www.mata-utara.blogspot.com

Page views

Tuesday, June 30, 2009

Mutiara Iman Edisi 600 (Solat Jumaat)

by Addawrah

ياأيها الذين آمنوا إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذروا البيع ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون

Firman ALLAH SWT:
" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan kepada kamu untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu menginagati ALLAH dan tinggalkanlah segala urusan jual beli. Demikian itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui."
(Surah Al-Jumu’ah ayat 9)

Ulasan Ayat :
1. Ayat dia atas ini adalah ayat tentang kewajipan solat Jumaat. Solat Jumaat ialah solat fardhu yang terdiri daripada 2 rakaat dikerjakan pada hari Jumaat, iaitu pada waktu zohor setelah selesai dari 2 khutbah yang disampaikan oleh Khatib. Bagi yang telah mengerjakan fardhu Jumaat, maka tidak wajib ia melaksanakan fardhu zohor.
2. Hukum solat Jumaat adalah fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang mukallaf, lelaki, merdeka, sihat tubuh badan dan bukan dalam keadaan bermusafir. Sesiapa yang mengingkari dan menganggap remeh maka ia diketegorikan sebagai munafik.
3. Hukum orang yang meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran akan dikira sebagai munafik, di dalam Hadis ada menyebut: " Sesiapa yang meninggalkan solat berjemaah bertutut-turut sebanyak 3 kali tanpa keuzuran nescaya ALLAH akan tutupkan pintu hatinya."
4. Perkara yang menggurukan kewajipan berjemaah adalah berikut: 1) Golongan wanita 2) Kanak-kanak 3) Orang yang sakit dan sumar baginya untuk pergi ke Masjid 4) Orang yang sedang bermusafir.
5. Dalam tempoh jumaat berlangsung ada terdapat waktu yang haram bagi orang lelaki (tidak kepada perempuan) melakukan aktiviti berjual beli, iaitu ketika azan pertama di laungkan, dan terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya berlaku pada azan yang kedua, namun ádalah lebih baik jika mengambil pendapat pertama, iaitu ketika azan pertama bagi langkah berhati-hati.
6. P/S Jika kita melihat ada orang yang tidak pergi solat Jumaat, berurus niaga dsb, khususnya yang berada di TISB, nasihatilah….elakkan diri daripada bersubahat dengan mereka.WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 599 (Menghormati dan Mengasihi Saudara)

by Addawrah


عن عبد الله عمر رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه (رواه البخارى ومسلم)
Daripada Abdullah Bin Umar RA, Nabi SAW bersabda: "Seseorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya".
( Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menjelaskan kepada kita beberapa adab penting sesama saudara muslim.
2. Terdapat banyak Hadis yang menyatakan bahawa kita semua adalah bersaudara, pengikatnya ialah Islam, maka kita semua mempunyai ikatan persaudaraan, walaupun kita tiada pertalian darah. Maka ini merupakan ajaran Islam yang sangat mulia, agar kita semua mempunyai kesatuan hati.
3. Di dalam hadis ini, Nabi telah berpesan kepada kita agar kita tidak menzalimi dan menghina saudara kita. Kezaliman dan penghinaan merupakan elemen utama kepada jalan perbalahan, penindasan, pepecahan dan kebencian.
4. Realiti kehidupan kita hari ini, kezaliman dan penghinaan sudah menjadi perkara biasa, kita telah melakukan perkara demikian tanpa kita sedari, sesama kita yang berdekatan kita tidak mampu menjaganya dari segi adab, pergaulan, pertuturan, perbuatan, lebih-lebih lagi saudara kita yang berada jauh seperti di Palestin, Bosnia, dan beberapa negara Islam yang lain.
5. Kepada saudara kita yang jauh, kezaliman yang kita lakukan antaranya ialah, kita tidak lagi menahan diri kita dari terus membeli barang-barangan yang menyumbangkan kepada Yahudi, walaupun perkara ini dalam pemerhatian dan kesedaran kita, tetapi mengapa kita masih mahu menzalimi nasib saudara kita yang ditindas. Cuba bayangkan jika kita berada di tempat mereka….?
6. Kita hendaklah menanam rasa persaudaraan ini dengan kasih sayang, saling menghormati di antara satu sama lain agar lahirlah rasa ingin memuliakan saudara, dan tidak pula kita menzalimi, membenci saudara kita, apalagi menghinanya. Sesungguhnya ALLAH SWT akan meletakkan (golongan yang berkasih sayang kerana NYA) di bawah satu naugan yang mana pada ketika itu tiada naugan yang selamat di mahsyar kelak melainkan naugan ALLAH SWT. WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 598 (Kekayaan: Jiwa atau harta?)

by Addawrah

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ليس الغنى عن كثرة العرض ولكنّ الغنى غنى النفس
(رواه البخارى ومسلم)
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W bersabda :Bukanlah kekayaan itu dengan memiliki harta benda yang banyak, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa ".
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Ulasan Hadis :

1. Realiti kehidupan zaman sekarang, kita terlalu sibuk mengejar urusan keduniaan demi mengumpul kekayaan dan memuaskan kehendak nafsu sehinggakan terlupa tanggung jawab sebenar kita kepada ALLAH S.W.T.
2. Sebagai contoh, kita terlalu mudah melihat orang ramai bersesak-sesak membanjiri pusat membeli belah ataupun mengunjungi majlis-majlis hiburan, akan tetapi terlalu sedikit yang menghadiri solat berjemaah di surau mahupun masjid,ataupun mengikuti kelas-kelas pengajian agama.
3. Kekayaan jiwa dapat dibentuk dengan memperbanyakkan amalan yang mendekatkan kita kepada ALLAH S.W.T. Kita digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan sunat disamping menjaga amalan-amalan yang wajib.Dengan mengingati mati, kita dapat bermuhasabah dan menginsafi segala kesalahan dan kesilapan kita serta memohon keampunan ALLAH S.W.T.
4. Janganlah kita tertipu dengan segala keindahan dan kemewahan dunia yang bersifat kebendaan ini kerana ianya hanyalah untuk sementara sahaja. Adalah lebih baik untuk kita membuat persediaan dengan secukupnya bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya.
5. Hakikatnya, kesenangan dan kemewahan hidup di dunia ini tidak menjamin ketenteraman jiwa kita, tetapi kekayaan dan ketenangan hati dengan kebaikan dan akhlak terpuji itu dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Bak kata pepatah, lebih baik TENANG daripada SENANG!!!WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 597 (Bangkit Bersama di Akhirat )

