نَسُواْ
ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡۗ
Firman ALLAH SWT
bermaksud : “ Mereka lupa ALLAH dan
ALLAH juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka”
( Surah At Taubah : 67)
ULASAN AYAT :
1. Ingat, apabila kita lupa ALLAH, maka ALLAH akan lupa pada kita.
2. Orang yang melupakan ALLAH , dia juga akan lupa pada dirinya
sendiri, sehingga diri tidak terurus dengan hiasan keimanan dan ketaqwaan. Makna
ALLAH melupakannya ialah ALLAH tidak akan memperdulikan dan memberi perhatian
lagi kepada mereka yang tidak ingat padaNYA.
3. Perkara yang paling rugi dan tiada berguna apabila seseorang hamba
itu sudah tidak lagi dipedulikan oleh ALLAH. Dibiarkan dalam kegelapan,
kesalahan dan berdosa.
4. Sesungguhnya kelalaian
bukan punca kita akan dijauhkan oleh ALLAH SWT terus, bahkan jika kita segera
sedar dan terus berhadap diri pada ALLAH nescaya ianya merupakan langkah
permulaan yang sangat istimewa berbanding dengan mereka yang tidak lalai.
Nikmat mengingati ALLAH setelah lalai itu lebih dirasakan indah.
5. Kita wajib menyedari bahawa ALLAH SWT sebenarnya tidak pernah lupa
pada kita sekalipun kita bermaksiat dan lupa padaNYA. DIA masih lagi
mengurniakan nikmat-nikmatNYA yang tidak pernah berhenti. Namun kitalah yang
sering lupa dan tidak mahu mengingatiNYA. Kita ingat kepadaNYA apabila susah,
sesudah senang kita kembali lupa, inilah sifat manusia.
6. Sesungguhnya kita lupa ataupun ingat DIA tetap ingat dan sayang
pada hamba-hambaNYA. Justeru, tidak sedar dan tidak malu kah kita melupakan DIA
yang mengurniakan segala kesenangan hingga hari ini kita sentiasa dalam keadaan
yang selesa, malah lebih dahsyat lagi jika kita cuba melanggar perintahNYA, dan
berani berbuat sesuatu yang dilarangNYA.
7. Semoga kita semua menjadi dikalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa
mengingatiNYA pada setiap ketika agar kita sentiasa berhati-hati di dalam
melakukan sesuatu.
8. Oleh itu JANGAN MENYESAL sekiranya Allah s.w.t lupa pada kita.
Wallahua’lam
SIDDIQ AMANAH
TABLIGH FATHONAH
Thanks
to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn
Bhd
No comments:
Post a Comment