www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Friday, May 8, 2009

MUTIARA IMAN:(EDISI 568) PERKARA PALING DIBENCI

عن عائشة رضى الله عنها عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إن أبغض الرجال إلى الله الألدّ الخصم
رواه البخارى ومسلم


Daripada Aisyah RH, Nabi SAW bersabda: “Insan yang paling dibenci oleh ALLAH ialah orang yang amat keras permusuhan”.
(Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :

1. Rasulullah SAW merupakan insan yang memiliki himpunan kata-kata yang tepat dan padat, serta baginda mempunyai firasat yang kuat, maka daripada hadis di atas ini, melalui pengetahuan yang luar biasa bahawa akan datang satu zaman di mana permusuhan dikalangan manusia semakin berleluasa, baginda berpesan kepada kita, bahawa permusuhan adalah perkara yang dibenci oleh ALLAH.

2. Permusuhan dalam Islam adalah sangat tercela, ianya adalah sikap dan tabiat musuh-musuh ALLAH. Alangkah tidak sewajarnya orang-orang yang Islam memipunyai sifat sukakan permusuhan, kerana daripada permusuhan akan lahir perbalahan dan pepecahan, ketika ini hancurlah perpaduan dan kesatuan hati dan roh umat Islam. NAUZUBILLAH.

3. Punca-punca berlakunya permusuhan adalah disebabkan kurangnya ilmu dan rasa cinta terhadap agama Islam yang dibawa oleh RASULULLAH. Seandainya di hati kita merasakan bahawa Islam adalah kesejahteraan, kebaikkan, keselamatan, agama yang penuh dengan keindahan terhadap penganutnya, dan mengalir cinta kita terhadap NABI SAW pembawa agama Islam yang sentiasa mengajarkan erti pengamalan Islam, kita tidak mampu untuk berbuat lebih kurang apalagi mencetuskan permusuhan.

4. Adat di dalam senario kehidupan, bahawa kita pasti tidak dapat hindari masalah persengketaan, lebih-lebih lagi terhadap rakan yang terdekat, kerana selalu bersama, pasti wujud ketidakserasian pada sesuatu perkara, akan tetapi ianya tidak akan tergugah sedikitpun jika saling mempunyai sifat pemaaf, persefahaman, dan kasihkan ia kerana ALLAH.

5. Keberkatan akan hilang jika sekiranya di dalam suatu tempat terdapat permusuhan, malah terdapat hadis RASULULLAH SAW yang menyatakan, bahawa barangsiapa yang tidak bertegur sapa kepada saudaranya selama 3 hari, maka ianya dihukumkan sebagai kafir.NAUZUBILLAH.

6. Berjaga-jagalah kita semua daripada permusuhan, mengapa perlu bermusuhan, bermasam muka, tersinggung hati, tidak bertegur sapa, berkecil hati atau sebagainya, bukankah kita semua bersaudara, malah apabila berlaku perkara-perkara tersebut sebenar-benarnya kita hendaklah melihat kesalahan diri kita sendiri, menurut tasauf, musibah permusuhan itu berpunca daripada dosa kesalahan diri kita sendiri yang perlu kita perbaiki dan bertaubat.

7. Sesungguhnya tiada istilah permusuhan di dalam kamus kehidupan kita orang-orang mukmin, ianya lahir daripada nafsu dan syaitan, kedua-duanya ini merupakan musuh ALLAH begitu juga mereka yang memerangi agama ALLAH. ALLAH tidak pernah melihat kepada nafsu semenjak menciptakanya, dan melaknat syaitan selamanya. Lalu, mengapa nafsu dan syaitan yang menjadi ikutan kita..?

WALLAHU’LAM

No comments: