by Addawrah
عن المغيرة بن شعبة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إن الله كره لكم ثلاثا قيل وقال وإضاعة المال وكثرة السؤال
(رواه البخارى ومسلم)
Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH membenci kepada kamu tiga perkara : " Di katakan dan orang itu berkata", membuang harta dan banyak bertanya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Ulasan Hadis :
1. "Dikatakan dan orang itu berkata" : terlalu banyak membicarakan tentang pengkhabaran manusia dan menceritakan suatu yang tidak bermanfaat. "Membuang harta" : membelanjakan harta dengan cara yang tidak diluluskan oleh syariat. "Banyak bertanya" : Menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak diperlukan. (Syarah Sahih Muslim).
2. ALLAH SWT tidak menyukai orang yang sering bercakap tentang orang lain, lebih-lebih lagi memburukkannya, mengaibkan tentang dirinya serta bercerita perkara yang tiada memberi faedah apabila bercerita tentangnya, kita hendaklah bercerita tentang orang-orang yang baik lagi memberi semangat serta kesan di hati kita untuk beramal, apabila bercakap tentangnya, contohnya tentang para ANBIYA’, ULAMA’, Orang soleh, dan orang yang baik.
3. Membuang harta yang dimaksudkan oleh Nabi SAW, ialah mereka yang mengeluarkan harta, menggunakannya pada jalan yang salah seperti membazir, menggunakan hartanya pada perkara yang tidak halal.
4. Banyak bertanya juga termasuk di dalam perbuatan yang dibenci oleh ALLAH, jika ianya bertanya pada perkara yang sia-sia, perkara yang tidak memberi ilmu dan memperlihatkan kebodohan diri sendiri, manakala sikap bertanya yang digalakkan ialah, bertanya pada perkara ilmu, bertanya kerana tidak tahu akan perkara yang menjadi kemusykilan, dan jika tidak bertanya akan berpanjangan kejahilan.
5. Menjauhi perkara yang dibenci oleh ALLAH lebih susah dan berat daripada melaksanakan perkara yang dicintai oleh ALLAH. Justeru itu, kita sebagai hamba hendaklah memohon pertolonganNYA dalam setiap perbuatan kita untuk menjauhi laranganNYA serta melaksanakan segala perintahNYA. Hanya DIA sebaik-baik Penolong.
WALLAHU’ALAM.
www.mata-utara.blogspot.com
Page views
Tuesday, August 18, 2009
Mutiara Iman Edisi 605 ( Penyejuk Hati )
by Addawrah
وأقم الصلاة لذكرى
Firman ALLAH SWT: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKU”
(Surah Toha ayat 14)
Ulasan Ayat :
1. SOLAT merupakan program mengingati ALLAH. Solat juga merupakan munajat hamba terhadap ALLAH. Firman ALLAH SWT di atas membuktikan bahawa perintah solat bukan sahaja sempurna pada rukun dan syarat semata-mata, malah kita juga diperintahkan agar mengingatiNYA ketika solat.
2. Solat merupakan sistem penghubung diantara makhluk dan KHALIQ (PENCIPTA). Perbuatan solat yang di mulakan dari takbiratul Ihram dan di akhiri salam yang disertai dengan ingatan penuh kepada ALLAH akan menjadikan ianya penyejuk hati kita. Sepertimana NABI SAW menjadikan solat sebagai penyejuk hati Baginda.
3. Solat yang lalai (tanpa mengingati ALLAH) lahir daripada hati yang lalai ketika diluar program solat, kita boleh mengukur samada hati kita lalai ataupun tidak, ádalah melalui solat kita. Oleh itu, bagi mencapai tahap kekhusyukan yang tinggi ketika bersolat, kita hendaklah mendidik hati kita agar sentiasa beramal, berzikir, melaksanakan segala kebaikkan dan menjauhi laranganNYA, keluarkan segala sifat yang buruk, dan hiasi dengan sifat yang terpuji.
4. Solat yang paling baik ialah solat yang dapat dirasakan bahawa solat yang dilaksanakan ádalah solat yang terakhir kita di dunia, serta menyedari bahawa diri kita sedang berada di hadapan ALLAH, samada dirasakan bahawa ALLAH sedang melihatnya atau kita sedang melihat ALLAH.
5. Solat akan menjadi khusyuk apabila hati kita merasa khusyuk, dan apabila hati merasa khusyuk menghasilkan pergerakkan anggota turut khusyuk, khusyuk itu berpunca daripada jiwa yang benar-benar menghamba diri, merasa hina, penuh dosa terhadap ALLAH serta merasakan bahawa ALLAH MAHA AGUNG dan MAHA BERKUASA terhadap segala sesuatu.
6. Sedarilah, berpuluh tahun kita bersolat, tetapi mengapa kita masih tidak pernah merasakan kenikmatannya…hingga kita pernah merasa solat itu satu bebanan buat kita, sedangkan ianya adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Qiyamat nanti…

