يَرۡفَعِ
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ
وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (١١)
Firman ALLAH SWT bermaksud : “ ALLAH
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan
(ingatlah), ALLAH Maha mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (
Surah Al Mujadalah : 11)
ULASAN AYAT :
1. Ilmu
pengetahuan merupakan salah perkara yang terpenting yang amat berkesan dalam
kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
2. Islam,
menurut takrifnya yang sebenar, ialah Ad-Din, iaitu suatu sistem hidup yang
lengkap, menyeluruh, mencakupi seluruh kegiatan ibadat, ekonomi, kemasyarakatan
dan sebagainya.
3. Semua
kegiatan ini tidak akan bernilai dan sempurna di sisi Islam tanpa berasaskan
aqidah, syariah dan akhlak. Sama ada berbentuk spritual mahupun fizikal,
matlamat dan tumpuan akhirnya adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.
6. Seseorang
Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana
ketaqwaannya kepada ALLAH. Ianya bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan,
bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. ALLAH telah meletakkan orang yang
beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi.
7. Ilmu
sangat penting bagi manusia mencapai tujuan ia dijadikan oleh ALLAH iaitu untuk
mengabdikan diri kepada ALLAH. Tanpa ilmu adalah sukar bagi kita untuk mencapai
ketaqwaan yang sebenar kerana ilmu memainkan peranan penting dalam peningkatan
iman dan pendorong bagi seseorang itu untuk mengenal ALLAH dengan lebih dekat
lagi. Oleh itu,JOM RAMAI-RAMAI kita berusaha mencari ilmu dengan menghadiri
kuliah yang telah dirancangkan dan beramal, insyaALLAH, agar kita menjadi
dikalangan orang-orang yang tinggi disisi ALLAH.
Wallahua’lam
SIDDIQ AMANAH
TABLIGH FATHONAH
Thanks
to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn
Bhd
No comments:
Post a Comment