by Addawrah

عن عبد الله بن مسعود رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: المرء مع من أحب
(رواه البخارى ومسلم)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda: " Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang ia kasihi".
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Sesungguhnya di akhirat kelak, kita akan dibangkitkan bersama mereka yang kita kasihi ketika kita di dunia.
2. Seandainya mereka yang kita cintai daripada golongan yang baik, maka dengan bangganya kita di sana nanti akan bangkit dalam kedaan yang tenang dan selamat, manakala jika di dunia kita mencintai orang-orang yang suka bermaksiat, maka kelak di sana nanti kita akan bangkit bersama mereka dengan penuh rasa malu dan hina sekali. NAUZUBILLAH.
3. Sesiapa yang mengasihi suatu golongan dengan ikhlas hati, maka ia akan dihimpunkan bersama mereka. Sekalipun amalannya tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah mendekati. Kemungkinan kasih sayang itu mendorongnya untuk melakukan amalan yang sama.
4. Kita hendaklah mencintai orang-orang yang soleh, serta mengikutinya, meniru gaya peribadi dan kehidupan mereka, kerana mereka adalah golongan yang mencintai ALLAH dan RASUL, bersama mereka boleh menyembuhkan hati kita yang sakit, menyedarkan jiwa kita yang lalai serta memperbaiki akhlak kita yang buruk.
5. Orang-orang yang soleh lagi baik ini, merupakan model yang paling baik untuk kita contohi, ibarat penjual minyak wangi, apabila berkawan dengannya maka kita juga akan mendapat tempiasan baunya. Begitulah jua sebaliknya.
6. Dewasa ini, manusia tidak mahu mencintai golongan orang soleh, tidak mahu mendekati, malah yang dicintai adalah golongan ahli maksiat, berhati-hatilah, agar kita tidak menyesal di sana nanti…jika kita mahu menjadi orang yang bahagia di akhirat, hendaklah kita mencintai orang-orang yang bahagia, jika kita cintakan ahli maksiat maka tunggulah pada hari kebangkitan, kita akan dibangkitkan sebagai orang yang celaka, NAUZUBILLAH.

Mutiara Iman Edisi 596 ( Keindahan sabar )

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "ما أعطي أحد عطاء خيرا وأوسع من الصبر
(رواه البخارى)
Daripada Abu Said Al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda: " Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar."
(Riwayat Bukhori)


Ulasan Hadis :
1. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada menempuhi liku-liku kehidupan, samada ianya adalah gembira mahupun duka, senang mahupun susah, ianya silih berganti tiada pernah berhenti bagai siang dan malam.
2. Kita sering tertipu dengan jalan kehidupan yang berbagai, apabila datang bahagia, kita akan terlupa bahawa kebahgiaan itu tidak akan kekal, manakala apabila ditimpa kedukaan, kesusahan mahupun musibah, kita selalu menyangka bahawa ketetapan ini adalah sesuatu yang kekal. Sedangkan kedua-duanya adalah perbuatan yang datang daripada ALLAH, malah kedua-duanya adalah bukti kasih sayang ALLAH dan keduanya adalah ketetapan yang mesti kita jalani.
3. Susah untuk kita menjadi orang yang sabar, menerima bahagia dan musibah adalah sama, tiada perbezaan, selalunya apabila ditimpa musibah kita belajar bersabar, dan kadang-kadang tidak mahu bersabar, dan apabila menerima bahagia kita merasa ianya adalah anugerah, akan tetapi ianya juga adalah satu ujian dan musibah jua buat kita, yang perlu kita sabar.
4. Sesungguhnya sabar adalah sesuatu yang paling bernilai bagi mereka yang telah pun berjaya menempuh setiap perkara dengan sifat kesabaran. Apa sahaja ketentuan yang ditempuhi tetap hanya memandang ALLAH, dan bersabar.
5. Sabar itu sangat indah, keindahannya dapat dirasa apabila kita berjaya menahan derita terhadap sesuatu yang berlaku terhadap kita, lalu kita dengan senang hati dan berlapang dada menerima tanpa sebarang bantahan dengan penuh rasa gembira, walaupun ianya perit. SUBHANALLAH. Andai kita berjaya meraih sabar seperti ini, maka itulah sebaik-baik pemberian daripada ALLAH buat kita.
6. Berkorbanlah kerana ALLAH, atas apa sahaja ketentuan yang kita jalani, kerana hanya mereka yang bersabar sahaja yang akan menerima pemberian terbaik daripada ALLAH.WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 595 ( Nafsu)

by Addawrah

" إن النفس لأمارة بالسوء "
Firman ALLAH SWT: " Sesungguhnya nafsu itu mendorong kepada kejahatan."
(Surah Yusuf ayat 53)


Ulasan Ayat :
1. Keinginan nafsu tidak pernah ada batasannya. Barangsiapa yang memenuhi setiap keinginan nafsunya, maka ia akan terjerumus ke dalam jurang kehancuran.
2. Apabila kita membuka jalan atau pintu masuk kepada nafsu, maka akan bermulalah usaha nafsu agar kita membuka lebih besar pintunya, sehinggalah pintu-pintu lain terbuka dan akhirnya kita akan jatuh ke jurang kemaksiatan.
3. Dan apabila kita telah terjatuh kepada maksiat maka nafsu akan meminta lagi agar kita melakukan maksiat yang lain DAN akhirnya tiada ada bentuk maksiat yang kita tidak pernah lakukan melainkan semuanya kita turuti, NAUZUBILLAH.
4. Ingatlah, bahawa nafsu sentiasa mengiginkan kita berada di dalam dakapannya, kita hendaklah menundukkan hawa nafsu, bukan kita ditundukkan oleh nafsu.
5. Apabila kita ingin memperbaiki diri, maka janganlah sesekali kita pernah mengendurkan tali pengikat nafsu kita, jangan pernah memenuhi setiap apa yang diinginkan oleh nafsu tersebut, kerana musuh kita yang utama adalah nafsu.
6. Orang-orang soleh yang terdahulu seringkali melarang diri daripada mengikutinya, kerana takut akan tergelincir ke lubang yang dibenci ALLAH, kerana mereka tahu bahawa ALLAH sangat benci kepda nafsu dan nafsu juga tidak mahu kepada ALLAH.
7. Berwaspadalah kita semua daripada terus memburu nafsu.....orang yang mengikut nafsu, adalah orang yang paling jauh sekali merasa dekat dengan ALLAH...renung-renungkanlah..WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 594 ( AL-QURAN teman kita )

by addawrah

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: إنما مثل صاحب القرآن كمثل صاحب الإبل المعلّقة إن عاهد عليها أمسكها وإن أطلقها ذهبت
Daripada Abdullah bin Umar RA, Nabi SAW bersabda: “Golongan yang sentiasa menghampiri dengan Al-Quran adalah seperti orang yang menambat unta. Jika ia menambatnya, unta itu dapat dikawal. Jika ia melepaskanya, unta itu juga akan terlepas pergi.”
(Riwayat Al-Bukhori)

Ulasan Hadis :

1. Al-Quran ibarat buruan, tanpa kita ikat dia akan meninggalkan kita, dan apabila kita menambatnya(melaziminya) maka dia akan sentiasa menjadi pedoman buat kita.