Mutiara Iman Edisi 604 ( Jangan Tunggu Lagi..)
by Addawrah
فقلت استغفر ربكم إنه كان غفّارا*يرسل السماء عليكم مدرارا*ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنّات ويجعل لكم أنهارا*
Firman ALLAH SWT: "Maka aku berkata kepada mereka, "Mohonlah ampunan kepada TUHAN-mu, sungguh, DIA Maha Pengampun. 11) Nescaya DIA akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,12) dan DIA Memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
(Surah Nuh ayat 10-12)
Ulasan Ayat :
1. Di dalam ayat ini ALLAH SWT telah menyarankan kepada kita agar beristigfar kepadaNYA(memohon keampunan).
2. Sepertimana yang termaktub di dalam ayat ini, dengan banyak beristigfar sebab bagi memperluaskan rezki, harta, serta akan dikurniakan zuriah.
3. Kita diminta untuk segera beristigfar bila telah melakukan dosa, dan beristigfar daripada melakukan dosa dengan bersungguh-sungguh bukan sambil lewa tanpa merasa apa-apa kesan dihati, dan kita perlu menyedari bahawa setiap istigfar yang kita minta perlu kepada istigfar yang lain kerana lalainya hati kita ketika memohon ampun daripadaNYA.
4. Orang yang bertaqwa, ialah orang yang sentiasa sedar apabila melakukan kesilapan dan dosa, mereka tidak akan betangguh-tangguh lagi, kerana dosa menyebabkan hati akan merasa resah, jiwa tidak akan tenang, dan menutup pintu-pintu kebahgiaan kepadaNYA.
5. Beristigfar tidak ada masa yang khusus, ianya tiada sebarang had masa, malah kita wajib beristigfar sebanyak yang mungkin, setiap masa dan waktu sepertimana NABI SAW, sentiasa melazimi istigfar, sedangkan Baginda merupakan insan yang tiada dosa. Maka tidakkah kita merasakan bahawa istigfar itu lebih wajib kepada kita yang terlalu banyak melakukan dosa…
6. Keresahan hati, kebuntuan fikiran, kelemahan dalam beramal, hati yang keras, rezki yang sempit, masalah yang menimpa semuanya berpunca daripada dosa kita yang masih tidak terampun, maka segeralah bertaubat dan beristigfar...

Mutiara Iman Edisi 603 (Jangan Putus Asa)
by Addawrah
لا تقنطوا من رحمة الله
Firman ALLAH SWT: “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH” (Surah Az-Zumar ayat 53)
Ulasan Ayat :
1. Di dalam ayat ini ALLAH SWT telah melarang hamba-hambaNYA berputus asa daripada rahmatNYA.
2. Sesungguhnya RAHMAT ALLAH itu amat luas, malah terdapat di dalam riwayat hadis Qudsi, ALLAH SWT berfirman: “RahmatKU mengatasi murkaKU”. Sekalipun dosa lebih banyak daripada kebaikkan yang dilakukan hamba, jika tidak berputus daripada rahmatNYA, maka pasti rahmatNYA akan menyelubungi hamba, hingga lenyaplah segala kemurkaan ALLAH.
3. Kita diminta oleh ALLAH SWT agar tidak berputus asa (tidak putus berharap dengan ALLAH) di dalam keadaan apa sekalipun.
4. Putus asa merupakan sifat orang yang lemah, tidak memiliki kekuatan hati, dan sering menyandarkan segala sesuatu pada diri dan makhluk, bukan pada ALLAH.
5. Sebagai seorang hamba kita hendaklah membulatkan hati bahawa segala pengharapan, pergantungan dan sandaran itu hanya kepada ALLAH dan kembali padaNYA.
6. Manusia sering berputus asa ádalah kerana meletakkan urusan kepada diri tidak kepada yang selayaknya, sedangkan apa yang lahir daripada diri kita sendiri tanpa di sandarkan pada ALLAH pasti akan memperlihatkan kekerdilan dan kelemahan diri kita sendiri.
7. Kita semua pernah diuji dengan berbagai-bagai musibah, ujian sakit, keluarga, kerja, dan kehidupan, janganlah kita merungut dan berputus asa dari Rahmat ALLAH yang sentiasa menyambar hamba-hambaNYA yang setia dan redha dengan dugaanNYA, maka merekalah orang-orang yang mulia disisi ALLAH.

