www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, August 18, 2009

Mutiara Iman Edisi 608 ( Kenapa Perempuan Ramai di Neraka??)

by Addawrah

وليضربنّ بخمرهنّ على جيوبهنّ ولايبدين زينتهنّ إلا لبعولتهنّ

Firman ALLAH SWT: "Dan hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka." (Surah An-Nur ayat 31)

Ulasan Ayat :
1. ISLAM telah mengangkat martabat perempuan daripada sehina-hina kedudukan KETIKA zaman jahiliyah hinggalah semulia-mulia darjat. ALLAH SWT telah menciptakan perempuan dengan seindah ciptaan. Rakaman di dalam kitab ALLAH SWT tentang wanita adalah khusus, berbanding lelaki.

2. Tetapi apa yang berlaku, wanita hari ini sudah tenggelam dalam nikmat keindahannya sendiri, hingga terlupa kepada kemulian yang telah diberikan, tidak menghargai keistimewaan yang ada hingga meruntuhkan harga dirinya sendiri. Keistimewaan itu adalah AURAT.
MARI KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH..MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..


3. Setiap perempuan wajib menutup kepalanya dengan tudung(tidak jarang)dan juga bahagian dada termasuk leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah seperti( pinggang, punggung, paha dan betis) daripada dilihat oleh semua orang yang bukan muhrim.

4. Menurut Hadis Rasullah SAW: "Ada dua golongan dikalangan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu;1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang iaitu (penguasa yang zalim) dan 2) Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi TELANJANG, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk Syurga serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan." (Riwayat Muslim)

5. Mereka dikatakan berpakaian tetapi telanjang kerana pakaian mereka tidak berfungsi menutup aurat, pakainya tipis, ketat sehingga menampakkan warna kulit dan bahagian tubuh yang menjadi fitnah.

6. Menurut Dr Yusuf Qardawi, yang dimaksudkan dengan perhiasan di dalam ayat ini ialah, apa saja yang dipakai untuk mencantikkan tubuh baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh. Ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make up atau sebagainya.
7. Semoga ilmu yang disampaikan membuahkan amal, amal yang dilaksanakan adalah IKHLAS kerana ALLAH…

8. Jika kita takutkan ALLAH dan cinta padaNYA, cinta pada RASULULLAH, kita tidak akan tergamak melakukan sesuatu yang melanggari syariahNYA, kita beramal bukan kerana makhluk tetapi kita menjunjung perintah kerana ALLAH.

WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 607 ( Menghargai Nikmat ALLAH)

Addawrah

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: انظروا إلى من أسفل منكم ولا تنظرواإلى من هو فوقكم فهو أجدر أن تزدروا
نعمة الله (رواه مسلم)


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda" Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memeperkecilkan nikmat ALLAH."
(Riwayat Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Melihat kepada orang yang lebih bawah daripada kita, akan membawa kepada hati yang senang dan redha dengan segala pemberian ALLAH, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kita memebawa kepada hati yang hasad dan tidak bersyukur kepada ALLAH.

2. Menghargai segala nikmat ALLAH adalah sesuatu perkara yang wajib. Manusia sering terlupa dengan anugerah yang telah dikurniakan kepadanya apabila dia melihat kepada nikmat ALLAH yang lebih besar kepada orang lain.

3. Mensyukuri nikmat tidak semestinya pada perkara-perkara yang besar dan istimewa, akan tetapi kita hendaklah sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmatNYA sekalipun kecil.

4. Menjadi suatu kebiasaan dan perangai kita, jika menerima statu nikmat yang besar kita bersyukur dengan penuh kegembiraan, akan tetapi bila diberikan nikmat yang kecil kita tidak merasa apa-apa, sedangkan PEMBERINYA tetap sama.

5. Orang yang memiliki mata hati yang celik, menerima anugerah nikmatNYA samaada kecil mahupun besar adalah sama, para salafussoleh, mereka setiap hari merasa gembira dan bersyukur sekalipun hidup sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak pernah merungut, kerana merasa bersyukur di atas apa yang ada berbanding dengan mereka yang tiada ada seperti mereka.

6. Manakala orang yang buta mata hatinya, sering merasa tidak cukup dengan apa yang ada dan mengeluh, suka melihat kepada mereka yang dianugerahkan lebih daripadanya, hingga mereka terlupa pada nikmat ALLAH yang sedang digunakannya, maka mereka inilah orang-orang yang dikatakan sebagai orang yang tidak bersyukur.

7. Ajarkanlah hati kita, bersyukur atas apa yang ada, jangan asyik melihat orang yang lebih atas daripada kita, jangan sampai DIA menarik apa yang sudah diberikan…kerana hamba yang bersyukur, ALLAH akan menambahkan nikmatNYA, dan jika sebaliknya ALLAH SWT berpesan di dalam kitabNYA bahawa azabNYA sangatlah pedih..

WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 606 ( 3 Perkara Yang ALLAH benci)

by Addawrah

عن المغيرة بن شعبة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إن الله كره لكم ثلاثا قيل وقال وإضاعة المال وكثرة السؤال
(رواه البخارى ومسلم)


Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH membenci kepada kamu tiga perkara : " Di katakan dan orang itu berkata", membuang harta dan banyak bertanya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. "Dikatakan dan orang itu berkata" : terlalu banyak membicarakan tentang pengkhabaran manusia dan menceritakan suatu yang tidak bermanfaat. "Membuang harta" : membelanjakan harta dengan cara yang tidak diluluskan oleh syariat. "Banyak bertanya" : Menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak diperlukan. (Syarah Sahih Muslim).

2. ALLAH SWT tidak menyukai orang yang sering bercakap tentang orang lain, lebih-lebih lagi memburukkannya, mengaibkan tentang dirinya serta bercerita perkara yang tiada memberi faedah apabila bercerita tentangnya, kita hendaklah bercerita tentang orang-orang yang baik lagi memberi semangat serta kesan di hati kita untuk beramal, apabila bercakap tentangnya, contohnya tentang para ANBIYA’, ULAMA’, Orang soleh, dan orang yang baik.

3. Membuang harta yang dimaksudkan oleh Nabi SAW, ialah mereka yang mengeluarkan harta, menggunakannya pada jalan yang salah seperti membazir, menggunakan hartanya pada perkara yang tidak halal.

4. Banyak bertanya juga termasuk di dalam perbuatan yang dibenci oleh ALLAH, jika ianya bertanya pada perkara yang sia-sia, perkara yang tidak memberi ilmu dan memperlihatkan kebodohan diri sendiri, manakala sikap bertanya yang digalakkan ialah, bertanya pada perkara ilmu, bertanya kerana tidak tahu akan perkara yang menjadi kemusykilan, dan jika tidak bertanya akan berpanjangan kejahilan.

5. Menjauhi perkara yang dibenci oleh ALLAH lebih susah dan berat daripada melaksanakan perkara yang dicintai oleh ALLAH. Justeru itu, kita sebagai hamba hendaklah memohon pertolonganNYA dalam setiap perbuatan kita untuk menjauhi laranganNYA serta melaksanakan segala perintahNYA. Hanya DIA sebaik-baik Penolong.

WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 605 ( Penyejuk Hati )

by Addawrah

وأقم الصلاة لذكرى


Firman ALLAH SWT: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKU”
(Surah Toha ayat 14)

Ulasan Ayat :

1. SOLAT merupakan program mengingati ALLAH. Solat juga merupakan munajat hamba terhadap ALLAH. Firman ALLAH SWT di atas membuktikan bahawa perintah solat bukan sahaja sempurna pada rukun dan syarat semata-mata, malah kita juga diperintahkan agar mengingatiNYA ketika solat.

2. Solat merupakan sistem penghubung diantara makhluk dan KHALIQ (PENCIPTA). Perbuatan solat yang di mulakan dari takbiratul Ihram dan di akhiri salam yang disertai dengan ingatan penuh kepada ALLAH akan menjadikan ianya penyejuk hati kita. Sepertimana NABI SAW menjadikan solat sebagai penyejuk hati Baginda.

