw: " Bulan Rejab bulan Allah , bulan Sya'ban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku" ..sehingga sabdanya "tidak sesorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab , kemudian ia bersolat pada malam jumaat antara waktu isyak 12 rakaat .. kecuali Allah akan mengamponi kesemua dosanya sekalipun dosanya seperti buih dilaut dan sebanyak daun-daun pohon kayu serta diberi syafa'at pada hari kiamat sebanyak 700 dari ahli bait.sehingga akhir hadith . Kata Ibnu Al-Jauzi rahimahullah : "hadith-hadith ini adalah hadith maudhu' ( palsu) terhadap Nabi saw. Kerana dalam riwayat hadith ini terdapat orang yang bernama Ibnu Juhaim dimana para ahli hadith menyifatkannya sebagai pendusta . Aku telah mendengar dari syeikhku Abdul Wahab Hafiz menyatakan :"perawi-perawi hadith itu tidak diketahui siapa mereka dan aku telah berusaha mencari dalam semua kitab perawi hadith tidak seorang pun nama-nama mereka yang aku temui" [ sila lihat kitab hadith-hadith palsu ( Maudhu'at) oleh Ibnu Al-Juazi : jz 2 / ms 123-125 ].Begitu juga kata Imam As-Syaukani rahimahullah : " hadith-hadith itu adalah hadith maudhu ( palsu) dan para perawinya majhul ( tidak dikenali) ,inilah solat-solat sunat yang menjadi mahsyur dikalangan umat Islam , kesemua ahli para hafiz hadith bersepakat mengatakan bahawa hadith itu palsu . ( Kitab Al- Fawaeid Al-Majmuah dalam hadis-hadis palsu :ms 48)
b) Hukumnya, kata Iman An-Nawawi : "Sesungguhnya solat-solat raghaib itu adalah bid'ah munkarah daripada bid'ah yang sesat" ( Kitab Sahih Muslim Syarah Imam An-Nawawi : jz 8 / ms 20 )
Kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : " Solat raghaib dalam bulan Rejab tidak ada asalnya dari agama malah ia dari perkara bid'ah yang direka-reka dengan sepakat para ulama , tidak disunahkan oleh Nabi saw dan tidak ada seorang pun dari kalangan Khulafa Rasyidin yang melakukannya dan tidak juga para ulama seperti Imam Malik , Syafei, Ahmad, Abu Hanifah , Thauri, Auza'ei, Laith dan selain dari mereka . Hadith-hadith yang diriwayat tentangnya kesemuanya palsu lagi dusta. ( Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : jz 23 / ms 123)
Begitu juga kata Hafiz Ibnu Rejab :"Solat raghaib ini adalah bid'ah di sisi jumhur ulama. Solat ini tidak disebut oleh para ulama dahulu kerana ia direka dan awal timbulnya selepas zaman mereka sesudah 400 tahun". ( Kitab Lataeif Al-Ma'arif Ibnu Rejab : ms 228 )
4. Puasa Bulan Rejab keseluruhannya atau sebahagiannya dengan berkeyakinan ada ganjaran-ganjaran pahala tertentu ( fadhilatnya). Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani : "tidak ada hadith sahih yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab dan tidak juga tentang puasa Rejab atau pun puasa yang tertentu dan juga tentang solat qiamulail yang khas dalamnya". ( Kitab Tabyin Al-A'jab dalam bab menceritkan tentang fadhilat Rejab , Ibnu Hajar : ms 23 )
Kata Ibnu Qaiyim :" hadith-hadith yang menceritakan tentang puasa rejab dan solat sebahagian malam pada bulan rejab adalah kesemuanya hadith palsu yang diada-adakan" ( Kitab Al-Manar Al-Munif dalam Hadith Sahih dan Dhaeif , Ibnu Al-Qaiyim : ms 97 )
Diceritakan bahawa Saidina Umar Ibnu Khatab ra telah memukul tangan-tangan orang yang berpuasa rejab sehingga mereka meninggalkannya serta berkata: bahawasanya bulan rejab ini adalah bulan yang dihormati dan dimuliakan oleh orang-orang jahiliyah. ( diceritakan oleh Ibnu Dahiyah dalam kitabnya yang berjudul : Adaa' Ma Wajaba Min Bayan Wadh'ei Al-Wadhaa'ein Fil Rejab, ms 113 . Disahkan cerita ini oleh Syeikh Albaani dalam kitab Irwa' Al-Ghalil : jz 4 / ms 113-114 )