2. Al-Quran mengajak untuk kita sentiasa berhusnudzan (berperasangka baik) dengan ALLAH dan berfikiran positif, mengajak kita untuk bertawakkal kepadaNYA, sentiasa optimis dan yakin akan janjiNYA, malah yakin menantikan pertolonganNYA dan meyakini bahawa selepas kesusahan pasti datang kemudahan.

3. Al-Quran memperingatkan kita untuk tidak bersedih hati dan menyesali apa yang telah terjadi, kerana semuanya itu memang sudah tertulis, jangan takut dan khuatir terhadap sesuatu yang akan datang.

4. Kita hendaklah menjadikan Al-Quran itu teman kita ketika suka dan duka, sentiasa melazimi membacanya walaupun satu ayat, sesungguhnya ia merupakan penyembuh segala kesakitan zahir dan batin.

5. Al-Quran itu adalah cahaya, maka apabila kita sentiasa melaziminya maka hati kita akan semakin bersinar, tidak akan malap, dan sentiasa akan hidup seumpama subur dan segarnya tanaman jika disirami air setiap hari.

6. Membaca Al-Quran hendaklah kita jadikan sebagai urusan harian kita yang tidak boleh kita tinggalkan, tidak dapat kita lupakan, apabila tidak dapat membacanya kita rasa rindu, apabila kita pergi ke mana-mana kita sering teringat kepada Quran, maka jika keadaan inilah yang kita rasakan, maka itulah tanda kita dikalangan orang yang sudah istiqomah dengan Al-Quran dan akan mendapat syafaatnya kelak, insyaALLAH.

7. Nabi SAW dan para sahabat sangat cintakan Al-Quran, sehingga Baginda sering menyuruh para sahabat membacakan Al-Quran kepadanya, lalu apabila sampai pada ayat-ayat tertentu, baginda akan menangis, Nabi juga sering membaca Al-Quran ketika solat dan di luar solat.

8. Manakala orang-orang soleh, meletakkan Al-Quran adalah sebagai surat cinta daripada Kekasih mereka iaitu ALLAH, mereka tidak jemu-jemu membaca Al-Quran, malah dapat mengkhatamkannya pada kebanyakkan waktu.

9. Kemanisan membaca Al-Quran tidak ada hadnya, apabila kita membacanya dengan ikhlas, sekalipun kita tidak tahu membacanya dengan baik, ia tetap dapat dikecapi kemanisanya serta mendapat pahala. Cubalah kita peruntukkan sedikit masa dan hari kita dengan banyak membaca Al-Quran, rasailah keindahanya, ketenanganya, nescaya kita tidak akan mahu berhenti daripada membacanya..WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 593 ( Cari redhaNYA )

by Addawrah

وَعَجِلۡتُ إِلَيۡكَ رَبِّ لِتَرۡضَىٰ

Firman ALLAH SWT: " dan, aku bersegera kepadaMU. Ya RABBku, agar ENGKAU redha (kepadaku)."
(Surah Toha ayat 84)


Ulasan Ayat :
1. Redha adalah salah satu sifat yang mesti kita miliki, apabila sifat redha menempati di hati kita, maka jadilah kita dikalangan hamba yang paling bahagia walau dimana sahaja kita berada serta apa jua yang kita sedang tempuhi
2. Redha bermaksud, kita menerima segala ketentuan yang terjadi, samada ianya adalah ketentuan yang baik ataupun buruk, tidak menerima ketentuan akan menyebabkan diri seseorang itu akan resah di dalam menjalani setiap perkara, dan usaha yang dilakukan, akibatnya seseorang itu akan hilang pertimbangan dan menyalahi diri sendiri dan orang lain.
3. Keredhaan terhadap apa jua ketentuan qada dan qadarNYA adalah kunci untuk mendapatkan rasa ketenangan. Ketenangan pula adalah factor terpenting bagi diri seseorang hamba.
4. Barangsiapa yang redha terhadap ALLAH, maka ALLAH akan redha terhadap kita, redha ALLAH mengikut sebesar manakah redha kita terhadap DIA.
5. Hasil daripada sifat redha akan membuahkan rasa syukur yang merupakan kemuncak tertinggi daripada hakikat keimanan seseorang.
6. Justeru itu, marilah kita sama-sama cuba mencipta diri agar sentiasa merasa redha dan menerima setiap kejadian yang berlaku, belajar melihat sesuatu melalui pandangan mata hati, agar ruh kita mengecapi nikmat kehidupan yang lebih bermakna sebagai hamba yang diredhai ALLAH.
7. Sesunguhnya redha ALLAH itu amat besar yang mesti kita cari, biar makhluk tidak redha kepada kita, asalkan kita mendapat redha ALLAH. Rebutlah redha ALLAH, kerana itulah keindahan yang paling bermakna…WALLAHU’ALAM.

FACEBOOK MILIK SIAPA???

by Hurrie Hussin
Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.

Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya. 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

kerana terlalu rindu...hargai lah isterimu wahai lelaki...

by Hurrie Hussin

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura."Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati."Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur.

Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinyasedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnyamasuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagiterguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu,Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakansarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee. "Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk kepejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abangnak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura",kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau,kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau".Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazimpergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun biniaku dah tidur. "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasanbalik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kauada masalah dengan Nura ke?".

Zikri cuba bertanya sahabat yang cukupdikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarangbekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenungplan bangunan yang sedang direkanya.

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan> > saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya> > dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu,kenduri> > ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat> > sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih> > ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya> > sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya

5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia> > sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin> > menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makinlaju> > air matanya mengalir.> >> > "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5tahun> > yang lepas.> >> > "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah> > abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasihsayang> > buat Nura,"janji Hilmi.> >> > "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?".