3. Solat yang lalai (tanpa mengingati ALLAH) lahir daripada hati yang lalai ketika diluar program solat, kita boleh mengukur samada hati kita lalai ataupun tidak, ádalah melalui solat kita. Oleh itu, bagi mencapai tahap kekhusyukan yang tinggi ketika bersolat, kita hendaklah mendidik hati kita agar sentiasa beramal, berzikir, melaksanakan segala kebaikkan dan menjauhi laranganNYA, keluarkan segala sifat yang buruk, dan hiasi dengan sifat yang terpuji.

4. Solat yang paling baik ialah solat yang dapat dirasakan bahawa solat yang dilaksanakan ádalah solat yang terakhir kita di dunia, serta menyedari bahawa diri kita sedang berada di hadapan ALLAH, samada dirasakan bahawa ALLAH sedang melihatnya atau kita sedang melihat ALLAH.

5. Solat akan menjadi khusyuk apabila hati kita merasa khusyuk, dan apabila hati merasa khusyuk menghasilkan pergerakkan anggota turut khusyuk, khusyuk itu berpunca daripada jiwa yang benar-benar menghamba diri, merasa hina, penuh dosa terhadap ALLAH serta merasakan bahawa ALLAH MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.

6. Sedarilah, berpuluh tahun kita bersolat, tetapi mengapa kita masih tidak pernah merasakan kenikmatannya…hingga kita pernah merasa solat itu satu bebanan buat kita, sedangkan ianya adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Qiyamat nanti…

WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 604 ( Jangan Tunggu Lagi..)

by Addawrah

فقلت استغفر ربكم إنه كان غفّارا*يرسل السماء عليكم مدرارا*ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنّات ويجعل لكم أنهارا*

Firman ALLAH SWT: "Maka aku berkata kepada mereka, "Mohonlah ampunan kepada TUHAN-mu, sungguh, DIA Maha Pengampun. 11) Nescaya DIA akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,12) dan DIA Memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
(Surah Nuh ayat 10-12)


Ulasan Ayat :
1. Di dalam ayat ini ALLAH SWT telah menyarankan kepada kita agar beristigfar kepadaNYA(memohon keampunan).
2. Sepertimana yang termaktub di dalam ayat ini, dengan banyak beristigfar sebab bagi memperluaskan rezki, harta, serta akan dikurniakan zuriah.
3. Kita diminta untuk segera beristigfar bila telah melakukan dosa, dan beristigfar daripada melakukan dosa dengan bersungguh-sungguh bukan sambil lewa tanpa merasa apa-apa kesan dihati, dan kita perlu menyedari bahawa setiap istigfar yang kita minta perlu kepada istigfar yang lain kerana lalainya hati kita ketika memohon ampun daripadaNYA.
4. Orang yang bertaqwa, ialah orang yang sentiasa sedar apabila melakukan kesilapan dan dosa, mereka tidak akan betangguh-tangguh lagi, kerana dosa menyebabkan hati akan merasa resah, jiwa tidak akan tenang, dan menutup pintu-pintu kebahgiaan kepadaNYA.
5. Beristigfar tidak ada masa yang khusus, ianya tiada sebarang had masa, malah kita wajib beristigfar sebanyak yang mungkin, setiap masa dan waktu sepertimana NABI SAW, sentiasa melazimi istigfar, sedangkan Baginda merupakan insan yang tiada dosa. Maka tidakkah kita merasakan bahawa istigfar itu lebih wajib kepada kita yang terlalu banyak melakukan dosa…
6. Keresahan hati, kebuntuan fikiran, kelemahan dalam beramal, hati yang keras, rezki yang sempit, masalah yang menimpa semuanya berpunca daripada dosa kita yang masih tidak terampun, maka segeralah bertaubat dan beristigfar...

WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 603 (Jangan Putus Asa)

by Addawrah

لا تقنطوا من رحمة الله

Firman ALLAH SWT: “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH” (Surah Az-Zumar ayat 53)

Ulasan Ayat :

1. Di dalam ayat ini ALLAH SWT telah melarang hamba-hambaNYA berputus asa daripada rahmatNYA.

2. Sesungguhnya RAHMAT ALLAH itu amat luas, malah terdapat di dalam riwayat hadis Qudsi, ALLAH SWT berfirman: “RahmatKU mengatasi murkaKU”. Sekalipun dosa lebih banyak daripada kebaikkan yang dilakukan hamba, jika tidak berputus daripada rahmatNYA, maka pasti rahmatNYA akan menyelubungi hamba, hingga lenyaplah segala kemurkaan ALLAH.

3. Kita diminta oleh ALLAH SWT agar tidak berputus asa (tidak putus berharap dengan ALLAH) di dalam keadaan apa sekalipun.

4. Putus asa merupakan sifat orang yang lemah, tidak memiliki kekuatan hati, dan sering menyandarkan segala sesuatu pada diri dan makhluk, bukan pada ALLAH.

5. Sebagai seorang hamba kita hendaklah membulatkan hati bahawa segala pengharapan, pergantungan dan sandaran itu hanya kepada ALLAH dan kembali padaNYA.

6. Manusia sering berputus asa ádalah kerana meletakkan urusan kepada diri tidak kepada yang selayaknya, sedangkan apa yang lahir daripada diri kita sendiri tanpa di sandarkan pada ALLAH pasti akan memperlihatkan kekerdilan dan kelemahan diri kita sendiri.

7. Kita semua pernah diuji dengan berbagai-bagai musibah, ujian sakit, keluarga, kerja, dan kehidupan, janganlah kita merungut dan berputus asa dari Rahmat ALLAH yang sentiasa menyambar hamba-hambaNYA yang setia dan redha dengan dugaanNYA, maka merekalah orang-orang yang mulia disisi ALLAH.

WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 601 ( Doa Mendengar Orang Bersin)

By Addawrah
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلىّ الله عليه وسلم قال: إذا عطس أحدكم فليقل : الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله، فإذا قال له :يرحمك الله، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكم
(رواه البخارى)


Daripada Abu hurairah RA, Nabi SAW bersabda: " Apabila seseorang daripada kamu bersin, hendaklah ia berkata : " Segala puji hanya bagi ALLAH." Manakala saudara atau sahabatnya hendaklah berkata: "Semoga ALLAH merahmati kamu." Apabila dikatakan kepadanya:"Semoga ALLAH merahmati kamu." Maka hendaklah ia berkata : "Semoga ALLAH memeberi hidayat kepada kamu dan menegelokkan keadaan kamu." (Riwayat Al-Bukhori)
Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW telah mengajarkan kepada ummatnya tentang adab ketika bersin dan doa-doanya ketika mendengar orang yang bersin dan menjawabnya.
2. Mendoakan orang yang bersin merupakan hak yang perlu kita berikan kepadanya kerana ianya merupakan hak sesama orang Islam yang MESTI kita tunaikan.
3. Bersin merupakan suatu perkara yang baik, kerana ianya ádalah perkara yang disukai oleh ALLAH, dan lawannya ádalah menguap dan ianya ádalah perkara yang dibenci oleh ALLAH, kerana menguap itu perbuatan syaitan.
4. Kita hendaklah bersyukur mengucapkan ALHAMDULILLAH, dan merasakan bahawa bersin itu ádalah satu nikmat daripada ALLAH, sepertimana yang kita ketahui bahawa apabila kita bersin ianya menjadikan kita merasa segar dan bebas daripada penyakit dan kelesuan, manakala apabila kita menguap hendaklah kita minta perlindugan ALLAH daripada syaitan kerana ianya melesukan badan dan melemahkan kita.
5. Mari sama-sama kita amalkan ajaran dan sunnah Rasulullah di saat sunnahnya sudah tidak lagi dihiraukan…maka kitalah penghidup sunnah Baginda SAW……

WALLAHU’ALAM.