Kata Imam At-Taratusyei : "jika sesorang itu ingin berpuasa dalam bulan Rejab dibolehkan asalkan bukan puasanya itu kerana bulan Rejab serta jangan berangapan ia adalah wajib atau sunat". ( Kitab Hawadith dan Bid'ah , At-Taratusyei :ms 110-111 )
5. Umrah Dalam Bulan Rejab Dengan Berkeyakinan Menuniakan Umrah Dalamnya Ada Fadhilat Tertentu. Tidak ada hadith yang menceritakan bahawa Nabi saw melakukan umrah dalam bulan Rejab atau mengkhususkan umrah dalam rejab sahaja tanpa bulan yang lain. Tidak ada beza pahala umrah pada bulan rejab dari bulan yang lain sebagaiman yang disangka oleh setengah orang. Nabi saw me;lakukan umrah sepanjang hayat sebanyak 4 kali sahaja iaitu : 1- Umrah Hudaibiyah pada tahun ke 6 hijrah. 2- Umrah Qadha pada tahun selepasnya ( tahun ke7 hijrah). 3- Umrah dari Ja'ranah ketika keluar dalam peperangan Hunain. 4- Umrah bersama dengan haji ketika Nabi menunaikan haji. ( kitab Zaadul Mi'aad , Ibnu Qaiyim : jz 2 / ms 90-91 )
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alisyeikh rahimahullah menyatakan bahawa para ulama melarang daripada menentukan hanya pada bulan Rejab sahaja banyak melakukan umrah.( Kitab Fatawa Syeikh Muhammad Bin Ibrahim Alisyeikh : jz 6/ ms 131 ) Berkata Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri :
"pendapat yang kuat disisiku wallahu alam- ialah mengkhususkan umrah hanya pada bulan Rejab tidak ada asal usulnya dari agama kerana tidak ada dalil syara' ( Al-Quran dan Sunnah) yang mengkhususkan umrah dalam bulan Rejab , disampin itu terbukti dari sirah Nabawi bahawa beliau tidak pernah melakukan umrah pada bulan Rejab sama sekali. ( Kitab Bid'ah Hauliyah Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri :ms 238 )
Kalau benar ada fadhilat yang tertentu bagi umrah dalam bulan Rejab sudah tentu para ulama telah menyebutnya kerana mereka lebih mengambil berat terutama dalam hal-hal ibadat sebagaimana fadhilat umrah dalam bulan Ramadhan dan seumpamanya . Sebagaimana yang diceritakan dari Ibnu Umar ra , ketika mana dia ditanya orang :" wahai ayah Abdul Rahman, adakah pernah Nabi saw berumrah pada bulan Rejab" , jawabnya : ya , bila Aisyah r.aha mendengar jawab Ibnu Umar itu , ia menafikan yang Nabi pernah berumrah dalam bulan Rejab. Ibnu Umar bila mendengar penafian Aisyah itu , ia terdiam tidak berkata apa-apa samada tidak atau ya . Kalau betul ada fadhilat umrah dalam bulam Rejab sudah tentu Aisyah telah menyebutnya. ( sila lihat kitab Adab dalam bulan Rejab oleh Mala Ali Qari : ms 49-51 )
www.mata-utara.blogspot.com
Page views
Tuesday, August 18, 2009
Mutiara Iman Edisi 609 ( Bagaimana Ketawa Rasulullah )
by Addawrah
من حديث جرير : ولا رءانى إلا تبسّم
Daripada Hadis Jarir: " Aku tidak pernah melihatNya (Rasulullah SAW) melainkan sentiasa senyum".
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Ulasan Hadis :
1. DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk.
2. Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka. Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.
3. Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
4. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal ditempuhi kelak. Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had..
5. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. SUBHANALLAH.