Tanya Nura> > lagi.> >> > "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,Insya-Allah> > abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkanNura.> >> > Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi diamungkin> > tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang keranaada> > ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi> > Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.> >> > Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi> > sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu> > memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan> > untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagaikaedah> > moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak> > salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak> > mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat> > Hilmi terhenti disitu.> >> > "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.> >> > "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi,> > tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa> > simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukarsebaliknya",> > terang Hilmi.> >> > "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.> >> > "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku> > tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan> > akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab> > itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya> > macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi> > perbalahan", Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak> > berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku> > harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia takmampu,> > ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi,tapi> > aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan> > pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi> > rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah> > hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertuadan> > iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, makadengan> > itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada keduamertuanya.> > Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya diaakan> > bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk> > mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,> > maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.> > Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke> > kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulangke> > kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan> > memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumahini> > bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syakpada> > Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi biladia> > pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh takapalah,demi> > suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I> > kenapa?> > Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali> > dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.> >> > Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang temanmakan> > malamnya.> >> > "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula> > sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," aduNura> > pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.> >> > "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye,> > abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betulmembuatkan> > Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakitdemam> > Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrggrindunya> > Nura pada abang.> >> >> > Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak> > mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.> >> > Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amatsejuk,> > kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.> >> > Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati kemajlis> > harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia> > ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Taksanggup> > lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yangada> > didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.> >> > Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untukmembuka> > mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demamyang> > dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amatsarat.> >> > "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti> > kelazimannya.> >> > "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.> >> > "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akanbalik> > lambat, Nura tak berpeluang abang".

ujar Nura dengan lembut.> >> > "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.> >> > Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yangNura> > nak bincangkan.> >> > "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? TanyaNura.> >> >> > "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar> > duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi> > beralasan.> >> > Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengandia,> > dan dia terus bertanya,> >> > "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?"Ujar> > Nura.> >> > "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang> > menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.> >> > "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu> > berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,tiada> > suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedusedan.> >> > "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang taksuka.> > Bosan betul..."> >> > Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa> > suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian> > menjadi-jadi.> >> > Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon> > bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon> > ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun> > hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun danmaaf> > dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja.Nura> > kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan> > bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.> >> > Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura> > pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik,sebab> > sudah tidak tahan lagi.

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini,> > pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari> > ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dantelefon> > itu disambut oleh Zikri.> >> > "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, bolehaku> > jumpa kau?", tanya Zikri> >> > "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpaizin> > suami aku,berdosa tau", tolak Nura.> >> > Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan,> > bisik hatinya.> >> > "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,> > boleh?" pinta Zikri> >> > "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau,last> > sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh> > makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak> > Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia> > lakukan.> > Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.> > Zikri serba salah.> >> > "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak> > mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses> > untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudarasendiri,> > dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah> > dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang."> > terang Zikri.> >> > Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung> > mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita> > gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan> > Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.> >> > Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian> > penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.> >> > "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan> > abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan> > mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga> > sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri,walau> > apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura."> > Janji Hilmi.> >> > Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan> > segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nuraterlalu> > kecewa.

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala,sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nurapengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hatibang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akanjadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nurarisau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak danmembawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin keranadia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbangkeguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akanmelakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktormengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangipara doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yangserius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namuncuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upayamenggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor."Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan> > mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepasmenyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usiaSyuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasihsayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalamdia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari iniNura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkaraitu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yangkeluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudahtidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demiuntuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecilitu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayikecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

Abang yang Nura rindui, Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudahjauh meninggalkan abang, Nura tak arapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi padaNura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampirruntuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kalini doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainyaditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkandoa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi,Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa,dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apayang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang.

Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura takpernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilahanak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupunkini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang.. rindu sangat.... Sekian, Ikhlas dari nurani isterimu Nura Ain Bt. Abdullah, Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dankini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapaberharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

SAYANGI LAH IA SELAGI IA ADA DI SISI......

Monday, June 29, 2009

Bulan Rejab Telah Tiba Lagi..

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungaiini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.

" Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?

" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm MatiInsyaallah..

mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

BERAPA HARGA ISTERI?

by Wijdan Aziz

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anakRugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya. Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... "Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

Tuesday, June 9, 2009

Mutiara Iman Edisi 592 (Himpun Kebaikkan)

by Addawrah

عن جابر بن عبد الله رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: كل معروف صدقة
(رواه البخارى ومسلم)


Daripada Jarir Bin Abdullah RHM, Nabi SAW bersabda: " Setiap kebaikkan itu adalah sedekah".
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Hadis di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa apa sahaja kebaikkan yang kita lakukan adalah sedekah, dan sedekah itu adalah sesuatu yang diinfaqkan kerana ALLAH SWT mendapat ganjaran pahala.
2. ISLAM telah memberi kepada kita kesenangan perlaksanaan kebaikkan dalam semua aspek kehidupan yang kita lakukan, kemudahan seperti ini hanya dikhususkan kepada ummat Muhammad SAW, tidak pada ummat yang terdahulu.
3. Sesungguhnya kebaikkan adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk kita laksanakan berbanding kejahatan, untuk mendapatkan kebaikkan memerlukan kepada pengorbanan kerana ianya adalah perkara yang bercanggah sama sekali dengan nafsu kita, manakala kejahatan tidak perlu bersusah payah untuk kita lakukan kerana ianya menepati kehendak nafsu.
4. Namun, kebaikkan menjadi sangat ringan untuk dilaksanakan apabila kita sudah biasa dengan amalan yang baik, akan tetapi sebelum mencapai tahap ini, pada permulaan perlaksanaanya sangatlah berat dan menyukarkan walaupun ianya hanya memberi senyuman terhadap saudaranya, memberi salam, apatah lagi jika menginfaqkan sedikit wang, sudah tentu lebih berat lagi.
5. Perlu dingatkan bahawa kebaikkan yang dikira sebagai satu sedekah bukan hanya sekadar berbentuk kewangan malah perlaksanaanya sangat luas, apa sahaja bentuk kebaikkan dikira sedekah.
6. Biar kita miskin harta, tapi jangan miskin pahala, harta dicari sekadar keperluan duniawi, namun pahala dicari ianya memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, jangan bertangguh-tangguh dalam berbuat baik dan amal soleh di dunia sementara ini, kerana selepas ini tiada jenis kebaikkan dapat dibuat MELAINKAN hanya menanti balasan kebaikkan.WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 591 (Sakit, Susah, Sedih, Duka itu Penghapus Dosa)

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى وأبى هريرة رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ما يصب المؤمن من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتى الهم يهمه إلا كفر به من سيئا ته

Daripada Abu Said Al-Khudri RA, dan Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: " Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan dukacita, melainkan dihapuskan sebahagiaan dosa-dosanya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. Di dalam Hadis ini Nabi SAW telah memberitahu kepada kita tentang kebaikkan disebalik dugaan sakit mahupun kesusahan dan kepayahan yang menimpa kita. Ianya merupakan sebab bagi menghapus dosa-dosa kita.
2. Sesungguhnya ujian sakit samaada ringan mahupun berat, kesedihan, kepayahan atau dukacita semuanya merupakan tanda bahawa kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kita, kerana ALLAH tidak mahu hamba-hambaNYA yang dikasihi dalam keadaan menanggung dosa terhadapNYA, maka ujianlah penghapus dosa kita agar tidak berat balasan yang kita hadapi di akhirat nanti.NAUZUBILLAH.
3. Setiap ujian yang menimpa kita hendaklah TERUS sedar bahawa inilah perbuatan DIA yang sedang berlaku, DIA sedang melihat dan memperhatikan kita, DIA sedang menguji kita dalam keadaan mahu melihat kita tetap sabar dan redha padaNYA. Lalu ketika ini kita HENDAKLAH segera buktikan bahawa kita adalah hamba yang hanya mengharap padaNYA dan DIA adalah TEMPAT PERGANTUNGAN kita.
4. Sebagai hamba kita hendaklah merasa bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang diberi, kedua-duanya datang daripada DIA, dan apabila nikmat ditarik, sakit ditimpakan, derita diberikan, adakah kita mahu memperotes? Sedangkan selama ini nikmat, kesihatan dan kebahagiaan dari DIA juga, malah nikmat yang kita kecapi lebih banyak dikurniakan berbanding bala..cubalah kita fikirkan, betapa kita sangatlah tidak pandai mensyukuriNYA selama ini…
5. Nabi SAW telah memberi ilmu dan nasihat yang terbaik kepada kita, maka sesungguhnya hendaklah kita yakin sepenuh hati pada setiap kalamNYA serta mengamalkannya, maka kita akan memperolehi kebaikkan dunia dan akhirat.insyaALLAH.WALLAHU’ALAM.

Friday, June 5, 2009

Mutiara Iman Edisi 59 : TIDAK HALAL MEMUTUSKAN HUBUNGAN

by WMNahar
عن أنس بن مالك رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: لايحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث
( رواه البخارى ومسلم)


Daripada Anas Bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: " Tidak halal bagi seseorang Muslim meninggalkan (memutuskan hubungan) saudaranya melebihi tiga hari."(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Hadis ini merupakan pesanan dan nasihat paling berguna untuk kita di akhir-akhir zaman ini. Manusia hari ini sering terjebak dengan gejala permusuhan (memutuskan hubungan) sesama sendiri, bukan sekadar 3 hari seperti yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, malah berlanjutan hinggalah sampai kepada tahap seusia hidupnya. Sikap ini adalah sikap yang sangat merbahaya bagi kita selaku orang Islam, kerana ianya boleh melemahkan perpaduan umat Islam, dan memberi kekuatan pula terhadap musuh Islam. NAUZUBILLAH
2. Punca permusuhan ini berlaku, adalah kerana kita sering melihat perbuatan buruk yang dilakukan oleh saudara kita daripada kebaikannya, sekalipun kebaikannya lebih banyak daripada keburukannya. Bersikap baik terhadap saudara kita dan menolak perbuatan buruk mereka itu adalah lebih baik untuk kesenangan kita agar dapat menikmati ketenangan dan keamanan hidup yang lebih bermakna.
3. Orang yang memutuskan hubungan (bermusuhan) hidupnya tidak akan tenang, rezekinya akan sempit, keberkatan untuknya akan tersekat, dan dia sentiasa akan hidup dalam keresahan dan kesedihan. Maka jadilah sebahagian daripada pemikirannya sibuk terhadap musuhnya, sibuk mahu membalas dendam, padahal hidup kita terlalu singkat untuk digunakan dalam meraih kebaikkan, tetapi sebahagianya telah dibuang kerana permusuhan yang sia-sia.
4. Orang yang berakal adalah orang yang menjauhkan segala sikap yang boleh menyakitkan hati saudaranya sesama muslim malah otaknya hanya memikirkan apakah perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati saudaranya.
5. Alangkah sejahteranya hati-hati kita andai semuanya berusaha menutup jalan permusuhan lalu membuka jalan saling bermaafan diantara satu sama lain walaupun berlaku sedikit pertikaian zahir mahupun batin.
WALLAHU’ALAM.

Wednesday, June 3, 2009

Mutiara Iman Edisi 589 ( Saling Mengasihi )

by addawrah

عن جرير بن عبد الله البجلى رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: من لا يرحم الناس لم يرحمه الله عز وجل

Daripada Jarir Bin Abdullah RA, Nabi SAW bersabda: " Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, nescaya ALLAH AZZAWAJALLA tidak akan mengasihinya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)


Ulasan Hadis :
1. ALLAH SWT tidak akan mengasihi kita, jika kita tidak ada rasa kasih terhadap manusia, andai hilang rasa kasih kita terhadap manusia maka itulah tanda ALLAH juga tidak kasih pada kita. NAUZUBILLAH, maka jadilah kita seorang yang susah dalam berbuat baik kepada orang lain, dan berat hendak menerima kebaikkan.
2. Perasaan kasih sayang yang dicampakkan oleh ALLAH bukanlah sesuatu yang boleh direka cipta oleh kita, ianya adalah anugerahNYA yang MAHA SUCI terhadap hati hamba-hambaNYA yang memiliki sifat rahim(penyanyang).
3. Kita perlulah merasa kasih terhadap semua makhluk ALLAH, tidak mengira sesiapa sahaja, sebagai lumrah dan adatnya, kita ingin dikasihi, akan tetapi bagaimanalah kita akan dikasihi sekiranya di hati kita tidak ada perasaan kasih terhadap manusia. Begitulah juga ALLAH, malah lebih lagi, kasih kita berbalas olehNYA.
4. Sebaliknya yang berlaku, manusia hanya ada rasa kasih kepada kaum keluarganya, sanak saudara, kepada mereka yang dikenali sahaja, manakala mereka yang tidak dikenali, kita tidak pernah ada rasa kasih, sehingga berlakulah sikap "aku adalah aku, dan engkau adalah engkau", sedangkan Nabi telah mengajarkan kepada kita melalui kalamNya, agar mengasihi saudara kamu seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.
5. Betapa nikmat dan indahnya jika kita dapat merasai nikmat rasa mengasihi sekian manusia, lebih-lebih lagi kita semua adalah ummat Muhammad. Berat menanggung kasihkan saudara seagama hingga boleh menitiskan aimata jika sekiranya mereka ditimpa musibah, penderitaan, keburukkan, malah dosa yang ditanggungnya jua kita sedih jika sekiranya berlaku serta inginkan kebaikkan terhadapnya.
6. Seorang ULAMA IMAM SYA’RANI, berkata di dalam kitabNya; " Aku merasa kasih kepada semua manusia, hingga aku ingin menanggung segala tanggungjawab mereka sekiranya aku mampu".
7. Tanda ALLAH
mengasihi kita, apabila manusia mengasihi kita, dan tanda manusia mengasihi kita ialah apabila kita mengasihi mereka….semuanya kerana ALLAH.
WALLAHU’ALAM.

