www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Thursday, April 24, 2014

Khasiat Bismillah 7

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 
 
 
.
“Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy Sya-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was Sa-Mii-’ul ‘A-liim.”
.
.

Fadhilat Bismillah 7

.
1. Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.
.
2. Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
.
3. Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.
.
4. Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
.
5. Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.
.
6. Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.
.
7. Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
.
8. Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.
.
9. Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.
.
.
.
.

Kesan Sampingan ‘Bismillah 7’

.
Selain khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;
.
  1. Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.
  2. Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
  3. Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.
.
.
.

Amalan Bismillah 7

.
Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan Allah Ta’ala jua.
 
 
Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat, InsyaAllah.. AMIN!
 
 
Share Yang dicopy Paste dari blog seorang sahabat http://shafiqolbu.wordpress.com

MUTIARA IMAN EDITION: 1663 : Character Of A Muslim


 

 

لَّقَد كَانَ لَكُم فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرجُواْ ٱللَّهَ وَٱليَومَ ٱلأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

 

The Holy Quraan states: "Surely there is for you the best example in the Messenger of Allah (Muhammad Sallallahu-Alayhi-Wasallam), for whoever seeks the pleasure of Allah and the Last Day, and remembers Allah often (much)."        (Surah Al-Ahzaab:21)

 

SUMMARY OF QURANIC VERSE:

1.    Good conduct and noble characters are the most valuable and precious assets of any human society. They are the treasures of pride for any individual. They build nations and make them imitable among others. No human society can be humane without them. People of high character and good conduct are high in any society.

2.    We all know that our Prophet Muhammad SAW was the Final Prophet. He completed the principles of Islamic beliefs and teachings. He also came to accomplish the principles of noble characters and human values, as he was stated to say: "I am sent in my mission to accomplish the principles of noble characters."

3.    Our Prophet Muhammad SAW as a teacher of the best and highest conduct and characters, was himself an embodiment of all noble qualities and values. The whole of Makkah had witnessed his noble characters for forty years before he received revelations, and called him Al-Ameen. Friends and foes nobody could dispute his sublime characters.

4.    If all people could adopt this highly principled character, the enmity, antagonism, envy and bloody confrontations would diminish from the human society. The person possessing this character is reconciliatory, even joining with those who break with him. He is compassionate, even to those who seek to harm him. He is forbearing, even towards those who wrong him. This is the principle of ethics for the Muslim Ummah.
 
Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH
 
Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Tuesday, April 22, 2014

Khasiat Bismillah 6

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 
 
.
Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.
.

Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.
.
.

Fadhilat Bismillah 6

.
Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah Enam’ ;
  1. Penerang hati.
  2. Meluaskan rezeki.
  3. Air laut boleh menjadi tawar.
  4. Terselamat dari karam di laut.
  5. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  6. Menghindari dari segala penyakit.
  7. Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
  8. Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
  9. Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
  10. Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
  11. Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  12. Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  13. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
  14. Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
  16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
  17. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
  18. Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
  19. Terselamat daripada binatang buas.
  20. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
  21. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  22. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  23. Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  24. Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
.
.

Kaedah Merawat

.
Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
  3. Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
  4. Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
  5. Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
  6. Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
  7. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.
.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
.
Amalkanlah ‘Bismillah Enam’ ini kerana ianya menjadi penawar segala jenis racun dan tidak memberi mudharat kepada pengamalnya jika terminum kerana gelas yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya. InsyaAllah.
Selamat beramal…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Share Yang dicopy Paste dari blog seorang sahabat http://shafiqolbu.wordpress.com

MUTIARA IMAN EDISI: 1662: Jom Ramai-ramai


 

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (١١)

 

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), ALLAH Maha mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. ( Surah Al Mujadalah : 11)

 

 

ULASAN AYAT :

 

1.    Ilmu pengetahuan merupakan salah perkara yang terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat.  

2.    Islam, menurut takrifnya yang sebenar, ialah Ad-Din, iaitu suatu sistem hidup yang lengkap, menyeluruh, mencakupi seluruh kegiatan ibadat, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya. 

3.    Semua kegiatan ini tidak akan bernilai dan sempurna di sisi Islam tanpa berasaskan aqidah, syariah dan akhlak. Sama ada berbentuk spritual mahupun fizikal, matlamat dan tumpuan akhirnya adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.

 4.    Oleh itu, bagi mencapai kebahagian yang sebenar sama ada di dunia mahupun di akhirat, Islam telah menjadikan ilmu pengetahuan sebagai alat dan penggerak utamanya. Ilmu diangkat ke tahap yang paling tinggi di antara urusan hidup manusia. Tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan tersebut akan menemui kegagalan dan tidak akan sampai kepada matlamatnya yang sebenar, iaitu keredhaan ALLAH.
 
 5.    Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan alat bagi mencapai tahap keimanan yang sempurna dan kayu ukur kepada ketaqwaan seseorang terhadap Penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi dalam diri kita.
 
6.    Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada ALLAH. Ianya bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. ALLAH telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi.
 
7.    Ilmu sangat penting bagi manusia mencapai tujuan ia dijadikan oleh ALLAH iaitu untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. Tanpa ilmu adalah sukar bagi kita untuk mencapai ketaqwaan yang sebenar kerana ilmu memainkan peranan penting dalam peningkatan iman dan pendorong bagi seseorang itu untuk mengenal ALLAH dengan lebih dekat lagi. Oleh itu,JOM RAMAI-RAMAI kita berusaha mencari ilmu dengan menghadiri kuliah yang telah dirancangkan dan beramal, insyaALLAH, agar kita menjadi dikalangan orang-orang yang tinggi disisi ALLAH.
 
Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH
 
 
Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Monday, April 21, 2014

MUTIARA IMAN: Nanti Menyesal


 

نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡ‌ۗ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “  Mereka lupa ALLAH dan ALLAH juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka”

 ( Surah At Taubah : 67)

 

 

ULASAN AYAT :

 

1.  Ingat, apabila kita lupa ALLAH, maka ALLAH akan lupa pada kita.

2.  Orang yang melupakan ALLAH , dia juga akan lupa pada dirinya sendiri, sehingga diri tidak terurus dengan hiasan keimanan dan ketaqwaan. Makna ALLAH melupakannya ialah ALLAH tidak akan memperdulikan dan memberi perhatian lagi kepada mereka yang tidak ingat padaNYA.

3.  Perkara yang paling rugi dan tiada berguna apabila seseorang hamba itu sudah tidak lagi dipedulikan oleh ALLAH. Dibiarkan dalam kegelapan, kesalahan dan berdosa.

4.  Sesungguhnya  kelalaian bukan punca kita akan dijauhkan oleh ALLAH SWT terus, bahkan jika kita segera sedar dan terus berhadap diri pada ALLAH nescaya ianya merupakan langkah permulaan yang sangat istimewa berbanding dengan mereka yang tidak lalai. Nikmat mengingati ALLAH setelah lalai itu lebih dirasakan indah.

5.  Kita wajib menyedari bahawa ALLAH SWT sebenarnya tidak pernah lupa pada kita sekalipun kita bermaksiat dan lupa padaNYA. DIA masih lagi mengurniakan nikmat-nikmatNYA yang tidak pernah berhenti. Namun kitalah yang sering lupa dan tidak mahu mengingatiNYA. Kita ingat kepadaNYA apabila susah, sesudah senang kita kembali lupa, inilah sifat manusia.

6.  Sesungguhnya kita lupa ataupun ingat DIA tetap ingat dan sayang pada hamba-hambaNYA. Justeru, tidak sedar dan tidak malu kah kita melupakan DIA yang mengurniakan segala kesenangan hingga hari ini kita sentiasa dalam keadaan yang selesa, malah lebih dahsyat lagi jika kita cuba melanggar perintahNYA, dan berani berbuat sesuatu yang dilarangNYA. 

7.  Semoga kita semua menjadi dikalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa mengingatiNYA pada setiap ketika agar kita sentiasa berhati-hati di dalam melakukan sesuatu.   

8.  Oleh itu JANGAN MENYESAL sekiranya Allah s.w.t lupa pada kita.

Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH
 

Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd

Khasiat Bismillah 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 
 
 
.
“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.

Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.

Amalan Bismillah 5

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 
Share Yang dicopy Paste dari blog seorang sahabat http://shafiqolbu.wordpress.com

MUTIARA IMAN EDISI: 1660 - Nak Yang Lebih Baik?

قُلۡ مَتَـٰعُ ٱلدُّنۡيَا قَلِيلٌ۬ وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظۡلَمُونَ فَتِيلاً (٧٧)


Firman ALLAH SWT Bermaksud : “ Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. “ (Surah An Nisa’ : 77)


ULASAN AYAT :
1) Dalam mengharungi perjalanan hidup kita ke Akhirat, kita mesti banyak berwaspada dan bersikap berhati-hati, kerana kehidupan di dunia inilah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak.

2) Untuk mencetus sikap berwaspada ini, kita perlu sentiasa bermuhasabah secara berpanjangan. Kita hendaklah sentiasa memikirkan tentang kehidupan kita yang akan kita tempuhi. Kita perlu memikirkan apakah kita akan tinggal di Syurga atau di neraka selama-lamanya? Sesungguhnya perjalanan kita di dunia bagi menjalani kehidupan kita di akhirat lebih dahsyat dan berat daripada kita berada di pergunungan atau hutan yang mempunyai binatang buas.

3) Adapun orang yang bakal menempuh alam akhirat jika tanpa bekal maka risikonya ialah bukan hanya mati tetapi akan menjadi penghuni neraka selamanya. NAUZUBILLAH.

4) Beruntunglah bagi sesiapa yang beramal soleh, berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan. Apabila mati sudah tentu kehidupan baik bakal diterima kelak.

5) Setelah mati, kita tidak mempunyai pilihan lagi, kecuali syurga atau neraka. Oleh kerana itu, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa pilihan kita sepertimana yang kita harapkan.

6) Sesungguhnya orang yang kehidupannya dipenuhi dengan dosa ataupun kebaikan pasti akan menemui kematian. Orang yang tidak melakukan kebaikan dan tidak bertaubat atau yang bertaubat akan menempuh kematian, sesiapa tidak boleh lari. 

7) Kita tidak boleh merasa senang hati dan gembira tanpa sebarang persiapan dan bekalan dari detik ini. Kesedaran tentang kematian pada bila-bila masa akan menjadikan hati kita sentiasa sedar daripada kelalaian dunia dan menjadikan kita akan sentiasa bersegera dalam melakukan amal ketaatan dan segera meninggalkan kemaksiatan dan dosa.

8) Oleh itu jika sekiranya NAK YANG LEBIH BAIK, maka pilihlah akhirat.


Wallahua’lam
SIDDIQ  AMANAH  TABLIGH  FATHONAH

Thanks to Ustaz WAN MOHD NAZMAN WAN MAHMUD of Syariah Compliance | Takaful Ikhlas Sdn Bhd