6. Beberapa sahabatnya pernah menyatakan " Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.Rasulullah SAW adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin Harits menyebut: "Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasulullah SAW."
7. Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat "Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu, selalunya tenang dan tenteram ".
Bagaimana ketawa kita?...
WALLAHU'ALAM.

Mutiara Iman Edisi 608 ( Kenapa Perempuan Ramai di Neraka??)
by Addawrah
وليضربنّ بخمرهنّ على جيوبهنّ ولايبدين زينتهنّ إلا لبعولتهنّ
Firman ALLAH SWT: "Dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka." (Surah An-Nur ayat 31)
Ulasan Ayat :
1. ISLAM telah mengangkat martabat perempuan daripada sehina-hina kedudukan KETIKA zaman jahiliyah hinggalah semulia-mulia darjat. ALLAH SWT telah menciptakan perempuan dengan seindah ciptaan. Rakaman di dalam kitab ALLAH SWT tentang wanita adalah khusus, berbanding lelaki.
2. Tetapi apa yang berlaku, wanita hari ini sudah tenggelam dalam nikmat keindahannya sendiri, hingga terlupa kepada kemulian yang telah diberikan, tidak menghargai keistimewaan yang ada hingga meruntuhkan harga dirinya sendiri. Keistimewaan itu adalah AURAT.
MARI KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH..MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..
3. Setiap perempuan wajib menutup kepalanya dengan tudung(tidak jarang)dan juga bahagian dada termasuk leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah seperti( pinggang, punggung, paha dan betis) daripada dilihat oleh semua orang yang bukan muhrim.
4. Menurut Hadis Rasullah SAW: "Ada dua golongan dikalangan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu;1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang iaitu (penguasa yang zalim) dan 2) Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi TELANJANG, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk Syurga serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan." (Riwayat Muslim)
5. Mereka dikatakan berpakaian tetapi telanjang kerana pakaian mereka tidak berfungsi menutup aurat, pakainya tipis, ketat sehingga menampakkan warna kulit dan bahagian tubuh yang menjadi fitnah.
6. Menurut Dr Yusuf Qardawi, yang dimaksudkan dengan perhiasan di dalam ayat ini ialah, apa saja yang dipakai untuk mencantikkan tubuh baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh. Ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make up atau sebagainya.
7. Semoga ilmu yang disampaikan membuahkan amal, amal yang dilaksanakan adalah IKHLAS kerana ALLAH…
8. Jika kita takutkan ALLAH dan cinta padaNYA, cinta pada RASULULLAH, kita tidak akan tergamak melakukan sesuatu yang melanggari syariahNYA, kita beramal bukan kerana makhluk tetapi kita menjunjung perintah kerana ALLAH.
WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 607 ( Menghargai Nikmat ALLAH)
Addawrah
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: انظروا إلى من أسفل منكم ولا تنظرواإلى من هو فوقكم فهو أجدر أن تزدروا
نعمة الله (رواه مسلم)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda" Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memeperkecilkan nikmat ALLAH."
(Riwayat Muslim)
Ulasan Hadis :
1. Melihat kepada orang yang lebih bawah daripada kita, akan membawa kepada hati yang senang dan redha dengan segala pemberian ALLAH, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kita memebawa kepada hati yang hasad dan tidak bersyukur kepada ALLAH.
2. Menghargai segala nikmat ALLAH adalah sesuatu perkara yang wajib. Manusia sering terlupa dengan anugerah yang telah dikurniakan kepadanya apabila dia melihat kepada nikmat ALLAH yang lebih besar kepada orang lain.
3. Mensyukuri nikmat tidak semestinya pada perkara-perkara yang besar dan istimewa, akan tetapi kita hendaklah sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmatNYA sekalipun kecil.
4. Menjadi suatu kebiasaan dan perangai kita, jika menerima statu nikmat yang besar kita bersyukur dengan penuh kegembiraan, akan tetapi bila diberikan nikmat yang kecil kita tidak merasa apa-apa, sedangkan PEMBERINYA tetap sama.
5. Orang yang memiliki mata hati yang celik, menerima anugerah nikmatNYA samaada kecil mahupun besar adalah sama, para salafussoleh, mereka setiap hari merasa gembira dan bersyukur sekalipun hidup sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak pernah merungut, kerana merasa bersyukur di atas apa yang ada berbanding dengan mereka yang tiada ada seperti mereka.
6. Manakala orang yang buta mata hatinya, sering merasa tidak cukup dengan apa yang ada dan mengeluh, suka melihat kepada mereka yang dianugerahkan lebih daripadanya, hingga mereka terlupa pada nikmat ALLAH yang sedang digunakannya, maka mereka inilah orang-orang yang dikatakan sebagai orang yang tidak bersyukur.
7. Ajarkanlah hati kita, bersyukur atas apa yang ada, jangan asyik melihat orang yang lebih atas daripada kita, jangan sampai DIA menarik apa yang sudah diberikan…kerana hamba yang bersyukur, ALLAH akan menambahkan nikmatNYA, dan jika sebaliknya ALLAH SWT berpesan di dalam kitabNYA bahawa azabNYA sangatlah pedih..
WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 606 ( 3 Perkara Yang ALLAH benci)
by Addawrah
عن المغيرة بن شعبة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إن الله كره لكم ثلاثا قيل وقال وإضاعة المال وكثرة السؤال
(رواه البخارى ومسلم)
Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH membenci kepada kamu tiga perkara : " Di katakan dan orang itu berkata", membuang harta dan banyak bertanya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Ulasan Hadis :
1. "Dikatakan dan orang itu berkata" : terlalu banyak membicarakan tentang pengkhabaran manusia dan menceritakan suatu yang tidak bermanfaat. "Membuang harta" : membelanjakan harta dengan cara yang tidak diluluskan oleh syariat. "Banyak bertanya" : Menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak diperlukan. (Syarah Sahih Muslim).
2. ALLAH SWT tidak menyukai orang yang sering bercakap tentang orang lain, lebih-lebih lagi memburukkannya, mengaibkan tentang dirinya serta bercerita perkara yang tiada memberi faedah apabila bercerita tentangnya, kita hendaklah bercerita tentang orang-orang yang baik lagi memberi semangat serta kesan di hati kita untuk beramal, apabila bercakap tentangnya, contohnya tentang para ANBIYA’, ULAMA’, Orang soleh, dan orang yang baik.
3. Membuang harta yang dimaksudkan oleh Nabi SAW, ialah mereka yang mengeluarkan harta, menggunakannya pada jalan yang salah seperti membazir, menggunakan hartanya pada perkara yang tidak halal.
4. Banyak bertanya juga termasuk di dalam perbuatan yang dibenci oleh ALLAH, jika ianya bertanya pada perkara yang sia-sia, perkara yang tidak memberi ilmu dan memperlihatkan kebodohan diri sendiri, manakala sikap bertanya yang digalakkan ialah, bertanya pada perkara ilmu, bertanya kerana tidak tahu akan perkara yang menjadi kemusykilan, dan jika tidak bertanya akan berpanjangan kejahilan.
5. Menjauhi perkara yang dibenci oleh ALLAH lebih susah dan berat daripada melaksanakan perkara yang dicintai oleh ALLAH. Justeru itu, kita sebagai hamba hendaklah memohon pertolonganNYA dalam setiap perbuatan kita untuk menjauhi laranganNYA serta melaksanakan segala perintahNYA. Hanya DIA sebaik-baik Penolong.

Mutiara Iman Edisi 605 ( Penyejuk Hati )
by Addawrah
وأقم الصلاة لذكرى
Firman ALLAH SWT: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKU”
(Surah Toha ayat 14)
Ulasan Ayat :
1. SOLAT merupakan program mengingati ALLAH. Solat juga merupakan munajat hamba terhadap ALLAH. Firman ALLAH SWT di atas membuktikan bahawa perintah solat bukan sahaja sempurna pada rukun dan syarat semata-mata, malah kita juga diperintahkan agar mengingatiNYA ketika solat.