Doa perlindung daripada SELESAMA BABI - INFLUENZA H1N1

Seorang sahabat menyebut berseloroh sejurus PM ke 6 mengisytiharkan ONE MALAYSIA( 1 Malaysia) maka muncullah H1N1. Sehingga kini belum ada lagi vaksin untuk mencegah daripada Selesema Babi(SB).

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut: Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi.

Doanya ialah:Doa Pilihan Pelindung KeluargaAjarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلكErtinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?Lelaki berkata : aku disengat kalaNabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.

Wassallam..

PETUA

by ShamSamad
Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan) .
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:
1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik... Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit.... (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan...
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Romantik Rasulullah

by ShamSamad

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.

disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Kaabah enggan bergerak

by ShamSamad

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....
Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Al-Hadis dan Siri Kalam -SAIDINA ALI-

by Sdawrah

Semoga bermanfaat untuk kita semua. insyaALLAH

"Sesiapa yang tidak mampu dipulihkan melalui kebaikan, maka dia boleh dipulihkan dengan kejahatan"
Siri Kalam SAIDINA ALI



" Barangsiapa yang bertarung dengan kebenaran, nescaya kebenaran itu akan bertarung dengannya".
Siri-Kalam SAIDINA ALI-



"Barangsiapa mengasihimu kerana sesuatu, maka dia akan jemu denganmu setelah kehabisannya"
Siri Kalam SAIDINA ALI-



" Mayat yang diazab dikuburnya apabila diratapi kematiannya"
(Dilarang meratapi, menyesali kematian)
Al-Hadis



" Barangsiapa yang tidak meletakkan kepercayaan kepada orang lain, maka ia tidak akan dipercayai oleh orang lain"
Siri Kalam -SAIDINA ALI-

Mutiara Iman Edisi 588 ( Sedikit Berbicara )

by Addawrah

ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد

Firman ALLAH SWT:
"Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatatnya)."
(Surah Qaf ayat 18)


Ulasan Ayat :
1. Ayat ini telah mengingatkan kita bahawa ALLAH itu ada pekerja-pekerjanNYA yang tidak pernah lalai daripada melakukan tugasnya, dan sesungguhnya setiap perlakuan kita sentiasa dicatat sekalipun satu patah perkataan. Maka kita hendaklah menjaga lisan kita daripada perkara-perkara yang merosakkan pahala kita atau dianjurkan kepada kita untuk berdiam daripada bercakap pada perkara yang sia-sia.
2. Mengutamakan diam dan sedikit berbicara merupakan satu tanda kesempurnaan akal. Sebaliknya banyak berbicara terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak berguna menjadi bukti ketidaksempurnaan dan kelemahan akal.
3. Kebanyakkannya dari kaum perempuan dan kanak-kanak termasuk banyak dikalangan golongan yang paling suka berbicara. Ini kerana orang yang memiliki pertimbangan dan akal yang sempurna melihat bahawa ucapan sebagai perkara yang memeberatkan dirinya, bukan sebaliknya. Oleh kerana itu berat untuk berucap sehingga ia jarang bercakap.
4. Manakala orang yang lemah akal ialah orang yang memiliki lisan yang sangat ringan. Ucapan-ucapan yang keluar dari mulutnya, seolah-olah ucapan tersebut sentiasa berda di hujung bibirnya.
5. Setiap individu hendaklah membiasakan diri untuk sentiasa memperbetulkan diri dan menjaga lisannya, mengekangnya, memikirkan setiap kalimat yang akan diucapkan serta memikirkan akibatnya.
6. Ingatlah, satu kalimat yang keluar dari mulut kita kadang kala boleh menyebabkab kita berdosa kerana terkadang melukakan hati seseorang, sehingga boleh menyebabkan pahala kita hilang.
7. Untuk mengenali seseorang itu, maka lihatlah melalui percakapanya, begitu juga dengan diri kita sendiri, kita boleh mengoreksi diri kita, setiap hari apakah yang kita sering perkatakan? Perkara apa yang kita sering perbincangkan? Urusan apakah yang kita sering tuturkan? Semoga kita semua terpelihara daripada sifat-sifat yang tercela. " Banyak bercakap itu mematikan hati"-Al Hadis-
8. " Kebaikkan itu terkandung dalam 3 perkara: 1) Setiap perkara yang dilihat tanpa mengambil iktibar itu adalah sia-sia, 2) Setiap kali diam tanpa berfikir itu adalah lalai 3) Setiap percakapan tanpa zikir maka itu adalah lagha.-Saidina ALI-
WALLAHU’ALAM

Mutiara Iman Edisi 587 (Kehilangan yang disayangi)

by Addawrah

عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يقول الله تعالى: ما لعبدى المؤمن عندى جزاء إذا قبضت صفيّه من أهل الدنيا، ثمّ احتسبه إلا الجنّة

Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda; ALLAH SWT berfiman: " Tidak ada balasan daripadaku melainkan syurga, terhadap seseorang hambaKu yang mukmin, apabila Aku mematikan seseorang yang disayanginya( anak, adik beradik dan kaum keluarga) dikalangan ahli dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripadaKu.".
(Riwayat Bukhori)