Mutiara Iman Edisi 601 ( Doa Mendengar Orang Bersin)
By Addawrah
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلىّ الله عليه وسلم قال: إذا عطس أحدكم فليقل : الحمد لله، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله، فإذا قال له :يرحمك الله، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكم
(رواه البخارى)
Daripada Abu hurairah RA, Nabi SAW bersabda: " Apabila seseorang daripada kamu bersin, hendaklah ia berkata : " Segala puji hanya bagi ALLAH." Manakala saudara atau sahabatnya hendaklah berkata: "Semoga ALLAH merahmati kamu." Apabila dikatakan kepadanya:"Semoga ALLAH merahmati kamu." Maka hendaklah ia berkata : "Semoga ALLAH memeberi hidayat kepada kamu dan menegelokkan keadaan kamu." (Riwayat Al-Bukhori)
Ulasan Hadis :
1. Di dalam hadis ini Nabi SAW telah mengajarkan kepada ummatnya tentang adab ketika bersin dan doa-doanya ketika mendengar orang yang bersin dan menjawabnya.
2. Mendoakan orang yang bersin merupakan hak yang perlu kita berikan kepadanya kerana ianya merupakan hak sesama orang Islam yang MESTI kita tunaikan.
3. Bersin merupakan suatu perkara yang baik, kerana ianya ádalah perkara yang disukai oleh ALLAH, dan lawannya ádalah menguap dan ianya ádalah perkara yang dibenci oleh ALLAH, kerana menguap itu perbuatan syaitan.
4. Kita hendaklah bersyukur mengucapkan ALHAMDULILLAH, dan merasakan bahawa bersin itu ádalah satu nikmat daripada ALLAH, sepertimana yang kita ketahui bahawa apabila kita bersin ianya menjadikan kita merasa segar dan bebas daripada penyakit dan kelesuan, manakala apabila kita menguap hendaklah kita minta perlindugan ALLAH daripada syaitan kerana ianya melesukan badan dan melemahkan kita.
5. Mari sama-sama kita amalkan ajaran dan sunnah Rasulullah di saat sunnahnya sudah tidak lagi dihiraukan…maka kitalah penghidup sunnah Baginda SAW……

I'm Back...!!!!
Alhamdulillah akhirnya dapat saya kembali bersama menyampaikan dakwah setelah diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH.. Alhamdulillah..
Thursday, July 23, 2009
Malam Pertama Itu REALITI atau FANTASI ?
by GieGie
Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Benarkah begitu minda insan atau sekadar fantasi !
Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang saya umur di antara 35 tahun ke 45 tahun sebagai seorang kelelakian normal, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka! Alhamdulillah, dikalangan kita ramai telah berkahwin pada tarikh-tarikh bersejarah masing-masing dan merasai nikmat malam pertama perkahwinan! ! Kepada yang BUJANG dan SUNTI, saya doakan semoga bertemu jodoh yang baik.
Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan? Baru-baru ini PKI menghadiahkan sebuah kitab berunsur "penghayatan tazkiyyah nafsi" bertajuk MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR. Sudahkah kita membacanya atau sekadar menjadi bahan pameran dan koleksi di meja masing-masing atau tersimpan indah di almari jati rumah? Bacalah mudah-mudahan, itulah satu-satunya jalan petunjuk, yang akhirnya Allah SWT mencampak HIDAYAH-NYA kepada kita semua.
Malam inilah yang menjadi isi kandungan tazkirah saya. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
“Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”
"
WALLAHU A'LAM

Subscribe to:
Posts (Atom)