2. Solat merupakan sistem penghubung diantara makhluk dan KHALIQ (PENCIPTA). Perbuatan solat yang di mulakan dari takbiratul Ihram dan di akhiri salam yang disertai dengan ingatan penuh kepada ALLAH akan menjadikan ianya penyejuk hati kita. Sepertimana NABI SAW menjadikan solat sebagai penyejuk hati Baginda.
3. Solat yang lalai (tanpa mengingati ALLAH) lahir daripada hati yang lalai ketika diluar program solat, kita boleh mengukur samada hati kita lalai ataupun tidak, ádalah melalui solat kita. Oleh itu, bagi mencapai tahap kekhusyukan yang tinggi ketika bersolat, kita hendaklah mendidik hati kita agar sentiasa beramal, berzikir, melaksanakan segala kebaikkan dan menjauhi laranganNYA, keluarkan segala sifat yang buruk, dan hiasi dengan sifat yang terpuji.
4. Solat yang paling baik ialah solat yang dapat dirasakan bahawa solat yang dilaksanakan ádalah solat yang terakhir kita di dunia, serta menyedari bahawa diri kita sedang berada di hadapan ALLAH, samada dirasakan bahawa ALLAH sedang melihatnya atau kita sedang melihat ALLAH.
5. Solat akan menjadi khusyuk apabila hati kita merasa khusyuk, dan apabila hati merasa khusyuk menghasilkan pergerakkan anggota turut khusyuk, khusyuk itu berpunca daripada jiwa yang benar-benar menghamba diri, merasa hina, penuh dosa terhadap ALLAH serta merasakan bahawa ALLAH MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.
6. Sedarilah, berpuluh tahun kita bersolat, tetapi mengapa kita masih tidak pernah merasakan kenikmatannya…hingga kita pernah merasa solat itu satu bebanan buat kita, sedangkan ianya adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Qiyamat nanti…

Mutiara Iman Edisi 604 ( Jangan Tunggu Lagi..)
by Addawrah
فقلت استغفر ربكم إنه كان غفّارا*يرسل السماء عليكم مدرارا*ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنّات ويجعل لكم أنهارا*
Firman ALLAH SWT: "Maka aku berkata kepada mereka, "Mohonlah ampunan kepada TUHAN-mu, sungguh, DIA Maha Pengampun. 11) Nescaya DIA akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,12) dan DIA Memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
(Surah Nuh ayat 10-12)
Ulasan Ayat :
1. Di dalam ayat ini ALLAH SWT telah menyarankan kepada kita agar beristigfar kepadaNYA(memohon keampunan).
2. Sepertimana yang termaktub di dalam ayat ini, dengan banyak beristigfar sebab bagi memperluaskan rezki, harta, serta akan dikurniakan zuriah.
3. Kita diminta untuk segera beristigfar bila telah melakukan dosa, dan beristigfar daripada melakukan dosa dengan bersungguh-sungguh bukan sambil lewa tanpa merasa apa-apa kesan dihati, dan kita perlu menyedari bahawa setiap istigfar yang kita minta perlu kepada istigfar yang lain kerana lalainya hati kita ketika memohon ampun daripadaNYA.
4. Orang yang bertaqwa, ialah orang yang sentiasa sedar apabila melakukan kesilapan dan dosa, mereka tidak akan betangguh-tangguh lagi, kerana dosa menyebabkan hati akan merasa resah, jiwa tidak akan tenang, dan menutup pintu-pintu kebahgiaan kepadaNYA.
5. Beristigfar tidak ada masa yang khusus, ianya tiada sebarang had masa, malah kita wajib beristigfar sebanyak yang mungkin, setiap masa dan waktu sepertimana NABI SAW, sentiasa melazimi istigfar, sedangkan Baginda merupakan insan yang tiada dosa. Maka tidakkah kita merasakan bahawa istigfar itu lebih wajib kepada kita yang terlalu banyak melakukan dosa…
6. Keresahan hati, kebuntuan fikiran, kelemahan dalam beramal, hati yang keras, rezki yang sempit, masalah yang menimpa semuanya berpunca daripada dosa kita yang masih tidak terampun, maka segeralah bertaubat dan beristigfar...

Subscribe to:
Posts (Atom)