Ulasan Hadis :
1. Hadis ini menerangkan kepada kita tentang ganjaran yang bakal disediakan bagi seseorang hamba yang bersabar terhadap ujian kematian orang-orang yang disayanginya, lalu ia bermuhasabah mengharapkan pahala ALLAH, maka ALLAH mengurniakannya SYURGA.
2. Ujian dunia yang paling menyedihkan hati, ialah apabila kita hilang sesuatu yang kita sayang, samaada kehilangan jiwa yang kita sayang, kehilangan harta benda, pekerjaan dan sebagainya. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita sabarkan hati kita di saat menerima musibah pertama kehilangan sesuatu yang kita cinta dengan penuh redha, kerana ianya adalah fitrah insani yang tidak dapat dipadam melainkan jika benar-benar merasakan bahawa setiap apa yang ada di dunia akan musnah yang kekal adalah ALLAH.
3. Ketika mana ALLAH SWT mengambil nyawa anak Nabi SAW yang bernama Ibrahim, Nabi kita SAW telah menitiskan airmata, lalu Para sahabat bertanya, mengapakah kamu menangis sedangkan kamu melarang menangisi kematian? Lalu Baginda SAW menjawab: "Ini adalah tangisan yang bersifat rahmat daripada ALLAH terhadap hati hamba-hambaNYA, sesungguhnya ALLAH mengasihi hamba-hambaNYA yang pengasih". (harus tangisan seperti ini)
4. Malah diceritakan di dalam riwayat bahawa ketika Nabi SAW wafat, tiada seorang pun dikalangan sahabat Nabi tidak menangis, sehinggakan kota Madinah menjadi suram, Sayyidah Fatimah tidak pernah ketawa semenjak AYAHANDANYA wafat sehinggalah beliau juga wafat setelah 6 bulan kemudian.
5. Ini semua bukti bahawa, kehilangan sesuatu yang kita sayang daripada dunia adalah musibah yang paling menyedihkan, justeru itu hendaklah kita sama-sama BERMUHASABAH tentang diri kita, bahawasanya kita hendaklah sentiasa meletakkan sesuatu yang kita kasih dan sayang hanya kerana ALLAH, dan bersiap sedia untuk menerima ujian dan dugaan yang bakal kita hadapi dengan penuh redha, serta mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang berlaku untuk diri kita.
WALLAHU’ALAM.

Mutiara Iman Edisi 586 ( Sudah Tidak Malu )

by Addawrah

عن أبى سعيد الخدرى قال: كان النبى صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء فى خدرها وكان إذا كره شيئا عرفناه فى وجهه

Daripada Abi said al-Khudri telah berkata, bahawa Nabi SAW seorang yang sangat pemalu daripada anak gadis yang berada dibalik tabir, dan apabila Nabi tidak menyukai sesuatu perkara maka kami mengetahuinya melalui wajah Baginda."
(Riwayat Tarmizi)


Ulasan Hadis :
1. Alangkah indahnya sifat malu yang terhias pada pribadi Agung Nabi kita SAW, sehingga pernah diceritakan oleh Saidatina Aisyah, satu hari Nabi pernah ditanya oleh seorang wanita tentang hukum berkaitan haid, sehingga wajah Nabi menjadi merah bersangatan KERANA MALU, lalu diberikan jawapannya kepada Aisyah agar disampaikan kepada wanita itu.
2. Malu merupakan cabang keimanan, apabila hilang sifat malu maka akan hilanglah iman. Malu merupakan salah satu akhlak yang sangat diperlukan oleh kita semua, kerana ianya merupakan perisai diri kita dari terjerumus kearah maksiat kecil mahupun besar.
3. Rasa malu kini kian hilang dari sanubari umat Islam, kita tidak lagi memperdulikan malu kerana selalunya malu yang dituntut oleh Islam sering menyanggahi kehendak hati kita, contohnya, kerana mahukan harta sanggup mengadai maruah diri dan agama, tidak lagi menghiraukan manusia bila mahukan melakukan maksiat, malah ada yang sanggup menjadikan diri hamba kepada maksiat asalkan dapat apa yang diingini.
4. Perkara-perkara ini tidak akan berlaku jika sekiranya perasaan malu yang tinggi bersemadi di dalam hati kita, lebih-lebih lagi golongan perempuan, kerana terdapat banyak perkara yang melibatkan malu bagi perempuan, namun hari ini malu dikalangan perempuan sudah musnah, lebih-lebih lagi bab penampilan yang menjolok mata, Islam tidak melarang untuk bercantik-cantik agar kelihatan elok seperti yang diperintahkan oleh ALLAH, tetapi bukan mengenakan kecantikan hingga meruntuhkan keimanan diri kita orang lain khususnya lelaki.
5. Manakala malu juga kini sudah punah di jiwa golongan lelaki, kerana sanggup melihat dan membiarkan segala kemaksiatan yang berlaku tanpa rasa malu dan berdosa serta mahu memperbaikinya, malah membuat sikap acuh tidak acuh apabila berhadapan dengan maksiat yang dilakukan mahupun orang lain yang melakukannya.
6. Apalah gunanya jika kita berda di dalam rumah yang dihiasi dengan segala keindahan tetapi apabila kita yang berada di dalamnya tidak mahu menggunakan keindahan yang sudah diberikan kepada kita…seperti kita di Takaful Ikhlas, jangan kita sia-siakan pengamalan dan penghayatan Islam yang telah diberikan, kita hendaklah mengamalkan keseluruhanya agar terbentuk peribadi Islam yang tinggi.
7. Begitulah perihalnya jika ada malu yang membentengi diri kita dari melakukan maksiat. Andai Nabi ada kini, sudah tentu tangisannya tiada pernah berhenti kerana umatNya sudah tidak mahu mengikuti sunnah dan ajaranNya….

Mutiara Iman Edisi 585 ( Jangan Senang Hati )

by Addawrah

فاتقوا الله واصلحوا ذات بينكم

Firman ALLAH SWT: " Maka bertaqwalah kepada ALLAH dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu."
(Surah Al Anfal ayat 1)


Ulasan Ayat :
1. Berdasarkan ayat di atas ALLAH telah memerintahkan kepada kita agar bertaqwa dan hendaklah kita menjaga hubungan dikalangan umat Islam. Menjaga hubungan ini ialah, menjaga persaudaraan agar sentiasa baik dari segi muamalah zahir dan batin terhadap diri kita dan saudara kita.
2. Kita tidak boleh senang hati apabila terdapat saudara sesama Muslim yang tergelincir melakukan kesalahan, walaupun ia adalah musuh kita.
3. Ini kerana tali ukhuwah Islamiah masih lagi terjalin kukuh, sebagaimana tidak patut bagi seorang Muslim bersenang hati apabila ALLAH SWT dikhianati.
4. Berbagai kekeliruan dan maksiat yang dilakukan oleh orang-orang Islam merupakan kecacatan dan aib bagi seluruh umat Islam, di samping itu juga adakah kita sedar bahawa musuh Islam sebenarnya gembira apabila kita melakukan kesalahan dan kekeliruan. Oleh itu, apakah kita juga sama seperti mereka ‘senang hati’ apabila sesama kita melakukan kesilapan?
5. Seseorang yang merasa senang hati dan puas hati apabila sesama kita tergelincir melakukan dosa, kesalahan hingga berlaku permusuhan, maka dirinya akan menerima sesuatu akibat yang berat, samada di dunia akan ditimpakan ujian, atau menerima pembalasannya di akhirat kelak, NAUZUBILLAH.
6. Kita hendaklah meminta dan memohon pada ALLAH kebaikkan bagi diri kita dan bagi saudara-saudara seiman dan seakidah, menangislah di atas kesalahan dan kekotoran hati yang telah kita lakukan. Selama ini, kita asyik merasa kebaikkan itu datang daripada kita, dan keburukkan daripada orang lain. Walhal, kita yang sering melakukan kesalahan, hingga kita sanggup menyalahkan orang lain.
7. Kita hendaklah menyedari terlebih dahulu, mengakui, serta merasai bahawa sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dan kesilapan diri kita apabila kita meneliti satu persatu, hingga yang sebenarnya kita tidak akan berkesempatan untuk mencari kesalahan orang lain pula. Inilah tanda kita hamba yang benar.

Mutiara Iman Edisi 584 (Mengutamakan yang halal)

ياأيها آمنوا لاتأكلوا أموالكم بينكم بابلطل

Firman ALLAH SWT: " Wahai orang-oang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta antara kamu dengan cara yang batil"
( Surah An-Nisa’ ayat 29)


Ulasan Ayat :
1. Ayat di atas ALLAH SWT melarang orang-orang mukmin daripada mengambil makan (hasil atau cara) yang bathil (yang haram) lagi tidak dibenarkan oleh syara’. Antara lain yang perlu dijaga ialah syubhah (benda yang diragui diantara halal atau haram).
2. Islam telah menggariskan kepada kita tentang beberapa perkara penting dalam bab pemakanan, penghasilan dari segi zahir mahupun batin. Semuanya telah dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Kita hendaklah menurutinya, sekalipun ianya hasil lumayan jika tidak halal hasilnya maka wajib bagi kita meninggalkannya.
3. Orang-orang soleh sangat mengutamakan makanan yang halal. Agenda ini lebih penting bagi mereka dari lain-lain keperluan dunia mereka. Mengapa? Kerana mereka sangat mencintai Akhirat melebihi segalan-galanya. Mereka yakin bahawa amalan akhirat yang suci tidak akan mampu dibuat oleh seseorang yang memakan perkara-perkara haram dan syubhat.
4. Sesungguhnya sesiapa yang memakan sesuatu yang syubhat akan keluar pula daripadanya amalan-amalan yang syubhat dan seandainya seseorang yang memakan perkara yang haram, dalam masa yang sama ingin bangun melaksanakan amalan ketaatannya kepada ALLAH, maka ia tidak akan diberi kempunanan oleh ALLAH. Inilah yang sangat dibimbangi oleh orang soleh.
5. Sebab itulah sebagai renungan, Sufian As-Sauri apabila ia menghadiri sesuatu walimah ia akan membawa bersamanya roti atau makanannya dari rumah. Sewaktu ditanya oleh Tuan kenduri: "Kamu tidak makankah roti dan makanananku?" Jawablah Sufian As-Asauri : " Kamu tahu darimana roti kamu dan aku pula tahu dari mana datangnya roti aku. Kalau begitu setiap daripada kita makanlah roti yang paling ia tahu darimana datangnya. Demikianlah halnya orang-orang soleh. Makan yang halal melebihi segalanya dalam keperluan dunia mereka, walaupun sedikit asalkan segalanya diredhoi oleh ALLAH SWT.
6. Justeru itu, kita hendaklah mencontohi sifat wara’ dan berhati-hatinya para salaffusoleh di dalam pengambilan makanan yang akan menjadi darah daging kita, namun yang pasti kita semua insyaALLAH terselamat daripada mengambil hasil yang haram.
7. Cuma yang perlu kita pastikan pula adakah hasil halal yang kita perolehi disalurkan dan digunakan kepada perkara-perkara yang halal? Atau haram? Contohnya membeli rokok yang di dalamnya terdapat bahan yang haram lagi memudaratkan..FIKIR-FIKIRKANLAH..

Mutiara Iman Edisi 582 CIRI-CIRI ORANG BERIMAN

by Wnahar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاَللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاَللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاَللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Sabda Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. " (HR al-Bukhari dan Muslim)


Ulasan Hadis:
1. Hadis ini mengandungi nilai peradaban Islam yang tinggi dan sopan santun yang terpuji.
2. Setiap orang yang beriman tentu akan menggunakan pengajaran peradaban ini untuk keselamatan dirinya dengan memelihara perkataan, menjaga hubungan baik dengan jiran-jirannya dan sahabat-sahabatnya serta memuliakan mereka sesuai dengan keadaan masing-masing.
3. Menjaga tutur kata merupakan adab yang sangat dititik beratkan oleh seorang mukmin. Imam Syafie pernah menyatakan, "Apabila ada seseorang dikalangan kamu yang ingin berkata-kata maka hendaklah dia berfikir terlebih dahulu. Apabila ternyata perkataannya itu tidak mendatangkan bahaya kepadanya maka teruskanlah. Tetapi, apabila sebaliknya, maka lebih baik dia berdiam diri."
4. Rasulullah SAW juga menyatakan didalam hadis ini bahawa diantara tanda-tanda seseorang itu beriman kepada Allah SWT adalah dia memuliakan jirannya. Islam sangat menekankan semua umatnya agar menghormati jiran mereka dengan tanpa mengenal bangsa dan agama. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jibril sentiasa berpesan kepadaku (akan perlunya menghormati jiran) sehinggakan aku menyangka bahawa mereka berhak didalam harta perwarisan." (HR Aisyah dan Ibnu Umar)
5. Selain itu, melayani tetamu adalah salah satu dari amalan yang dimuliakan oleh Islam. Didalam Islam, kita diwajibkan melayani tetamu sekurang-kurangnya selama sehari semalam. Para ulama menyatakan bahawa layanan itu termasuk makan, minum dan penginapannya.
6. Justeru, marilah kita berusaha untuk menghiasi diri kita dengan adab-adab kesopanan yang telah dianjurkan oleh Islam. Semoga Allah mempermudahkan kita semua, insyaAllah.